Get Mystery Box with random crypto!

Ulasan Bola Sepak BLP 😎

Logo saluran telegram ulasanbudaklowprofile — Ulasan Bola Sepak BLP 😎 U
Logo saluran telegram ulasanbudaklowprofile — Ulasan Bola Sepak BLP 😎
Alamat saluran: @ulasanbudaklowprofile
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 1.02K
Deskripsi dari saluran

ULASAN BOLA SEPAK TULUS IKHLAS DARI HATI DARI SEORANG PECINTA BOLA SEPAK YANG LOW PROFILE

Ratings & Reviews

2.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru

2021-09-30 11:16:55 MATCHDAY!

Setelah cemerlang dalam aksi pembukaan TM Piala Malaysia, kini Kedah bakal meneruskan lagi perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Melaka United.

Pada aksi lalu jelas dilihat Kedah mendominasi perlawanan serta pace permainan yang ditunjukkan juga bukan sepenuhnya lagi seperti kebiasaan.

Dengan perubahan yang agak mengejutkan apabila Aiman Afif berjaya menembusi kesebelasan utama buat julung kalinya dan kelibat beliau juga agak menyakinkan walaupun pertama kali bermain seawal permainan.

Perlawanan malam ini tidak sama seperti ketika Kedah menewaskan lawan pada perlawanan akhir Liga Super tempoh lalu. Zainal Abiddin pastinya sudah merencana sesuatu bagi menyekat kemaraan tuan rumah, KDA FC.

Mereka juga segar dengan kemenangan menewaskan Juara Liga Premier, Negeri sembilan FC pada perlawanan lalu dan pastinya motivasi skuad ini makin meningkat.

Sandaran serangan pastinya akan terus terarah kepada Tchetche Kipre malam ini. Beliau menjadi hub utama kepada tercetusnya kreativiti serangan dan menjadi pemain yang paling kerap terbabit dalam penghasilan gol. Jika beliau bebas malam ini, maka aliran serangan dapat dilakukan dengan sangat baik di ‘zon 14’.

Dominasi Syazwan Zainon dalam perlawanan lalu juga menarik apabila beliau boleh beraksi dengan baik di sebelah kiri dan kanan serta bijak meloloskan diri dari pertahanan untuk meledak 2 gol. Walaupun tidak lagi selicik aksi beliau ketika waktu kemuncak dulu, naluri beliau masih lagi bagus untuk menghasilkan sesuatu di depan gol.

Cuma yang perlu diperbaiki adalah organisasi pertahanan yang perlu lebih peka dan mempunyi persefahaman yang lebih baik. Agak menggusarkan perlawanan lalu kerana adakala lawan bebas bergerak dan sesekali bebas mengeksploitasi di ‘pocket area’ walaupun tidak begitu lancar.

Aksi cemerlang Ifwat Akmal pastinya ditagih sekali lagi malam ini. Berhadapan Melaka United pastinya serangan akan terarah kepada Sonny Norde yang dilihat sangat licik dan bijak mencuri peluang untuk melepaskan rembatan.

Diharap perlawanan malam ini baik-baik saja. Moga kita terus beroleh 3 mata dan mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan C.

Afiq rowley
1.8K views08:16
Buka / Bagaimana
2021-09-30 10:55:40 Melihat kembali 5 tahun kebelakang, Terengganu telah berubah menjadi antara pasukan kuat di Malaysia.

Pasukan ini pernah mengalami satu musim gelap, musim serba tidak menjadi, dibarisi dengan majoriti pemain baik namun tergelincir ke Liga Perdana.

David Da Silva dan Jordan Mintah jauh lebih baik dari Juan Morales dan Bogdan Milic. Bagaimana Nafuzi dengan Mustafa?

Mustafa tidak mampu menggalas beban besar yang yang ditinggalkan Ahmad Yusof dan Mike Mulvey. Dia gagal menghadiahkan sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan liga.

Terengganu terlalu 'besar' untuk mana-mana jurulatih 'rookie'. Nafuzi lakukan dengan baik.

Morales pula datang dengan harapan tinggi namun pemain ini sebenarnya tidak cergas. Hanya mampu bermain 157 minit pada 12 perlawanan awal liga.

Kehadiran Milic tidak pernah menyelesaikan masalah itu, penyerang ini gagal menjaringkan sebarang gol di liga selepas menggantikan Morales.

