Get Mystery Box with random crypto!

#NOTAEMASFARID

Logo saluran telegram notaemasfarid — #NOTAEMASFARID N
Logo saluran telegram notaemasfarid — #NOTAEMASFARID
Alamat saluran: @notaemasfarid
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 835
Deskripsi dari saluran

BAIKI KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH BAIK LAGI DENGAN MENJADIKAN EMAS SEBAGAI SIMPANAN ANDA. EMAS BERTAHAN LAMA DAN NILAI SEMAKIN MENINGKAT! JOIN SEGERA
SEBARANG PERTANYAAN CLICK LINK : @tanyaemas_bot

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

2

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2023-06-09 03:01:25 *Simpan RM300000 atau emas 236 dinar (1003gram)?*

Persamaannya kedua-duanya tetap dikenakan zakat simpanan 2.5%. itu wajib bagi orang islam.

Namun perbezaan yang paling ketara adalah dari segi susut nilainya.

Emas jika beli harini esok jual, jawapannya emas tidak berbaloi dibeli kerana susut nilai emas mencecah 9% setelah dijual.

Namun jika dipegang untuk jangka masa 3 tahun dan ke atas, maka nilai emas tersebut akan melepasi nilai emas itu dibeli.

Simpanan RM300000, jika disimpan di tempat yang memberi pulangan dividen, katakan 5% setahun. Setahun akan dapat dividen RM15,000.

Simpan selama 5 tahun maka akan ada RM375000 simpanan keseluruhan.

Nampak semacam WOW banyaknya namun itu tidak terjadi kerana belum sampai 5 tahun, pelahan-pelahan simpanan itu akan "DIKOREK" sedikit demi sedikit.

Maka hasilnya simpanan anda semakin susut. Itu belum lagi dikira dengan susut nilai matawang itu sendiri. Semakin hari semakin susut nilai. Anda tidak sedar bahawa zaman sedang berubah.

Nasi sepinggan dengan air dulu RM3 dah kenyang, sekarang ni RM13 belum tentu kenyang.

Kita boleh kata matawang kita susut namun kebenaran itu tidak kita lihat sekiranya kita tidak memerhatikannya.

Sebab itulah anda wajib menyimpan emas. Apabila anda memiliki 1kilo emas, anda akan hilang rasa berduit.

Namun nilai emas itu sendiri akan menjaga nilai wang anda tanpa anda sedari.

Kerana 1 kilo emas tahun 1998 boleh membeli 1 buah kereta, tahun ni 2023 1 kilo emas yang sama boleh membeli 5 buah kereta.

Inilah suatu perkara yang anda perlu perhatikan. Semakin banyak gram anda simpan, maka semakin kayalah anda secara automatik.

Bertindaklah segera. Simpan emas sehingga mencecah 1kilo emas.

#1Kilo1Keluarga
27 views00:01
Buka / Bagaimana
2023-06-08 15:51:50 AMBIL TEMPOH BERTENANG
SEBELUM BERBELANJA

Emas bagi saya lebih kepada "simpanan" berbanding "pelaburan". Bila simpan duit dalam bentuk emas, duit simpanan kita lebih bertahan lama sebab kita terpaksa ambil "tempoh bertenang" sebelum berbelanja; samada kena jual atau gadai dulu emas tu untuk dapatkan tunai segera.

Bila nak jual, rasa sayang pulak nak jual emas tu. Walaupun emas tu kita boleh jualnya pada bila-bila masa sahaja, tapi "tempoh bertenang" tu membuatkan kita lebih teliti bila berbelanja, dan banyak menyelamatkan duit kita daripada berbelanja yang bukan-bukan. Kita hanya akan jual atau gadai emas itu hanya bila ada hal yang benar-benar perlu sahaja.

Simpan duit dalam bentuk emas ni dapat elakkan masalah biasa ramai orang bila menyimpan, iaitu "simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit!".

