Get Mystery Box with random crypto!

PEMBINA Channel 🌐 🇵🇸

Logo saluran telegram pembinamalaysia — PEMBINA Channel 🌐 🇵🇸 P
Logo saluran telegram pembinamalaysia — PEMBINA Channel 🌐 🇵🇸
Alamat saluran: @pembinamalaysia
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 1.22K
Deskripsi dari saluran

Channel Rasmi 🌐 PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional). Ayuh sertai Pembina!

Ratings & Reviews

1.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru

2023-04-23 12:22:49
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Allah menerima semua amalan kita di sepanjang bulan Ramadan lalu dan menemukan kita lagi dengan Ramadan yang akan datang.

Mudah-mudahan Ramadan ini telah berjaya meningkatkan darjat kita disisi Allah, menambahkan ketakwaan dan menguatkan azam kita untuk sentiasa memperbaiki diri serta menjadi hamba Allah yang lebih baik. Amin.

Sayang Syamira Sobri
Pen.Setiausaha Agung
Pembina
121 views09:22
Buka / Bagaimana
2023-04-23 11:49:23
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.

Semoga raya kali ini disambut dengan kesedaran dan azam untuk kembali kepada fitrah kejadian makhluk iaitu untuk membesarkan Allah SWT (melalui takbir raya), mensucikan-Nya, dan terus patuh pada perintah-Nya sebagaimana yang telah berjaya kita capai dalam madrasah Ramadan.

Taqabballahu minna wa minkum.

Ahmad Muslihuddin Rozlan
Timbalan Presiden PEMBINA

#SalamAidilfitri1444H
#PembinaMalaysia
123 viewsedited  08:49
Buka / Bagaimana
2023-04-22 08:27:52
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan;
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

SALAM AIDILFITRI
1 Syawal 1444H 

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ 
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ 
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini. 

Rayyan binti Mohd Zain
JK Pembangunan Sumber Manusia

#SalamAidilfitri1444H
#PembinaMalaysia
144 views05:27
Buka / Bagaimana
2023-04-22 08:11:08
SALAM AIDIL FITRI 1444H

Alhamdulillah, kita telah melalui bulan Ramadhan dengan penuh pengorbanan dan keikhlasan. Kita telah berpuasa, bersembahyang, bersedekah, berzikir dan beramal soleh sebaik mungkin. Marilah kita terus menerus menyatakan puji-pujian kita kepada Allah s.w.t melalui takbir, tasbih dan tahmid. Sesungguhnya kita memuji Allah atas kemenangan kita memerdekakan diri dari belenggu hawa nafsu, melalui ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Kami ucapkan “Taqabballahu minna wa minkum”, semoga allah menerima segala amalan kita semua, Insya Allah.

Semoga setiap Ramadhan yang berlalu akan meningkat darjat kita di sisi Allah, menambahkan ketaqwaan kita, memantapkan keimanan kita dan memperteguhkan keazaman kita untuk terus berusaha memperbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Wafiq Azman
Presiden Pembina

#salamaidilfitri1444H
#PembinaMalaysia
138 viewsedited  05:11
Buka / Bagaimana
2023-04-22 07:54:38
SALAM AIDILFITRI 1444H

Taqaballahu minna wa minkum

Syawal Dirai, Kesyukuran Di hati


#aidilfitri1444h
#PembinaMalaysia
132 views04:54
Buka / Bagaimana
2023-04-08 12:01:21
| SALAM NUZUL QURAN 1444H |

"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala yang besar."

Surah al-Isra': 9

𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙖𝙞,
𝙆𝙚𝙗𝙚𝙧𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙘𝙖𝙧𝙞

#pembinamalaysia #Salamramadan1444H
297 viewsedited  09:01
Buka / Bagaimana
2023-03-23 08:10:34
| 𝐌𝐚𝐫𝐡𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 |

Bulan yang penuh dengan promosi pahala yang telah dijanjikan oleh Allah bakal tiba. Ramadan adalah waktu yang berharga dan merupakan hadiah dari Allah untuk kita memantapkan rohani kita.  Ayuh anak muda, persiapkan diri untuk merebut promosi ini sebaiknya. Allahumma ballighna Ramadan.

𝙉𝙐𝙍 𝘼𝙄𝙔𝙎𝙃𝘼𝙃
𝙉𝘼𝙄𝘽 𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉 2
𝙋𝙀𝙈𝘽𝙄𝙉𝘼 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼
366 views05:10
Buka / Bagaimana
2023-03-23 08:09:04
| 𝐌𝐚𝐫𝐡𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐘𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 |

Bulan Ramadan merupakan madrasah untuk umat Islam menguji keimanannya melawan hawa nafsu. Ia adalah bulan pembersihan jiwa, bulan ibadah, dan bulan perjuangan untuk umat Islam mencapai ketakwaan kepada Allah S.W.T. Saya menyeru seluruh umat Islam agar jadikan bulan ramadan kali ini untuk kita kembali menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup sebagaimana yang ditunjukkan Rasulullah dan para sahabat. Jadikan bulan mulia ini sebagai pemula untuk kita kembali mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T melalui Al Quran. Salam Ramadan Al Mubarak.

𝙒𝘼𝙁𝙄𝙌 𝘼𝙕𝙈𝘼𝙉
𝙋𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉 𝙋𝙀𝙈𝘽𝙄𝙉𝘼 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼
289 views05:09
Buka / Bagaimana
2023-03-22 15:29:59
| 𝟏 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐁𝐀 |

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Ya Allah sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu). "

𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙖𝙞,
𝙆𝙚𝙗𝙚𝙧𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙘𝙖𝙧𝙞

#pembinamalaysia #Salamramadan1444H
222 views12:29
Buka / Bagaimana
2023-03-21 15:29:59
| 𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐁𝐀 |

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila sampai bulan Ramadan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis "

(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙖𝙞,
𝙆𝙚𝙗𝙚𝙧𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙘𝙖𝙧𝙞

#pembinamalaysia #Salamramadan1444H
240 views12:29
Buka / Bagaimana