Di Liga Perdana, Terengganu membawa masuk Tchetche Kipre, Terengganu kembali ke Liga Super. Terengganu menjadi semakin baik.

Kipre pula masih cemerlang, bersama Kedah.

Pada ketika itu juga penjaga gol muda Suhaimi Husin dibawa masuk dari Hanelang. Hari ini Suhaimi sedang berjuang bersama pasukannya dalam Piala Malaysia.

Adakah peningkatan cemerlang itu masih belum memenuhi ekspektasi sesetengah peminatnya?

Walaupun singkat, meraka ada musim gelap untuk lebih menghargai apa yang ada sekarang.

Apa ekspetasi mereka pada 5 tahun lepas?

#ZZStats
1.1K views07:55
Buka / Bagaimana
2021-09-30 09:13:35 Preview JDT vs PJ City

Misi 3 mata JDT diteruskan lagi untuk saingan kumpulan D Piala Malaysia 2021 malam ini menentang PJ City di Stadium Sultan Ibrahim.

Rekod Pertemuan
Kedua-dua pasukan sudah bertemu sebanyak dua kali di saingan liga Super musim ini dengan menyaksikan JDT menang kedua-dua aksi home away dengan 3-0, dan 0-2 .

Barisan pemain
Dikhabarkan jentera tengah JDT, Leandro Velazquez tidak dapat diturunkan untuk aksi malam ini memandangkan masih belum baik pulih dari kecederaan yang dialami . Ini sudah pasti memberi peluang kepada Nazmi mahupun Safiq untuk menjadi perancang utama kelab untuk aksi malam ini yang dijangka bergandingan dengan Natxo dan Afiq dibahagian tengah.

Pemain Tumpuan
Untuk JDT sudah pasti tidak lain Bergson yang mengalas tugas penyerang utama kelab. Dengan satu gol menerusi sepakan penalti pada aksi lalu menentang Kelantan sekaligus menambah koleksi jaringan kelab kepada 24 gol.Beliau sememangnya diharapkan mampu untuk terus mencetak gol dalam usaha membantu kelab meraih tiga mata lengkap.

Untuk PJ City pula sudah pasti tidak mahu kalah dan cuba untuk melakukan kejutan yang terbaik dibawah pimpinan coach P.Maniam. Seperti yang kita tahu corak bertahan mereka adalah sangat berdisplin yang menyukarkan pemain JDT untuk menembusi pertahanan mereka.

Ini dapat dibuktikan pada aksi sebelum ini yang membuntukan JDT untuk kerap masuk kedalam box lawan dengan mudah .

Akhir kata , malam untuk Izham Tarmizi ? Ini Kalilah

Credit Photo : ROTP

Najib
736 views06:13
Buka / Bagaimana
2021-09-29 21:48:09 Alhamdulillah 3 mata yg amat berharga berjaya digapai TFC

Debaran di penghujung perlawanan begitu memuncak dalam kalangan semua penyokong TFC. Akan tetapi ia sebenarnya boleh dielak jika kita memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum itu.

Nafuzi memberi kelainan di awal perlawanan dengan menggunakan sistem 2 inverted winger Mickey dan Faiz Nasir. Ia nampak positif, terutamanya Mickey yg begitu bernafsu memecah defensif blok Selangor dengan larian larian yg pantas dengan bola.

Faiz pula seorang pemain yang boleh hold bola dalam tempoh masa yg diperlukan. Walaupun tidak mampu melakukan penetrasi , tetapi beliau seorang pemain yg faham akan kemampuan yg dia ad, dan digunakan sebaiknya.

Kembalinya Marcel memberikan stabiliti di bahagian tengah TFC. Habib mempunyai 'pair' yg serasi jika adanya Marcel. Dan secara automatik enjin kita di bahagian tengah berfungsi dengan baik terutamanya separuh masa pertama.

Lee tuck tidak begitu mengacau sistem jika beliau tidak ditugaskan sebagai no 8 atau 6. Malam ini, beliau ditugaskan untuk mengisi posisi no 10 menggantikan Konate.

No 9 kita masih lagi bermasalah walaupun sudah digantikan wataknya. Finishing masih menjadi topik utama yg harus dititikberatkan dalam post-morten untuk ditambah baik pada perlawanan akan datang.