Jadi kalau nak selesaikan masalah simpan yang selalu bocor, dan nak pastikan duit simpanan bertahan lama, simpananlah tunai (dibank) cukup sekadar 3 bulan pendapatan. Selebihnya lebih baik tukar kepada emas.

Simpan emas pada hakikatnya sama seperti simpan wang TUNAI juga. Bila pakai duit segera, kita boleh jual atau gadai sahaja di ar-rahnu.

#BukuWangEmas #BukuZeroHutang
27 views12:51
Buka / Bagaimana
2023-06-08 15:51:50
23 views12:51
Buka / Bagaimana
2023-06-06 10:39:50
31 views07:39
Buka / Bagaimana
2023-06-06 01:53:11
Emas pun ada bayaran secara ansuran, ada 6 kali bayar dan 10 kali bayar, sudah dapat emas. Masih ada alasan lagi ke untuk tidak menyimpan emas? Ada emas ada wang, ada wang belum tentu ada emas.
38 viewsedited  22:53
Buka / Bagaimana
2023-06-03 03:00:00 *UNTUNG KE SIMPAN EMAS BERBANDING RINGGIT?*

Wang kertas ada susut nilainya begitu juga emas.

Emas jika hendak dikatakan zakat itu susut nilai emas itu sendiri itu pun boleh diambil kira namun susut nilai emas berbeza dengan wang kertas.

zakat yang dibayar akan disalurkan kepada mereka yang terpilih dan ini menjadi pahala buat mereka yang membayar zakat sedangkan susut nilai wang ringgit itu, tidak menyumbang apa-apa pun kepada masyarakat.

zakat dibayar 2.5% sedangkan wang kertas susut nilai setahun mencecah 3.8%

contoh kata jika anda mendapat dividen hasil menyimpan wang di asb atau tabung haji dan sebagainya, anda mendapat 5% dividen. dividen itu perlu mengambil kira juga susut nilai tahun tersebut iaitu 3.8%

5% - 3.8% = 1.2% keuntungan yang tinggal.

anda perlu juga mengambil kira wang yang anda simpan itu jika lebih haul perlu membayar zakat.

1.2% - 2.5% = -1.3%

anda menyangkakan bahawa anda menyimpan wang, dan menerima dividen namun yang anda tidak sedar adalah anda perlu membayar extra 1.3% kepada pasaran semasa. inilah bahayanya susut nilai wang. anda tidak sedar bahawa wang anda telah "dirompak" tanpa anda sedar.

berbeza dengan simpanan emas.

secara purata emas mengalami kenaikkan sehingga mencecah 50% dalam masa 5 tahun. ini bermakna setahun ibarat anda mempunyai keuntungan hasil simpanan emas sebanyak 10% setahun.

setiap tahun anda tentu membayar zakat emas sekiranya emas anda cukup haul, cukup gramnya iaitu 85gram/20dinar ke atas. 2.5% zakat yang anda perlu keluarkan.

10% - 2.5% = 7.5%

adakah dari 7.5% keuntungan itu anda perlu membayar susut nilai wang? jawapannya tidak perlu. kerana emas itu selagi belum ditukar kepada wang, selagi itulah tidak perlu kira susut nilai wang.

jadi secara hakikatnya, kekayaan anda sedang bertambah 7.5% tahun demi tahun.

jika 10 tahun anda simpan emas maka keuntungan simpanan anda telah mencecah 75%.

oleh itu, simpanlah emas, perbanyakkan gram, usah khuatir tentang zakat kerana zakat itu bererti anda berbakti kepada masyarakat, kepada agama bangsa dan negara. tahniah penyimpan emas
51 views00:00
Buka / Bagaimana
2023-06-02 05:30:10 *Kenapa kita semua wajib ada 1kilo atau 236 dinar sebelum menjelang umur persaraan?*

bagi seorang penyimpan tegar, rata-ratanya mewajibkan diri mereka untuk memiliki emas 1 kilo atau 236 dinar sepanjang mereka menjadi penyimpan emas.

mereka yang mempunyai 1 Kilo / 236 dinar emas bererti mereka telah bebas dari hutang/cengkaman bank.

seorang yang berhutang akan membayar hutang mereka dalam tempoh 10 tahun, setelah selesai membayar hutang, apa yang mereka dapat adalah pendapatan mereka akan bertambah disebabkan mereka tidak perlu membayar bulanan hutang.

