Get Mystery Box with random crypto!

Nota Umrah DIY

Logo saluran telegram notaumrahdiy — Nota Umrah DIY N
Logo saluran telegram notaumrahdiy — Nota Umrah DIY
Alamat saluran: @notaumrahdiy
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 20.91K
Deskripsi dari saluran

Perkongsian Umrah DIY dan info-info semasa

Ratings & Reviews

2.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

2

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 5

2023-04-14 14:11:55
Caj overstay selama 21 hari. SAR 100 x 21 hari = SAR 2100

Visa Pelancong

Hafizul Hawari

@NotaUmrahDIY
1.8K views11:11
Buka / Bagaimana
2023-04-05 03:20:54 NAK BELA SIAPA?

Assalamu’alaikum semua

Dah lama saya perasan, dan dah lama saya perhati, setiap kali dinaikkan tentang penipuan travel agensi umrah di media sosial, pasti ada yang membela agensi tersebut dengan komen:

“Saya bulan lepas pergi dengan TA xxx Ok je”.

“Tahun 2019, saya menggunakan perkhidmatan TA xxx sangat berpuas hati”.

“TA xxx TERBAIK ”

Ada juga yang buat posting menceritakan tentang pengalaman mereka yang indah belaka tentang TA tertentu, di kala ramai lagi yang dalam kesusahan dan penganiayaan akibat kelemahan pengurusan TA tersebut.

Kadang saya terfikir, apa motif mereka membuat posting atau komen-komen macam tu di kala ramai yang sedang bersedih dan bersusah payah meminta hak mereka terbela.

Ibarat memerah limau pada luka yang sedang bernanah.

Syukur peristiwa yang malang ini tak terjadi pada diri mereka, emak & ayah mereka, adik beradik, keluarga dan sahabat mereka sendiri. Kalau berlaku, saya rasa mereka pun tak tergamak untuk menulis sedemikian di kala orang lain sedang bersedih.

Fikir dulu sebelum tulis. Kalau rasa penulisan kita, komen kita boleh mengganggu sensitiviti orang lain, boleh menyemarakkan lagi api kemarahan orang, boleh menyinggung perasaan jemaah lain yang dah terkena, baik simpan dulu pengalaman kita.

Betul nak didik orang lain untuk jadi positif, tapi bukan dengan membela si penipu. Positifnya kita dalam situasi begini  adalah dengan memberi kata-kata semangat dan mendoakan moga Allah mempermudahkan hak-hak mereka dikembalikan.

Bukan sikit yang mereka kumpul, bertahun lamanya mereka nak kumpul sedikit demi sedikit kerana ingin sampaikan hajat mereka ke Tanah Suci, rindukan Ka’bah, rindu nak ziarah Rasulullah SAW.

Tu tak termasuk lagi yang belanja mak ayah, adik beradik, yang daftar beramai-ramai 5 orang, 10 orang kerana dikaburi dengan iklan gempak pakej Umrah murah, akhirnya kena tambah duit juga, mana murahnya?

Sekurang-kurangnya kalau pengurusan lemah, tapi sampai juga jemaah ke Tanah Suci, terubat lah sikit hati. Tapi bila dah bayar sepenuhnya tapi tak dapat pergi, yang kena ‘cancel’ trip umrah ni sahaja yang tahu perasaan tu. Saya pun pernah ada pengalaman seperti ni dulu , pedih rasa, sehari semalam menangis bila dapat berita tak boleh berangkat ke Tanah Suci.

Dalam hal begini, ada dua sahaja perkara yang jemaah teraniaya harapkan:

1- Pemulangan duit mereka sepenuhnya. Hal ni jangan dibuat main, ada yang tuntut, ada yang diamkan sahaja, tapi kalau sampai mereka ni ‘arwah’ pun belum dapat hak lagi, hadaplah kat akhirat nanti.

2- Permohonan maaf dari si pelaku. Tak kiralah dengan cara apa sekalipun. Kalau boleh promo pakej Umrah & Haji secara besar-besaran, masuk TV dan iklan bagai, pung pang, pung pang sana sini, masa macam ni lah kena tunjuk hero juga. Sekurang-kurangnya lafaz MOHON MAAF tu dapat meredakan hati yang sedang marak.

Satu perkara yang kita semua travel agencies perlu ingat...

“Yang kita uruskan ini adalah bakal-bakal TETAMU ALLAH, bukan ‘travellers’ biasa-biasa”.

