Get Mystery Box with random crypto!

DAPAT PANGGILAN TEMUDUGA SPA? Tahniah buat calon yang dapat p | Pembantu Penguasa Kastam WK19

DAPAT PANGGILAN TEMUDUGA SPA?

Tahniah buat calon yang dapat panggilan temuduga untuk bulan ini.

Ketika anda ditemuduga, sekiranya anda dipandang rendah atau dihina, logiknya anda akan berasa marah dan naik angin.

Sudah pasti! Ketika berada di bilik temuduga, anda akan ditanyakan soalan-soalan yang membuatkan anda panas hati kerana ia bakal mencabar kewibawaan anda.

Ia adalah salah satu strategi panel penemuduga untuk menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang penyabar, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya.

Anda yang perlu anda lakukan ialah :

Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.
Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.
Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.
Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.
Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.
Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.

Calon dinasihat supaya menjawab soalan dengan tenang, ambil masa untuk berfikir sebentar dan mulai menjawab dengan perlahan-lahan.

Menjawab dalam keadaan yang terburu-buru hanya akan menyebabkan anda hilang fokus dan emosi tidak dapat dikawal.

Boleh jadi anda akan bertengkar dengan penemuduga nanti.

Dapat sesuatu? Kongsi kepada kawan-kawan yang dapat panggilan temuduga SPA

Nak lagi tips? Terus dapatkan rujukan khusus temuduga SPA ini:
https://bit.ly/rujukantemudugaspa

Good luck!

p/s: Rahsia 500 calon lulus temuduga spa dimuatkan dalam rujukan ini, malah info dalam rujukan didedah oleh bekas panel temuduga sendiri