Get Mystery Box with random crypto!

Tya Adnan

Logo saluran telegram tyaadnan — Tya Adnan T
Logo saluran telegram tyaadnan — Tya Adnan
Alamat saluran: @tyaadnan
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 25.84K
Deskripsi dari saluran

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Ratings & Reviews

4.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2024-05-06 16:53:57 korang jangan lupa baca surah al-mulk sebelum tidur ok. tak panjang pun. 40 ayat je. peguambela kita dalam kubur nanti ‍
6.5K views13:53
Buka / Bagaimana
2024-05-06 16:50:20 selamat malam semua
6.0K views13:50
Buka / Bagaimana
2024-05-05 07:04:43 Pesanan pergi beraya
5.2K views04:04
Buka / Bagaimana
2024-05-04 05:06:57 WANITA YANG PALING BERUNTUNG

Rutin hidupnya seperti Fatimah رضي اللّٰه عنه
(Suri Rumah Sepenuh Masa)

Cara hidupnya seperti Fatimah رضي اللّٰه عنه
(Hidup Qana’ah, wanita yang banyak pendam impian, keinginan, hajat duniawinya, mereka memilih untuk sentiasa bersederhana & belajar untuk meredhai)

Pakaiannya seperti Fatimah رضي اللّٰه عنه
(Ia berpakaian bagi menutupi diri daripada menjadi perhatian/tarikan pandangan selain suami, mereka tidak berpakaian dengan sombong, tidak juga terikut gaya semasa/fashion)

Fikir Risaunya seperti Fatimah رضي اللّٰه عنه
(Fikir agama, kerisauan seorang dai’a, ia tidak fikir bagaimana mencari nafqah kerana takawalnya kepada Allah telah menanding hal tersebut, fikiran mereka hanya tertumpu pada amalan rumah: hidupkan suasana solah, taklim, zikir(quran), khidmat & taskil)

Wanita perlu disibukkan dengan agama & amal agama supaya mereka terpelihara mata, mulut & telinganya dari mata kail dunia. Bila wanita banyak kelapangan maka banyak ruang maksiat boleh terisi.

Cintailah cara hidup Fatimah رضي اللّٰه عنه supaya kalian dalam barisan panji yang sama.

Dari Anas bin Malik رضي اللّٰه عنه
Beliau bercerita,

“Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah ‎ﷺ‎ , lalu dia bertanya, “Ya Rasulullah ‎ﷺ‎ bilakah hari kiamat?”

Rasulullah ‎ﷺ‎ bertanya kembali,

وَمَا أَعْدَدْتَ لِلسَّاعَةِ

“Apa yang telah anda siapkan untuk hari kiamat?”

“Cinta kepada Allah & Rasul-Nya”, Jawab lelaki tersebut.

Rasulullah ‎ﷺ‎ pun membalas,

فَإِنَّكَ مع من أحببت

“Sesungguhnya anda bersama orang yang anda cintai.”

(Hadis Riwayat: Muslim)

Keterangan Hadis:

Ibnu Hajar Al-Asqolany menjelaskan hadis ini dalam kitab “Fathul Bari”,

“قَوْلُهُ :” (إِنَّكَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ) أَيْ: مُلْحَقٌ بِهِمْ حَتَّى تَكُونَ مِنْ زُمْرَتِهِم

“Anda bersama orang yang anda cintai, maksudnya, dibangkitkan bersama mereka, sampai anda menjadi bagian dari barisan mereka.”

Wanita mukmin yang pelihara wajahnya dari mata mata yang tidak halal untuknya akan jadi asbab wajah mereka 70kali lebih indah dari bidadari Allah

Wanita mukmin yang pelihara auratnya daripada pekara haram boleh menjatuhkan harga dirinya, akan diperindahkan tubuhnya 70kali lebih baik dari mana mana bidadari yang terbaik dalam syurga teratas

Rujuk: (Tafsir Al-Qurthubi, 16: 154)

Wanita yang memelihara diri dari kemewahan dunia & sifat berlebihan akan diringankan bebanan akhiratnya, mereka memasuki syurga jauh lebih awal berbanding lelaki.

Wanita yang bersungguh mencintai Allah ‌‌‎سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى , Rasulullah ‎ﷺ‎ & Fatimah رضي اللّٰه عنه mereka akan bersama mereka di akhirat kelak.

