Get Mystery Box with random crypto!

Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻

Logo saluran telegram pendidikanislamspmnotes — Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻 P
Logo saluran telegram pendidikanislamspmnotes — Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻
Alamat saluran: @pendidikanislamspmnotes
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 14.49K
Deskripsi dari saluran

This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercise 🤘🏻
For enquiries, directly ask in a discussion group or our help center ✨

Ratings & Reviews

1.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 2

2023-06-12 15:02:20 2. Apakah maksud seseorang yang menyembunyikan sedekah ?

Jawapan :
Maksud seseorang yang menyembunyikan sedekah ialah :
- Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT semata-mata tanpa mengharapakan pujian manusia.
1.2K viewsA, 12:02
Buka / Bagaimana
2023-06-12 15:01:33 1. Senaraikan tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT.

Jawapan :
Tujuh golongan orang yang mendapat naungan Allah SWT ialah :
1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang hidupnya taat beribadah kerana Allah SWT.
3. Seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid.
4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.
5. Seseorang yang membenci maksiat kerana takut kepada Allah SWT.
6. Seseorang yang menyembunyikan sedekah.
7. Seseorang yang mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air mata.
1.4K viewsA, 12:01
Buka / Bagaimana
2023-06-12 14:28:10 oraitt min ada soalan and quiz tapi min hantar kejap lagi pukul 8 lebih.
lepas korang dah habis solat maghrib baca quran semua baru korang jawab tau.
-
f5 bidang hadis tajuk 8
TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH SWT
1.3K viewsA, 11:28
Buka / Bagaimana
2023-06-11 02:36:58
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
#doa
2.0K viewsA, 23:36
Buka / Bagaimana
2023-05-20 11:17:43 F4 bidang al-quran tajuk 5
-
MEMAHAMI SUNNATULLAH

MAKSUD SUNNATULLAH

- Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.

SUNNATULLAH MELIPUTI PERKARA BERIKUT :

✧ Bersifat tetap dan kekal dengan izin Allah SWT
✧ Meliputi semua makhluk di langit dan di bumi
✧ Berasaskan konsep : sebab - musabab - akibat

KEPENTINGAN MENGKAJI DAN MENELITI SEJARAH UMAT TERDAHULU

1. Dapat mengenal pasti sebab kejayaan umat terdahulu

Contoh 1 : Nabi Yusuf a.s

Sebab kejayaan : Menyimpan bekalan semasa musim menuai atas nasihat Nabi Yusuf a.s
Akibat : Selamat menghadapi kemarau panjang selama 7 tahun

Contoh 2 : Thalut dan tenteranya

Sebab kejayaan : Mempunyai kelebihan ilmu pengetahuan dan tubuh badan yang kuat
Akibat : Dapat menewaskan tentera Jalut yang ramai

2. Dapat mengetahui sebab kemusnahan umat terdahulu

Contoh 1 : Kaum Thamud ( umat Nabi Soleh a.s )

Sebab kemusnahan : Bersifat angkuh dan menuduh Nabi soleh pendusta
Akibat : Dibinasakan dengan petir dan gempa bumi yang dahsyat

Contoh 2 : Kaum Luth ( umat Nabi Luth a.s )

Sebab kemusnahan : Ingkar perintah Allah SWT dengan mengamalkan homoseksual
Akibat : Dibinasakan dengan diterbalikkan bumi mereka

3. Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan dengan berpegang teguh pada akidah yang benar dan berakhlak mulia.

KESAN MEMAHAMI SUNNATULLAH

- Meyakini setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut ketetapan dan kehendak Allah SWT Yang Maha Bijaksana.
- Menerima ketetapan Allah SWT dengan hati yang terbuka dan bersikap positif.
- Membentuk jati diri dan semangat jihad yang tinggi dalam mendepani cabaran kehidupan.
- Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan untuk mencapai kejayaan.

PENGAJARAN AYAT

1. Kita hendaklah menjadi pengembara di muka bumi supaya dapat mengetahui dan menyelidiki sunnatullah.
2. Kita hendaklah mengkaji dan menyelidiki sejarah umat terdahulu agar menjadi pedoman dalam kehidupan.
3. Kita hendaklah sentiasa menjaga keimanan agar mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

SPEKTRUM ILMU

- Fenomena kerosakan yang berlaku di muka bumi adalah sebagai satu bentuk pendidikan dan peringatan kepada manusia agar kembali kepada landasan dan matlamat hidup yang sebenar berteraskan syariat Islam.

#sunnatullah
1.1K viewsA, edited  08:17
Buka / Bagaimana
2023-05-20 10:46:29 4. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat Al-Jabbar.

Dua bukti Allah SWT bersifat Al-Jabbar ialah :
1. Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam. Semua makhluk berada dalam pemerintahan Allah SWT.
2. Allah SWT tidak boleh dipersoalkan perbuatanNya. Setiap perbuatan Allah SWT mengandungi hikmah yang tersembunyi.
3. Manusia wajib bersifat merendah diri kerana Allah SWT akan mencampakkan makhlukNya yang bersifat takabbur dan bongkak ke dalam neraka jahannam.

* pilih mana-mana dua
1.1K viewsA, 07:46
Buka / Bagaimana
2023-05-20 10:46:18 3. Apakah maksud nama Allah SWT Al-Jabbar ?

Maksud nama Allah SWT Al-Jabbar ialah :
- Allah SWT Maha Berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehendakNya.
1.0K viewsA, 07:46
Buka / Bagaimana
2023-05-20 10:46:02 2. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat Al-Muntaqim.

Dua bukti Allah SWT bersifat Al-Muntaqim ialah:
1. Allah SWT memberikan pembalasan dengan seksaan neraka terhadap orang yang menolak peringatan Al-quran.
2. Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa Ad-Dukhan iaitu, kaum Quraisy ditimpakan dengan kemarau panjang sehingga debu seperti asap menutup mereka kerana mereka menolak dakwah Rasulullah SAW.
3. Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang agamaNya setelah diutuskan rasul dan diberi keterangan yang jelas.

* pilih mana-mana dua
1.1K viewsA, 07:46
Buka / Bagaimana
2023-05-20 10:45:51 1. Apakah maksud nama Allah SWT Al-Muntaqim ?

Maksud nama Allah SWT Al-Muntaqim ialah :
- Allah SWT Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.
1.0K viewsA, 07:45
Buka / Bagaimana
2023-05-20 10:45:16 sebelum masuk asar tuu, jawab dulu soalan ni hehe
-
tajuk f4 bidang akidah
ALLAH SWT MAHA PEMBALAS DAN MAHA BERKUASA
943 viewsA, 07:45
Buka / Bagaimana