Get Mystery Box with random crypto!

MPP X MAHASISWA UiTM KAG

Logo saluran telegram mppkag — MPP X MAHASISWA UiTM KAG M
Logo saluran telegram mppkag — MPP X MAHASISWA UiTM KAG
Alamat saluran: @mppkag
Kategori: Pendidikan
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 3.58K
Deskripsi dari saluran

Saluran rasmi informasi buat mahasiswa UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah daripada Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023.
MAHASISWA SINERGI, PENERAJU KEPIMPINAN BERVISI

Ratings & Reviews

5.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

2

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2023-05-09 07:25:47 [SOALAN LAZIM BERKENAAN PENGAMBILAN KAD RHB]

SELASA | 9 MEI 2023

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Merujuk perkara di atas, berikut merupakan jawapan kepada beberapa soalan lazim yang telah diajukan mahasiswa berkenaan Kad Prihatin Siswa (KPS).

1. Bolehkah saya menuntut kad RHB di Pejabat Infrastruktur pada waktu yang lain?

Belum ada keputusan terkini berkenaan pelajar yang gagal mematuhi jadual yang telah ditetapkan.

2. Adakah senarai nama disediakan?

Senarai nama yang diterima dari pihak RHB berbentuk fizikal.

3. Sekiranya saya mempunyai kelas ketika waktu pengambilan kad, adakah saya hanya perlu memaklumkan kepada pensyarah saya?

Ya.

4. Sekiranya saya belum memberikan persetujuan kad RHB di UFuture, perlukah saya menghadirkan diri juga?

Ya. Semua pelajar perlu mengambil kad RHB di DTS.

5. Apa yang saya perlu bawa ketika hadir untuk pengambilan KPS?

Ketika hari kejadian, mahasiswa diminta untuk membawa kad pengenalan bagi memudahkan pergerakan.

Diharapkan para mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA SINERGI, PENERAJU KEPIMPINAN BERVISI”

Yang menjalankan tugas,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Alor Gajah
Sesi 2022/2023
558 views04:25
Buka / Bagaimana
2023-05-08 07:13:11 [PERKHIDMATAN BAS (SHUTTLE) - PROGRAM AGIHAN KAD PRIHATIN SISWA]

ISNIN | 8 MEI 2023

Assalamualaikum w.b.t,
Selamat Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Merujuk perkara di atas, berikut merupakan ketetapan bagi perkhidmatan bas (shuttle) bagi pengambilan Kad Prihatin Siswa di Dewan Taming Sari:

Tarikh: 8-11 Mei 2023

Masa:
- 08:00 pagi
- 09:00 pagi
- 10:00 pagi
- 11:00 pagi
- 12:00 tengahari
- 02:00 petang
- 03:00 petang
- 04:00 petang
- 05:00 petang

Lokasi _checkpoint_ :
- KPP1 (Bus stop KPP1)
- KPP2 (Berhadapan Cafe D Bukit)
- KPP3 (Bus Stop KPP3)
- Berhadapan jalan Kolej Tuah

Diharapkan para pelajar mengambil maklum dan sentiasa cakna dengan informasi terkini berkenaan KPS.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

http://wasap.my/60124847603/MPPNadyra
[MPP NADYRA]

http://wasap.my/601156677899/SMPPFada
[SMPP FADA]

http://wasap.my/601157604694/SMPPRose
[SMPP ROSE]

Sekian, terima kasih.

"MAHASISWA SINERGI, PENERAJU KEPIMPINAN BERVISI"

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Alor Gajah
Sesi 2022/2023
1.0K views04:13
Buka / Bagaimana
2023-05-07 17:33:17 [PENYERAHAN DAN PENGAKTIFAN KAD PRIHATIN SISWA]

RABU | 3 MEI 2023

Assalamualaikum w.b.t,
Selamat Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Merujuk perkara di atas, ketetapan pengagihan Kad Prihatin Siswa (KPS) adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 - 11 Mei 2023
Lokasi: Dewan Taming Sari (DTS)

Pelajar diminta untuk memuat turun aplikasi RHB Mobile Banking sebelum hadir untuk mengambil KPS bagi mempercepatkan proses pengambilan kad.

Berikut merupakan pautan bagi jadual agihan KPS mengikut fakulti masing-masing, berserta pelan pergerakan agihan KPS.

: https://drive.google.com/drive/folders/1-vb4RY9uqwTS37w7v05fchxkzJbxW9-I

Diharapkan para pelajar ambil maklum dan sentiasa cakna dengan informasi terkini berkenaan KPS.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

http://wasap.my/60122779802/MPPRaja
[MPP RAJA]

http://wasap.my/60136847670/MPPAza
[MPP AZALEA]

Sekian, terima kasih.

"MAHASISWA SINERGI, PENERAJU KEPIMPINAN BERVISI"

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Alor Gajah
Sesi 2022/2023
1.1K views14:33
Buka / Bagaimana
2023-05-07 17:32:52
1.0K views14:32
Buka / Bagaimana
2023-05-06 03:43:00
[PROGRAM QURANIC REFLECTION]

SABTU | 6 MEI 2023

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku

Merujuk kepada perkara di atas, program QURANIC REFLECTION akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh dan Hari: 6 MEI 2023, Sabtu
Masa: 9:00 a.m - 1:00 p.m
Lokasi: Masjid al-Hikmah

Sehubungan dengan itu, kehadiran para mahasiswa dan mahasiswi UiTM Alor Gajah amatlah dialu-alukan bagi menyemarakkan lagi suasana masjid di samping dapat menimba ilmu pengetahuan yang baharu.

