Get Mystery Box with random crypto!

AMAL SEDIKIT GANJARAN BANYAK Firman Allah Subhanahu Wa Taala: | Nota Umrah DIY

AMAL SEDIKIT GANJARAN BANYAK

Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya : Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.

(Surah Al-Qadr : 3)

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :

من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة

Maksudnya : Barangsiapa yang bersolat malam/ tarawih(pada malam-malam Ramadhan) bersama imam sehingga dia bersurai(selesai solat), tertulis untuknya pahala solat semalaman penuh.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda :

مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
'Barangsiapa yang menghadiri solat ‘Isya berjamaah, maka baginya pahala solat separuh malam. Sesiapa yang melaksanakan solat ‘Isya dan Subuh berjamaah, pula, maka baginya pahala solat semalaman penuh.'

(Hadis Riwayat Muslim dan al-Tirmidzi)

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ, ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ, حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ; سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Maksudnya : Dua kalimah yang ringan/mudah untuk disebut, tetapi berat di dalam Al-Mizan(timbang amalan di akhirat), dan dicintai Ar-Rahman :
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah dan segala pujian untukNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi amalan-amalan lain yang Allah janjikan ganjaran-ganjaran yang besar. Dalam memburu Lailatul Qadr di 10 malam terakhir Ramadhan ini, rancanglah apa yang kita mampu untuk laksanakan. Semakin banyak amalan kita semakin baik dengan syarat konsisten. Kerana Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam apabila ditanyakan tentang sebaik-baik amalan, baginda pernah menjawab :

أدومها وإن قل

Maksudnya : Apa yang konsisten walaupun sedikit.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Dr Abu Anas Madani

@NotaUmrahDIY