Get Mystery Box with random crypto!

MUET Session 1 2023

Logo saluran telegram muets12023 — MUET Session 1 2023 M
Logo saluran telegram muets12023 — MUET Session 1 2023
Alamat saluran: @muets12023
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 10.12K

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2023-07-03 12:09:18 Salam Sejahtera.

Channel ini akan dihentikan.

Terima kasih.
26.0K views09:09
Buka / Bagaimana
2023-07-03 12:08:45 Peringatan Mesra :

PERMOHONAN RAYUAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI 1 2023

Salam Sejahtera,

Kepada calon yang membuat permohonan rayuan semak semula keputusan Ujian MUET Sesi 1 2023, calon boleh menyemak keputusan mulai 3 Julai 2023 dengan melayari pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/status/index.php.

Terima kasih.
26.6K views09:08
Buka / Bagaimana
2023-06-06 16:15:24
Pemakluman Permohonan Semakan Semula Keputusan MUET Sesi 1 2023
46.4K viewsedited  13:15
Buka / Bagaimana
2023-06-01 12:18:42
Pengumuman Keputusan Ujian MUET Sesi 1 2023
53.4K views09:18
Buka / Bagaimana
2023-05-03 09:35:46 PERINGATAN MESRA

Ujian Kertas 800/2 Speaking MUET Sesi 1 Tahun 2023 akan dijalankan pada 8, 9, 10, 11, 15 dan 18 Mei 2023.

Dimaklumkan bahawa tidak semua pusat ujian akan menjalankan ujian speaking seperti pada semua tarikh yang dinyatakan.

Sila hadir pada tarikh dan waktu ujian speaking seperti yang tercatat pada Slip MUET/D calon dan jangan tiba lewat di pusat ujian.

Sila bawa bersama Slip MUET/D yang dicetak dan kad pengenalan ke pusat ujian.
Sila rujuk arahan dan panduan seperti yang dinyatakan pada slip MUET/D.
Kegagalan mematuhi arahan tertentu yang dinyatakan pada slip mungkin menyebabkan calon tidak dibenarkan menduduki ujian.

Bagi mendapatkan keputusan Band MUET yang lengkap, calon perlu hadir semua empat komponen kertas ujian (Reading, Writing, Listening dan Speaking).

Gagal hadir walaupun satu komponen, akan menjadikan keputusan MUET Band Nil.

Sekian, terima kasih.
68.7K views06:35
Buka / Bagaimana
2023-03-28 15:21:17 PERINGATAN MESRA

Ujian Kertas Bertulis (Written) MUET Sesi 1 Tahun 2023 akan dijalankan serentak di seluruh negara pada 1 April 2023 (Sabtu). Waktu ujian seperti yang tercatat pada Slip MUET/D calon.
Calon hendaklah membawa bersama Slip MUET/D yang dicetak. Untuk menyemak dan mencetak Slip MUET/D, sila layari http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php.
Sila rujuk arahan dan panduan seperti yang dinyatakan pada slip.
Kegagalan mematuhi arahan tertentu yang dinyatakan pada slip mungkin menyebabkan calon tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan oleh Pengawas Peperiksaan yang bertugas.

Bagi mendapatkan keputusan Band MUET yang lengkap, calon perlu hadir semua empat komponen kertas ujian (Reading, Writing, Listening dan Speaking).

Gagal hadir walaupun satu komponen, akan menjadikan keputusan MUET Band Nil.

Majlis Peperiksaan Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon ujian MUET dan semoga beroleh keputusan yang cemerlang.
73.3K views12:21
Buka / Bagaimana
2023-02-20 04:52:05 SEMAKAN SLIP MUET/D CALON MEMOHON PERTUKARAN PUSAT UJIAN

Salam sejahtera.

Perhatian kepada semua calon Ujian MUET Sesi 1 Tahun 2023 yang telah memohon pertukaran pusat ujian secara online, tuan/puan diminta untuk menyemak dan mencetak semula Slip MUET/D tuan/puan yang telah dikemaskini mulai hari ini (20 Februari 2023) selepas 2:00 petang di laman web rasmi MPM www.mpm.edu.my atau di pautan terus http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php

Permohonan pertukaran pusat ujian telah ditutup pada 13 Februari 2023.