Babak kedua lebih memihak kpd Selangor terutamanya 20 minit terakhir. Keluarnya atau kekurangan stamina beberapa pemain penting dalam sistem kita membuatkan kita lebih banyak bertahan.

6 mata penuh dari 2 perlawanan, ia sebuah permulaan yg amat baik. Apa yg penting adalah konsistensi.

ABT
581 views18:48
Buka / Bagaimana
2021-09-29 18:11:58 Terengganu menang lagi, kiraan mudah mereka sudah 60% ke suku akhir, hanya perlukan lagi 4 mata dari baki 4 perlawanan.

Ini kiraan kebiasaan, bukan jaminan.

Bila dah menang tak releven nak angkat topik Mintah gagal convert 1 big chance kepada gol. Dia juga ada create 2 half chances termasuk yang curling shot.

Topik tu lebih terarah kepada Selangor, kegagalan Ifedayo gagal sudahkan peluang terbuka. Sebab mereka pasukan kalah.

Subjek Terengganu lebih terarah kepada prestasi Faisal Halim.

Wan Zack menyumbang kepada 1 jaringan Selangor, tetapi dia dan Norhakim lebih dituntut memberi lebih dari itu pada setiap perlawanan.

Zack sudah tahun masuk tahun ketiga dan Norhakim tahun kedua.

Masa untuk mereka memberikan segalanya kepada pasukan. Sekurang-kurangnya sama seperti Faisal Halim.

Dibahagian tengah, kedua-dua pasukan tidak menunjukkan masalah teruk. Bola sentiasa boleh dialirkan kepada unit serangan -masalah teruk yang berlaku kepada pasukan Sabah ketika menentang PJ City.

Unit bertahan kedua-dua pasukan agak sederhana tapi okay, isu lebih terarah kepada 'kebaraian' unit serangan.

Terengganu dan Selangor mempunyai masalah dengan final passes tetapi masih mampu mencipta peluang yang cukup untuk keluar sebagai pemenang.

MOTM: Faisal Halim lagi

Zuraimi Zukri
433 views15:11
Buka / Bagaimana
2021-09-29 18:00:23 FT Piala Malaysia :

Terengganu 2-1 Selangor
Sarawak Utd 1-0 Pahang
Penang 1-1 KL City
Kuching City 2-2 Perak
341 views15:00
Buka / Bagaimana
2021-09-29 17:05:22 Tamat musim ini Nafuzi 'sudah' membimbing Terengganu selama 2 tahun setengah. Kedudukan empat teratas liga dan separuh akhir di Piala Malaysia seharusnya memadai buatnya untuk dikekalkan 1 musim lagi.

3 musim penuh, satu tempoh yang cukup bagi Nafuzi membuktikan dirinya. Terengganu pula akan mempunayi masa pada tahun terakhir Nafuzi untuk mencari jurulatih yang sesuai dengan projeknya.

Untuk masa depan, pasukan paling sesuai dengan Nafuzi adalah Selangor. Bagaimanapun Nietzal wajar diberi peluang lagi kerana pada musim ini dia tidak mempunyai skuad yang cergas.

Projek di Selangor sentiasa menarik. Mereka mempunyai hampir 100% pemain berusia B21 di pasukan 'simpanan'. Beberapa proses 'penyalinan' perlu dilakukan dalam beberapa musim kehadapan.

Selangor dalam pencarian 'pemain asas' yang lebih muda untuk membina pasukan kuat dalam tempoh panjang, seperti Kedah lakukan pada 2015 bersama Tan Cheng Hoe.

Pada ketika itu terdapat satu kajian dari 'sebuah pasukan', Kedah boleh mendominasi kancah saingan tempatan jika projeknya berjalan lancar. Pemergian Tan Cheng Hoe ke skuad kebangsaan merencatkan proses tersebut.

Selangor perlukan jurulatih betul sesuai dengan projek pasukannya. Dollah memang tak ngam, Dollah sesuai dengan projek Melaka United atau Sarawak United.

Berbeza di Terengganu, mereka mengumpul pemain muda untuk dibangunkan secara terus di pasukan utama. Pasukan simpanan Terengganu agak tua, hampir 18 pemainnya berada di usia atas 23 tahun.

Paling tua berbanding 3 pasukan simpanan lain.

Zuraimi Zukri
327 views14:05
Buka / Bagaimana
2021-09-29 17:02:31 Julai lepas AMD memuatnaik pecahan pelatihnya yang berjaya menembusi pasukan belia, presiden dan utama yang beraksi dalam saingan liga tempatan.

