Get Mystery Box with random crypto!

Nasihat Sentap

Logo saluran telegram nasihatsentap — Nasihat Sentap N
Logo saluran telegram nasihatsentap — Nasihat Sentap
Alamat saluran: @nasihatsentap
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 2.04K
Deskripsi dari saluran

Aku tegur tanda aku sayang.
Aku tidak berusaha untuk menjadi lebih baik daripada orang lain.
Tetapi aku berusaha untuk menjadi lebih baik daripada aku yang dulu.
Sebarang masalah, sila hubungi @NakPesanBoleh_bot
Support http://instagram.com/nawamaira

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2022-05-13 17:56:16
Assalamualaikum sahabat @NasihatSentap

Apa khabar, sihat? Alhamdulillah...

Ana ada berita baik untuk korang semua, malam ini ana mahu buka satu slot istimewa khas untuk yang meminati handsock dan ingin hadiahkan kepada orang tersayang.

Sebenarnya, ana belum release lagi handsock ni di pelbagai platform tapi gambar ni ana baru tangkap tadi sementara kemas stok hehe...

Jadi, ana ingin buka 10 slot sahaja untuk malam ni bagi yang ingin booking handsock premium by nawanuha.

Harga memang sangat berpatutan, murah tetapi berkualiti.

Caranya, tekan link di bawah dan taip "NasihatSentap handsock" untuk kod istimewa.

Bukan setakat handsock je, tapi banyak freegift lain seperti kad doa, tasbih digital, shawl Palestin 2M dan banyak lagi.

Bagi sesiapa yang berikan feedback atau komen terbaik akan mendapat free handsock nawanuha

Terhad 10 orang je tau malam ni

http://www.wasap.my/60182996823/NasihatSentaphandsock
998 viewsنور, 14:56
Buka / Bagaimana
2022-04-28 17:14:10 Malam ni luar biasa. Malam 27 Ramadhan, malam jumaat pula tu! Sungguh luar biasa.

Hormati malam ini bermula maghrib ini.

1.Sebelum azan maghrib, doa sungguh-sungguh. Mintalah kalau malam itu malam Lailatul Qadr, kita dipilih dan terpilih.

2.Berbuka dengan kurma, sunnah ni, Nabi suka.

3.Makan bersederhana. Ingat, kita masih ada esok untuk makan, sederhana makan. Kalau terlalu banyak, nanti rasa malas beribadah.

4.Solat isya' dan terawih berjemaah.

5.Kurangkan bercakap. Kurangkan cari silap orang, kurangkan tengok silap orang. Kurang-kurangkan.

6.Tidur awal untuk bangun awal. 10.30 malam dah off phone untuk bangun 3.30 pagi. Niat sungguh-sungguh minta Allah bantu kita untuk kita bangun beribadah malam nanti.

7.Baca Al-Mulk. Sebelum tidur jangan tengok isu panas, siapa silap siapa betul, tak payah tahu itu lebih baik, sebab isu panas ni takkan pernah habis.

Pesan sheikh.
"Orang yang bertemu dengan lailatul qadr itu bukanlah orang semata orang yang banyak ibadahnya tetapi yang suci hatinya."

8. Set alarm. Kita bukan wali yang boleh auto terjaga. Ikhtiarlah dengan gunakan jam untuk kejut kita. Setlah dan sound tu pasang yang terkuat sampai rumah jiran sebelah dengar. Tiberh.

9.Bangun pagi tu mandi dulu. Segar-segarkan badan. Ambil wuduk.

10.Allahu akhbar, solat sunat tahajjud 2 rakaat, solat sunat taubat, hajat dan istikharah. Last sekali tutup dengan solat sunat witir.

11.Istighfar, zikir dan selawat.

12.Peruntukkan 20 minit atau ikutlah masa korang masing-masing untuk berdoa. Mintaklah apa korang nak mintak. Nak kahwin,nak kaya, nak jadi solehah, nak faham agama, ikutlah, terserah, yang penting doa!

Pesan ustaz.

"Pada malam lailatul Qadr perbanyakkan doa, kerana pada malam itu tidak akan ada doa yang terhijab."

13.Sambil - sambil bersahur tu pasanglah kuliah subuh. Elakkan pasang sinetron. Dalam tazkirah tu ada peringatan.

Sahabat, bangunlah malam dengan rasa kerendahan bukan keangkuhan, kerana yang sombong itu tidak dipandang Tuhan.


@NakPesanBoleh

@NasihatSentap
1.2K viewsنور, edited  14:14
Buka / Bagaimana
2022-04-23 15:27:58
GELOMBANG LAILATUR QADAR AKAN BERMULA!

Salam 10 Malam Terakhir LailatulQadar iaitu Malam yang lebih baik dari seribu bulan

Ikhlas dari kami,


@tarbiahsentapofficial
@tarbiahsentaprecords
@komunititarbiahsentap

@NasihatSentap
970 viewsنور, 12:27
Buka / Bagaimana
2022-04-21 15:55:52 Cikgu pernah berpesan dulu :

Tak pandai nak cantikkan,
Jangan pandai burukkan

Tak pandai baiki,
Jangan pandai merosakkan


@NasihatSentap
951 viewsنور, 12:55
Buka / Bagaimana
2022-04-19 19:29:13 "When you fail you learn from the mistakes you made and it motivates you to work even harder."

Natalie Gulbis

@NasihatSentap
964 viewsنور, 16:29
Buka / Bagaimana
2022-04-19 17:13:46 Jangan hiraukan apa yang orang perkatakan tentangmu.

Kerana tidak semua orang memahamimu.

Teruskan jadi diri sendiri, hanya kamu sahaja yang mengerti dirimu sendiri berbanding orang lain.

Be yourself.

@NasihatSentap
919 viewsنور, 14:13
Buka / Bagaimana
2022-04-19 15:49:36 Hidup ini hanya sementara.

Hargailah.

@NasihatSentap
841 viewsنور, 12:49
Buka / Bagaimana
2022-04-17 18:32:08 Maafkan orang walaupun hati sukar untuk menerimanya.

Mulakan hidup baru.


@NasihatSentap
894 viewsنور, edited  15:32
Buka / Bagaimana
2022-04-16 10:46:29 4) PENUTUP

Baiklah, sudah sampai penghujungnya. Takpe, insyaAllah ada lagi perkongsian walaupun tidak seberapa.

Maka, apa yang ana nak simpulkan adalah jadikan dunia ini tempat bermusafir buat sementara dan Akhirat tempat tinggal kita untuk selamanya.

Segala yang ada dekat kita hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata.

Jangan pernah merasakan diri kita lebih daripada orang lain, kita lebih hebat.

Sebab???

Sebab kita nampak hebat adalah Allah tutup aib kita.

Jadikan segala ujian yang hadir itu sebagai penguat diri untuk terus dekat dengan Allah SWT.

Semoga apa yang ana kongsikan ni serba sedikit memberikan manfaat kepada pembaca.

Sabar tidak bermakna kita lemah tetapi orang yang bersabar adalah orang yang sangat hebat sebab mampu mengawal emosi.
.
.
.
Semoga kita semua berjumpa lagi.

Mari tamatkan perkongsian ini dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Jangan lupa sentiasa memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
899 viewsنور, 07:46
Buka / Bagaimana
2022-04-16 10:40:09 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
603 viewsنور, 07:40
Buka / Bagaimana