Dimaklumkan sekali lagi, sebarang permohonan pertukaran pusat ujian oleh calon selepas tarikh tutup tidak dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.
81.0K views01:52
Buka / Bagaimana
2023-02-08 10:22:07 PENGUMUMAN PERMOHONAN PENGEPOSAN SIJIL MUET SECARA POS LAJU

Salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU boleh membuat permohonan untuk pihak MPM mengepos Sijil MUET kelak menggunakan POS LAJU.

Permohonan adalah secara ONLINE sahaja, iaitu semasa anda membuat semakan Slip MUET/D (slip peperiksaan), di mana akan terdapat paparan untuk anda membuat permohonan.
Caj sebanyak RM10.00 akan dikenakan, dan pembayaran adalah secara perbankan elektronik semasa memohon.

Permohonan dibuka dari 7 Februari 2023 sehingga 20 Februari 2023 sahaja.

Sekiranya anda tidak ingin memohon pengeposan Sijil MUET secara Pos Laju, sila abaikan paparan tersebut, dan Sijil MUET anda akan dipos menggunakan mel biasa oleh Pos Malaysia (tanpa tracking number).

MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya Sijil MUET tidak sampai ke alamat calon atau hilang dengan penghantaran pos mel biasa.

Terima kasih.
80.8K views07:22
Buka / Bagaimana
2023-02-07 05:02:26 PENGUMUMAN PEMBETULAN MAKLUMAT

Salam sejahtera.

1. Sekiranya terdapat ralat/kesilapan pada Slip MUET/D, tuan/puan boleh membuat permohonan untuk pembetulan/pindaan maklumat.

a) Dari 7 Februari 2023 sehingga 20 Februari 2023, sebarang permohonan pembetulan maklumat tidak dikenakan sebarang bayaran.
Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila hantar secara pos borang berserta dokumen sokongan ke MPM.

b) Permohonan pembetulan maklumat selepas 20 Februari 2023 akan dikenakan caj sebanyak RM25.00.
Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila hantar secara pos borang berserta dokumen sokongan dan bayaran RM25.00 ke MPM. Permohonan yang diterima dengan tidak disertakan bayaran, tidak akan dibuat pembetulan.

2. Sila pos ke alamat : Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor (u.p.: Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)

3. Borang MUET/C9 boleh dimuat turun di pautan https://www.mpm.edu.my/en/sumber/muat-turun/muat-turun-borang-muet

4. Manakala permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan MUET Sesi 1 2023 dikeluarkan/diumumkan pula akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM40.00.

Terima kasih.
66.4K viewsedited  02:02
Buka / Bagaimana
2023-01-26 16:18:17 PENGUMUMAN PERTUKARAN PUSAT SECARA ONLINE

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan menukar pusat ujian secara dalam talian boleh dimohon mulai 7 Februari 2023, jam 10:00 pagi hingga 13 Februari 2023.

Dimaklumkan bahawa kapasiti sangat TERHAD dan “first come first serve basis”, serta bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini.
Calon hendaklah memohon secara dalam talian di pautan http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.
Bayaran pertukaran pusat ujian MUET ialah RM25.00 dan dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.

Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KOMPONEN KERTAS sahaja (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).

Sebarang rayuan untuk menambah kapasiti di pusat ujian tidak dipertimbangkan.

Permohonan pertukaran pusat ujian selepas tarikh tutup juga tidak akan dipertimbangkan.

Calon MUET Gantian/Calon TEMCO Sesi 3 2022 tidak dibenarkan
untuk memohon berpindah pusat ujian dan perlu hadir di pusat ujian seperti yang tercatat pada Slip MUET/D.

Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak Slip MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.

Terima kasih.
67.2K viewsedited  13:18
Buka / Bagaimana