Sekian, terima kasih.
-Muamalat Student Association (MuSa)-
1.2K views00:43
Buka / Bagaimana
2023-05-05 11:35:36 [TINJAUAN SEMULA PENGEMBALIAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN AKHIR DIJALANKAN PADA HUJUNG MINGGU]

JUMAAT | 5 MEI 2023

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Merujuk perkara di atas, Dasar Pelaksaan Takwim Peperiksaan telah dijalankan di UiTM pada Peperiksaan Akhir Semester Oktober 2022-Februari 2023 yang lepas di mana TIADA peperiksaan dijadualkan pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia Sesi 2022/2023 ingin menjalankan soal selidik terhadap dasar ini bagi mengenal pasti samada masih relevan atau tidak dasar ini dijalankan.

Tempoh pengisian adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 15 April 2023 – 7 Mei 2023 (Sehingga jam 11:59 malam)

Pautan: https://forms.gle/PRRJu1HAnvJLqMbc8

Kerjasama anda amatlah kami hargai.

Sekian terima kasih.

“MAHASISWA SINERGI, PENERAJU KEPIMPINAN BERVISI”

Yang menjalankan tugas,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Alor Gajah
Sesi 2022/2023
1.5K views08:35
Buka / Bagaimana
2023-05-04 07:12:25 [PENYERAHAN DAN PENGAKTIFAN KAD PRIHATIN SISWA]

KHAMIS | 4 MEI 2023

Assalamualaikum w.b.t,
Selamat Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Merujuk perkara di atas, ketetapan pengagihan Kad Prihatin Siswa (KPS) adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 - 11 Mei 2023
Lokasi: Dewan Taming Sari (DTS)

Para pelajar diingatkan untuk memuat turun aplikasi RHB Mobile Banking sebelum hadir untuk mengambil KPS bagi mempercepatkan proses pengambilan kad.

Berikut merupakan pautan bagi jadual agihan KPS mengikut fakulti masing-masing, berserta pelan pergerakan agihan KPS.

: https://drive.google.com/drive/folders/1-vb4RY9uqwTS37w7v05fchxkzJbxW9-I

Diharapkan agar semua mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

http://wasap.my/60122779802/MPPRaja
[MPP ADRIANA]

http://wasap.my/60136847670/MPPAza
[MPP AZALEA]

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA SINERGI, PENERAJU KEPIMPINAN BERVISI"

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Alor Gajah
Sesi 2022/2023
1.6K views04:12
Buka / Bagaimana
2023-05-02 13:36:20 [CUTI BERSEMPENA HARI WESAK 2023]

SELASA | 2 MEI 2023

Assalamualaikum w,b,t.
Selamat Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa semua mahasiswa akan bercuti bersempena Hari Wesak pada 4 Mei 2023 (Khamis).

Diharapkan para pelajar ambil maklum dan sentiasa cakna dengan informasi terkini.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA SINERGI, PENERAJU KEPIMPINAN BERVISI”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Sesi 2022/2023
2.0K views10:36
Buka / Bagaimana
2023-05-02 07:44:36 [FOODBANK: PENGAMBILAN MAKANAN PERCUMA]

SELASA | 02 MEI 2023

Assalamualaikum wbt,
Selamat Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku

Untuk makluman mahasiswa, The Pantry (Foodbank) akan beroperasi semula mengikut ketetapan berikut:

Lokasi: The Pantry (Foodbank), Anjung Siswa di Dewan Syahbandar
Hari: Selasa & Khamis.
Masa: 5.00 pm - 7.00 pm.

Kepada mahasiswa yang memerlukan khususnya pelajar dalam kalangan B40, anda dialu-alukan untuk hadir dan mengambil makanan serta barangan keperluan yang disediakan.

Pelajar hendaklah membawa kad Foodbank semasa hadir dan sekiranya kepada pelajar yang belum memiliki kad tersebut, anda boleh mengambilnya di Anjung Siswa.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
http://wasap.my/60172602595/MPPAisyah
[MPP AISYAH]
http://wasap.my/601112317393/SMPPFarisha
[SMPP FARISHA]

Sekian, terima kasih.

”MAHASISWA SINERGI, PENERAJU KEPIMPINAN BERVISI”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Alor Gajah
Sesi 2022/2023
1.9K views04:44
Buka / Bagaimana
2023-05-01 11:25:07
[KEKAL SIHAT PADA MUSIM PANAS]

ISNIN | 1 MEI 2023

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Kami, daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2022/2023 menyeru agar semua mahasiswa untuk kekal sihat pada musim panas bagi mengelakkan diri daripada serangan strok haba.

Terdapat 5 cara bagi mengatasi serangan strok haba:

Minum air mencukupi
Elak senamam yang sukar & tidak perlu
Berada di kawasan nyaman & redup
Pakai pakaian longgar, ringan & bersesuaian
Kurangkan kafein, alkohol & gula

Diharapkan semua mahasiswa dapat mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang tertera di atas agar terus kekal sihat.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Alor Gajah
Sesi 20222/2023
1.7K views08:25
Buka / Bagaimana