Get Mystery Box with random crypto!

Layakkah Aku Berniqab? Kadang-kadang kita duduk depan cermin | The Niqabis 🌸

Layakkah Aku Berniqab?

Kadang-kadang kita duduk depan cermin tengok diri sendiri then terfikir layak ke kita ni nak pakai niqab?

Orang sekeliling selalu anggap kita tahu tentang agama, niqabis ni seorang yang pemalu, tak bercakap dan macam-macam lagi la. Tak termasuk lagi dengan yang kata macam ninja la hantu la.

Jadi semua pemikiran dan tomahan yang di terima membuatkan kita terfikir layak ke kita ni berniqab.

Jawapannya, layak. Kalau rasa tak cukup ilmu, kita tambah ilmu. Kalau rasa pakaian ini tak cantik, tak mengapa sebab pakaian di syurga lebih cantik. Kalau rasa akhlak kita tak sempurna, kita cuba baikinya. Kalau rasa diri ini membawa fitnah, carilah balik punca penyebab fitnah itu. Kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ni. Dan keputusan membuka niqab tidak akan menyelesaikan satupun masalah yang berkaitan niqab.

Oleh itu, janganlah merasa tidak layak. Keputusan untuk berniqab itu sahaja sudah menunjukkan betapa kuatnya kita kerana tidak semua mampu mengambil atau membuat keputusan ini.

So marilah kita sama-sama doakan agar kita semua dapat terus istiqomah dan kalau hati kita ragu-ragu, berdoalah agar Allah tetapkan hati kita ini di jalanNya insyaAllah
Jom komen InsyaAllah di bawah

Sahaja aku berniqab kerana-Mu Ya Allah

Featuring Niqab Sakeena