Sebanyak 11 pasukan.

Seramai 37 pelatih AMD menyertai Selangor, diikuti 13 ke JDT. 5 pemain pergi ke Terengganu dan pasukan projek FAM.

2 ke Sabah dan masing-masing 1 ke Pahang, Kedah, Perak dan Kelantan Utd. Paling berjaya sudah tentu Luqman Hakim yang ke Belgium.

Dia akan terus menjadi kebanggaan AMD. Luqman dijadikan sebagai landmark kepada pelatih yang lain.

Setiap tahun, pelatih AMD seperti goreng pisang panas, terutamanya melibatkan pemain elit mereka.

Lihat kepada sudut positif.

Umum mengetahui majoriti kelab tidak berminat untuk membangunkan pemain muda (B15), tetapi terpaksa menyediakan skuad B21 dan B19 kerana peraturan dari FIFA.

Pada era semi pro, pasukan pelapis tidak diwajibkan. Pada ketika itu kita memanggilnya skuad Piala Razak (tak silap).

AMD datang 'menampal' apa yang sepatutnya yang berlaku tetapi tidak berlaku. 'Kelemahan' tersebut menjadikan usaha AMD lebih bermakna dan misinya menjadi lebih 'jelas'.

Mencipta pemain untuk pasukan-pasukan yang memerlukan. Pasukan hanya perlu menyambung usahanya untuk mengangkat pemain ke peringkat lebih tinggi.

AMD create player, pasukan selesaikan. Saling melengkapi apa yang kurang.

AMD tidak boleh membina pasukan untuk terlibat dalam pertandingan utama, pasukan domestik pula kurang kemampuan untuk mencipta pemain.

Jika semua pasukan sudah mahir mencipta pemain, maka AMD tidak lagi diperlukan.

AMD pasti gembira melihat pelatihnya diambil oleh pasukan-pasukan ini. Melihat pelatihnya menembusi skuad utama dan menyarung jersi negara.

Pada hari ini seramai 16 pemainnya telah melajutkan pelajaran ke Universiti. 14-15 di UiTM. Jika pemain ini berpengkalan di Shah Alam, mereka dengan mudah boleh menjadi pemain UiTM.

Majoriti pasukan tidak mampu memberi latihan kepada pemain B17 lebih baik dari AMD berikan. Malah ada pasukan yang 'cara latihannya' masih ketinggalan walaupun melibatkan pasukan senior dan B21.

Apa yang paling dikesalkan, FAM menarik balik 'tender' yang diberikan kepada AMD. Platform B16/17 negara. Disebabkan hanya kerana mereka gagal dalam percubaan pertamanya satu masa dulu.

Pada ketika itu ramai yang hanya melihat keputusan perlawanan, tetapi gagal melihat ini adalah satu 'mesin besar' yang mampu melahirkan ramai pemain baik.

Zuraimi Zukri
284 views14:02
Buka / Bagaimana
2021-09-29 17:02:00 SHAHRUL NIZAM SHOTS BLOCKED STATS BY ATLEAD PASS

Sepanjang aksi Liga Super musim ini, 24 halangan berjaya direkodkan oleh Shahrul Nizam.

Dalam kelompok pemain yang berusia bawah 23 tahun, rekodnya jauh meninggalkan pemain-pemain lain.

Shahrul Nizam awalnya diletakkan sebagai pilihan utama di posisi pertahanan tengah Terengganu FC bersama Carli de Murga.

Bukanlah teruk aksinya secara keseluruhan, cuma beliau ada beberapa kali melakukan kesilapan yang jelas membawa kepada gol pihak lawan.

Setelah memulakan 4/5 perlawanan di separuh musim yang pertama, Nafuzi mula menggunakan khidmat Muhammad di bahagian pertahanan tengah menggantikan peranan Shahrul Nizam.

Tamat cuti panjang pertengahan musim liga, bermula dengan perlawanan menentang Perak FC , Shahrul Nizam kembali menjadi pilihan utama di bahagian pertahanan tengah untuk 9 perlawanan berturut-turut.

Credit: Atlead Pass

Faiz Hadi
257 views14:02
Buka / Bagaimana
2021-09-29 11:52:33

269 views08:52
Buka / Bagaimana