Namun apa yang mereka tidak sedar adalah nilai matawang dalam tempoh 10 tahun sebenarnya semakin hari semakin susut!! Inilah yang dinamakan hutang negatif.

sekarang cuba bayangkan sekiranya anda memiliki 1kilo / 236 dinar. sekiranya anda memerlukan wang, anda hanya perlu pajak emas tersebut dan mendapat wang tunai.

katakan anda pajak emas kemudian tebus emas dalam masa 36bulan, emas sudah berada dalam genggaman anda. anda mengambil masa 36bulan atau 3 tahun untuk selesaikan pinjaman ar-rahnu. dan sudah tentunya dalam masa 36 bulan/3 tahun itu nilai emas anda telah meningkat!

inilah yang dikatakan hutang positif.

justeru itu, segerakanlah diri anda untuk memiliki 1kilo/236 dinar sebelum tiba umur persaraan anda. semoga bermanfaat
41 views02:30
Buka / Bagaimana
2023-05-30 02:51:25 Ada sahabat bertanya :

Jika simpan emas harini, 6 bulan kemudian, aku jual dapat ke harga aku beli tu? Atau dapat lebih dari harga aku beli?

Saya jawab : tak dapat, harga emas berubah sama ada turun atau naik. Jika jual emas akan ada susut nilainya cuma susut nilainya tak setinggi barangan lain. 8% hingga 9% sahaja.

Contoh kalau beli motor, harga rm10k, pakai seminggu, kemudian nak jual, dapat ke harga rm10k? Walaupun motor pakai seminggu je pun, susut nilai mencecah 20%!

Dia jawab : kalau macamtu ape untungnya beli emas? Beli je nak pakai duit emas susut nilai pulak

Saya jawab: sebabtu beli emas ni jika mahu dapat pulangan harga belian tu perlu tunggu 2 tahun dan ke atas. Aku beli emas 5 gram, beli tahun pertama harga rm940, kemudian pajak dapat RM700, cukup setahun tebus,

aku pajak semula emas tu, tiba-tiba tahun kedua pajak dapat RM820, cukup setahun tebus pajak semula untuk tahun ketiga dapat RM950 pulak. Aku dapat nilai pajak tu lebih tinggi dari nilai aku beli pada mulanya. Emas yang sama. Itu pajak, kalau aku jual tentu lebih tinggi dri nilai aku beli sebab pajak dapat pinjaman 75% hingga 80%. Kalau jual dapat 100% harga emas semasa. Itulah untungnya menyimpan emas.

Kalau sekadar beli kemudian jual begitu je memang rugi simpan emas ni sebabtu emas mesti disimpan bertahun-tahun baru nampak hasilnya.

Sebabtu wajib ada ilmu barulah simpanan emas itu menjadi. Tak gitu?
56 viewsedited  23:51
Buka / Bagaimana
2023-05-20 07:28:03
Harga emas turun naik itu pasti, yang tak pasti itu adakah emas bertambah dalam simpanan atau tidak? Keputusan di tangan anda.
83 views04:28
Buka / Bagaimana
2023-05-20 06:41:51 *PERBEZAAN KOMISEN DAN ROYALTI*

Dalam sistem agent atau dealer, terdapat banyak cara pemberian pendapatan kepada mereka antaranya samaada komisen atau royalti.

sebagai contoh seseorang agent takaful mendapat pendapatannya daripada pelanggannya. jika pelanggannya membayar sumbangan bulanan kepada pihak takaful, maka daripada sumbangan bulanannya itu ada komisen yang perlu diberikan kepada agentnya.

dari pendapatan agent itu pula ada pendapatan yang perlu disumbangkan kepada uplinenya juga sehinggalah kepada hierarki yang tertinggi.

sekiranya pelanggannya itu tidak membayar sumbangan maka agent itu tidak mendapat pendapatan.

jika pelanggannya membayar sumbangan sebulan RM100, maka agent akan mendapat pendapatan rata-ratanya dalam 20%.