...dari Makkah.
Penulis Kenangan Terindah,
Khamis, 4 April 2023M / 13 Ramadhan 1444H.
1.5K views00:20
Buka / Bagaimana
2023-04-02 11:18:51
Trip Mega 3.0

Ramai sekali DM bertanya di FB Page Nota Umrah DIY berkenaan trip tahun ini samada dianjurkan Trip Mega 3.0 dan Umrah DIY atau tidak

Untuk makluman semua, tahun ini kami tidak menganjurkan sebarang trip terbuka. Jika ada sekalipun ia adalah trip team admin bersama circle yang sedia ada sahaja

Inshaallah jika ada rezki kita jumpa tahun depan (2024) dalam Trip Mega 3.0. Kami rancang ingin ke Syria pula. Doakan ia direalisasikan. Terbuka kepada semua Inshaallah

@NotaUmrahDIY
459 views08:18
Buka / Bagaimana
2023-04-02 09:16:33
TH gantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours

TH

@NotaUmrahDIY
1.2K views06:16
Buka / Bagaimana
2023-03-30 17:42:30
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Pak cik yang hilang sebelum ini telahpun ditemui. Beliau telah meninggal dunia disana

Nasihat admin buat semua jika ingin pergi secara DIY janganlah pergi seorang diri walaupun sudah biasa kesana terutamanya mereka yang telah lanjut usia

Mari sama-sama kita hadiahkan surah Al Fatihah untuk arwah.

Al Fatihah...

@NotaUmrahDIY
1.6K views14:42
Buka / Bagaimana
2023-03-30 10:56:54
Slot raudhah dibuka untuk minggu awal april 2023 seperti gambar

Haramain

@NotaUmrahDIY
2.0K views07:56
Buka / Bagaimana
2023-03-21 15:59:06
Bakal Haji boleh menyemak tawaran haji melalui THiJARI mulai Rabu, 22 Mac 2023 jam 12.00 tengah hari

Tabung Haji

@NotaUmrahDIY
1.2K views12:59
Buka / Bagaimana
2023-03-20 13:14:22
Kos bayaran Haji telah diumumkan. Bantuan Kewangan Haji bersasar musim haji 1444H/2023M diteruskan walaupun kos terus meningkat

Rayuan Haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac 2023 (Isnin)

Tabung Haji

@NotaUmrahDIY
596 views10:14
Buka / Bagaimana
2023-03-03 03:25:52 PENANGGUHAN SEMENTARA ZIARAH MAKKAH, MADINAH & TAIF.

Assalamu’alaikum semua

Umum mengetahui sejak semalam, bahawa memo berkenaan pembatalan trip Ziarah Makkah, Madinah dan Taif telah dikeluarkan dan akan dikuatkuasakan bermula Selasa ini, 7 Mac 2023 bersamaan 15 Sya’ban 1444H.

Kenyataan ini adalah benar, namun ada beberapa perkara yang perlu diperjelaskan agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan:

Arahan ini bukan dari Kerajaan Arab Saudi atau Kementerian Haji dan Umrah Saudi, tapi ia dari syarikat-syarikat transport di tanah suci.

Ini bermakna ziarah Makkah, Madinah dan Taif tidaklah dilarang atau dihentikan terus, melainkan jemaah tidak lagi dapat pergi ziarah dengan menggunakan bas atau coaster.

Bagi jemaah yang bakal ke Tanah Suci dari 7 Mac hingga Syawal nanti, mohon jangan panik!
Rujuk dahulu dengan travel agensi anda sendiri berkenaan ziarah. Kemungkinan ada atau tidak ziarah itu bergantung pada pengurusan mereka bersama syarikat bas masing-masing.

Jemaah masih boleh ziarah di tempat-tempat bersejarah ini dengan menggunakan pengangkutan seperti:
Di Makkah dengan menaiki Bas Makkah (percuma).
Di Madinah ada di sediakan bas merah mengelilingi kota Madinah untuk ziarah (ada bayaran).
Taxi Makkah dan taxi Madinah.
Kereta sewa melalui aplikasi Uber atau Careem.
Kereta atau van persendirian yang dibawa oleh mutawwif @ muzawwir.

Antara faktor penangguhan ini adalah kerana semua tempat ziarah di Makkah, Madinah & Taif khususnya pada waktu pagi hingga zohor amatlah sesak dan padat.

Semoga info ini serba sedikit dapat membantu dan semoga Allah S.W.T permudahkan urusan kita semua.

Sumber
Makkah Kenangan Terindah

@NotaUmrahDIY
1.7K views00:25
Buka / Bagaimana
2023-02-26 16:08:11
Yang mana nak pergi umrah secara pakej bolehlah join group diatas ini. Boleh buat panduan memilih travel agent untuk menguruskan perjalanan umrah anda. Pelbagai kisah boleh dijadikan panduan supaya tidak berlaku kepada kita semua

https://www.facebook.com/groups/711148633897084/?ref=share&mibextid=NSMWBT

@NotaUmrahDIY
942 views13:08
Buka / Bagaimana