2022-08-21 08:55:13
Suatu hari, datang seseorang bercerita kepada aku tentang dosanya, apa yang telah dia lakukan.
Dia mula bercerita, "Aku bukan baik pun, aku pernah tidur dengan beberapa orang perempuan, kawan aku lagi dahsyat sampai perempuan tu pregnant, kami minum minuman yang memabukkan, kami lalai. Aku dulu seorang lelaki yang suka bersosial, hidup aku penuh dengan dosa. Aku pernah ada buah hati, tapi dia lari tinggalkan aku. Aku cinta padanya, tapi hubungan kami didasari nafsu semata, aku pernah beberapa kali terlanjur dengannya, tapi dia tetap baik denganku. Kami saling mencintai, akhirnya dia pergi juga tinggalkan aku. Semuanya silap aku! Silap aku!"
Terdiam aku mendengar cerita seorang pendosa, tapi taubatnya lebih mulia berbanding kita yang biasa-biasa.
Aku cakap dengan dia, "Tak apa tu kisah lalu, bertaubat. Allah Maha Pengampun.."
Dia tidak yakin, tapi aku menyakinkan dia. Aku kata, jangan kau ulangi dosa itu lagi. Jangan jadikan perempuan yang datang dalam hidup kau tu sebagai tempat untuk kau puaskan nafsu kau. Jangan khianati mereka. Usahalah mengawal nafsu.
Sekarang dia dalam proses perubahan, doakan semoga dia kuat menghadapi apapun ujian yang datang dalam hidupnya.
Satu nak pesan, jangan pernah hina pendosa tapi bagilah dia semangat untuk berubah. Perubahan yang dia lakukan itu boleh mengundang pahala pada kita, kalau kita bawa dia ke jalan yang benar.
- Sang pemburu
@TheHeartHunterWriter
724 viewsedited 05:55