Wanita yang hidupkan amalan rumah secara istiqamah akan dibangkitkan bersama para mujahiddin wanita (kerana imarahkan masjid itu jihad bagi lelaki & imarahkan rumah dengan amal itu pula jihad bagi wanita)

Ada 4 jenis jihad kata Ibn Qayyim:
1. Jihad memperbaiki diri (melawan nafsu)
2. Jihad melawan godaan syaitan
3. Jihad memerangi orang-orang kafir & munafik
4. Jihad amar makruf & nahi mungkar (Dakwah)

(Petikan Riwayat al-Bukhari, no 3004)

Wanita yang pemaaf & sering meminta maaf kepada suaminya akan segera mendapat pengampunan Allah di Mahsyar kelak,

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.”
(Surah an-Nuur, ayat 22)

Wallahua’lam
Aki Naszeri
5.3K views02:06
Buka / Bagaimana
2024-04-04 06:34:59
8.7K views03:34
Buka / Bagaimana
2024-03-30 03:55:51 Copy n paste

Berdoa Untuk 10 Malam Terakhir Semoga Dimakbulkan Allah SWT.*

*Bahagian 1 – Pengampunan Dosa*
1. Minta ampun ke atas dosa2 diri sendiri
2. Minta ampun ke atas dosa ibu bapa
3. Minta ampun ke atas dosa pasangan
4. Minta ampun ke atas dosa anak-anak.
5. Minta ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik)
6. Minta ampun ke atas dosa guru2/ustaz/ustazah
7. Minta ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)

*Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan*
1. Dimurahkan rezeki
2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga
3. Anak-anak diperlihara oleh Allah
4. Minta rezeki diberkati
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung
7. Minta hati anak-anak kita tidak berpecah belah
8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita
9. Dijauhkan dari orang yg dengki khianat, iri hati, cemburu kpd kita

*Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian*
1. Mohon Mati dalam husnul khatimah
2. Mohon Mati dijauhkan dari fitnah
3. Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah”
4. Minta mati sedang dalam beribadah j

*Bahagian 4 – Alam Barzakh*
1. Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga
2. Jangan jadikan kuburku dari lubang, lubang api neraka
3. Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku)
4. Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku)
5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang
6. Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti
7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga

*Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar*
1. Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar
2. Jadikan aku orang yang duduk dibawah perlindungan arashmu
3. Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar
4. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan
5. Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab2 amal .berikanlah kitabku dr tangan kanan di hadapan.
6. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosaku yang dulu aku lakukan di tayangan amal
7. Tutup dan lindungilah aib-aibku,dosa-dosaku dan kesilapanku dulu
8. Beratkan timbangan amal di sebelah kananku
9. Masukkan aku di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab.

*Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat*
1. Permudahkanlah aku milintasi titan sirat
2. Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat
3. Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat
4. Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat.

*Bahagian 7 – Masuk Syurga*
1. Ya Allah, kurniakan aku syurga firdaus
2. Bangkitkan aku bersama nabi Muhammad saw di syurga firdaus
3. berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW
4. Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka.

أمين يا رب العالمين
9.9K views00:55
Buka / Bagaimana
2024-03-23 16:01:06
DOA AGAR DIBERIKAN KEKUATAN ISTIQOMAH DAN KHUSYUK

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita dituntut untuk melaksanakan solat sunat Tarawih yang tidak ada dalam bulan-bulan yang lain sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Hukum solat sunat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut).

Berikut disertakan doa agar kita memperolehi kekuatan untuk istiqomah serta khusyuk di dalam solat kita nanti in shaa ALLAH.

Marilah sama-sama kita mengejar kelebihan menunaikan solat sunat Tarawih yang ALLAH SWT tawarkan kepada kita. Semoga ALLAH SWT memberi kita kekuatan dan kesempatan untuk menunaikan solat sunat tarawih dan witir secara berjemaah.
9.0K views13:01
Buka / Bagaimana
2024-03-23 11:56:23 ANDAI AJAL DALAM TIDUR.

*EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.*

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah:

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Senafas Ke Barzakh
9.6K views08:56
Buka / Bagaimana
2024-03-17 02:00:25 إِنَّ ٱلَّذِينَ يَشۡتَرُونَ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ وَأَيۡمَٰنِهِمۡ ثَمَنٗا قَلِيلًا أُوْلَٰٓئِكَ لَا خَلَٰقَ لَهُمۡ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيۡهِمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ

Sesungguhnya orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat dan tidak akan membersihkan mereka (daripada dosa) dan mereka pula akan beroleh azab yang pedih.

Ali-Imraan: Ayah 77
9.7K views23:00
Buka / Bagaimana
2024-03-13 07:37:50 baju silver hitam silver atas senyap pulak diaaa, nak ke takkk?
9.1K views04:37
Buka / Bagaimana