RM100 x 20% = RM20

dari RM20 pula perlu disumbangkan kepada uplinenya pula sebanyak 10%

RM20 x 10% = RM2

dari gambaran komisen yang diterima agent, yang sebenarnya client perlu bayar RM80 sahaja sebulan dan selebihnya merupakan pendapatan agent.

jadi disini kita dapat faham bahawa semakin banyak client yang agent cari maka semakin kayalah agent tersebut.

berbeza pula dengan konsep royalti.

Di publicgold, tidak ada istilah agent tetapi yang digunapakai adalah istilah Dealer.

rata-rata dealer di publicgold merupakan Publicgold Business Owner (PGBO). mereka merupakan sebahagian dari perniagaan tersebut. mereka boleh menjual segala bentuk item yang terdapat di publicgold tidak terhad kepada emas sahaja tetapi boleh juga barangan keperluan harian, barangan perkakasan, barangan peribadi dan sebagainya yang terdapat di PGMALL.

setelah seseorang individu itu menaiktaraf akaun emas mereka kepada status Dealer, secara automatiknya mereka layak diberi insentif atau royalti.

mereka boleh membeli emas, membeli barangan keperluan, peribadi dan sebagainya di PGMALL dan mereka akan diberi insentif atau royalti atau cashback yang dibayar Publicgold kepada mereka.

jika mereka membeli emas, mereka dapat insentif atas pembelian sendiri. jika mereka dealer biasa, insentif/royalti yang diterima adalah 1%, jika mereka priority dealer mereka dibayar insentif/royalti 1.5%, jika mereka master dealer pula insentif/royalti yang diterima 2%.

jika mereka membeli barangan di PGMALL, mereka mendapat cashback, dealer biasa 0.5%, priority dealer 1%, master dealer 1.5%.

sambil membeli sambil berjimat orang kata. insentif/royalti/cashback ini diberikan kepada mereka kerana mereka sebahagian dari entiti perniagaan itu sendiri yakni PGBO.

jika mereka tidak naiktaraf akaun mereka, mereka membeli emas sendiri atau membeli barangan di PGMALL mereka tidak mendapat insentif/royalti/cashback. ini merupakan suatu kerugian buat mereka.

yang lebih menarik adalah jika mereka memperkenalkan rakan-rakan mereka kepada publicgold dan menjadi pembimbing aktif dalam usaha memandaikan rakan-rakan mereka supaya menyimpan emas maka mereka akan diberikan insentif/royalti.

pelanggan akan membeli emas pada harga semasa sebagai contoh harga segram emas RM310, maka RM310 yang dibayar kepada Publicgold.

dari RM310 itu, publicgold akan memberi insentif/royalti kepada dealer tersebut bergantung kepada taraf dealer mereka. jika dealer biasa 1%=RM3.10, priority dealer 1.5%=RM4.65, master dealer=RM6.20

semua insentif/royalti itu dibayar sendiri dari poket publicgold bukan dari pelanggan yang membeli emas.

jadi di sini anda nampak perbezaan komisen dan royalti? komisen dibayar pelanggan kepada agent, sedangkan insentif/royalti dibayar publicgold kepada dealer itu sendiri tanpa menggunakan wang pelanggan.

sekian perkongsian dari saya. sekiranya anda mahu menaiktaraf akaun anda kepada dealer, boleh message saya personal. tak rugi jadi dealer, kita beli emas sendiri dapat insentif/royalti, orang beli emas, publicgold bayar insentif/royalti kepada kita. untung berganda-ganda. harga emas naik senyum, harga emas turun pun senyum.

apa komen anda? untung ke rugi jadi dealer?
74 views03:41
Buka / Bagaimana