Get Mystery Box with random crypto!

Kapsul Tazkirah

Logo saluran telegram kapsul_tazkirah — Kapsul Tazkirah K
Logo saluran telegram kapsul_tazkirah — Kapsul Tazkirah
Alamat saluran: @kapsul_tazkirah
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 20.74K
Deskripsi dari saluran

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda;
‎خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru

2024-05-12 13:03:37 Tiada kata yang boleh diucap menggambarkan betapa besar pengorbanan seorang ibu kerana itu firmanNya banyak menceritakan perihal pengorbanan sang ibu begitu juga hadis Rasulullah SAW. Syurga Firdaus buat ibu-ibu khas untuk ibu kita yang tercinta
5.1K viewsedited  10:03
Buka / Bagaimana
2024-05-07 11:31:05
في تجاهل للمجتمع الدولي.. الدبابات النازية الإسرائيلية تقتحم الآن معبر رفح الذي يربط غزة بمصر، ويواصل جنود الاحتلال الإسرائيلي النازحون ارتكاب المجازر ضد الفلسطينيين العزل.

In disregard to the international community... Israeli Nazi tanks are now storming the Rafah crossing, which connects Gaza with Egypt, and displaced Israeli occupation soldiers continue to commit massacres against defenseless Palestinians.
7.3K views08:31
Buka / Bagaimana
2024-05-07 05:14:51
ماذا حدث؟
أعلن الوسطاء كل من مصر والأردن والولايات المتحدة الأمريكية وقطر بان حركة المقاومة الاسلامية حماس وافقت على وقف إطلاق النار ردا على الشروط الجديدة للاتفاق.
وبعد دقائق قليلة من الإعلان خرق الاحتلال النازي الإسرائيلي الاتفاق متجاهلاً كافة التحذيرات الدولية.
و شن الاحتلال النازي الإسرائيلي عملية غادرة وقام بمهاجمة مدينة رفح على الحدود المصرية جنوب قطاع غزة، وارتكب عشرات المجازر، أدت إلى استشهاد وإصابة العشرات من الفلسطينيين المهجرين العزل.
يذكر بأن رفح تاوي أكثر من مليوني نازح في الخيام .
What happened?
The mediators Egypt, Jordan, the United States of America and Qatar announced that the Islamic Resistance Movement Hamas had agreed to a ceasefire in response to the new terms of the agreement.
A few minutes after the announcement, the Nazi-Israeli occupation violated the agreement, ignoring all international warnings.
The Israeli Nazi occupation launched a treacherous operation and attacked the city of Rafah on the Egyptian border south of the Gaza Strip, and committed dozens of massacres, which led to the death and injury of dozens of defenseless displaced Palestinians.
It is noteworthy that Rafah hosts more than two million displaced people in tents.
6.0K views02:14
Buka / Bagaimana
2024-05-03 12:53:25
Tipu yang Dibenarkan
6.0K views09:53
Buka / Bagaimana
2024-05-01 12:01:50 Pekerja Kesuma Bangsa

Dalam kita melaksanakan sesuatu pekerjaan, kita perlu melakukan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh serta dilaksanakan dengan cara yang paling baik dan sempurna. Sama ada dalam bentuk perkhidmatan mahupun menghasilkan sesuatu produk atau barangan. 

Islam menekankan kualiti dalam setiap perkara. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَيَقْبَلُ إِلاَّطَيِّبَا

“Sesungguhnya Allah itu baik (suci bersih) dan Allah tidak akan menerima kecuali yang baik (suci bersih – berkualiti) juga”  Riwayat Muslim

Sesuatu yang dilakukan akan diterima sebagai ibadah apabila ianya memenuhi syarat baik (suci bersih dan berkualiti), termasuk dilakukan dengan ikhlas (syarat diterima amal), bersungguh-sungguh dan sempurna.

Al-Quran menegur kualiti barang atau perkhidmatan yang berkualiti rendah. Diriwayatkan oleh Imam Hakim: Kisah sahabat yang sering membawa buah kurma daripada dusun ke masjid untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Pada suatu hari salah seorang membawa buah kurma yang kualitinya rendah sedangkan dia mampu memberikan yang lebih baik. Lalu turun ayat surah al-Baqarah: 267

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الأرْضِ وَلا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآخِذِيهِ إِلا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ (٢٦٧)

“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji”.

Berdasarkan ayat al-Quran dan kisah di atas;

1. Allah mengarahkan orang beriman untuk menghasilkan atau menyumbang sesuatu di dunia sebagai bekalan di akhirat.

2. Dalam menghasilkan atau menyumbang sesuatu, seperti harta, barangan, perkhidmatan, pengurusan, pengajaran, dan lain-lain, maka perlu dipersembahkan yang terbaik.

3. Kita juga tidak ingin menerima sesuatu yang buruk atau tidak berkualiti.
Menyumbanglah sesuatu yang paling baik daripada kita.

Sebagai pekerja, sumbangkanlah perkhidmatan kita yang terbaik kepada organisasi dan klien agar ia menjadi fixed deposit untuk kita di akhirat nanti. Jangan hanya melakukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Sempena Sambutan Hari Pekerja, marilah kita renungi hadis Rasulullah SAW:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.” Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan  al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)

Pekerja Kesuma Bangsa

SELAMAT HARI PEKERJA

https://t.me/kapsul_tazkirah
7.5K views09:01
Buka / Bagaimana
2024-04-29 13:27:55 Dunia Berputar

Kita berada pada zaman yang sukar. Ujian ekonomi, sosial, politik, perubahan iklim dan bermacam-macam lagi. Seakan menekan kita dari segala sudut.

Namun, janji Allah SWT dalam surah al-Insyirah bahawa setiap kesukaran bersamanya kesenangan memberikan kita satu harapan baharu.

فإن مع العسر يسرا
إن مع العسر يسرا

Harapan untuk mencari kebahagiaan di sebalik kesengsaraan, ketenangan di sebalik kegusaran, kegembiraan di sebalik kesedihan, kelapangan di sebalik kesibukan.

Berdoa lah kepadaNya bersungguh-sungguh setelah segala usaha dan daya telah kita lakukan. Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya hingga ke SyurgaNya.

https://t.me/kapsul_tazkirah
6.2K views10:27
Buka / Bagaimana
2024-04-24 02:08:06 Viral

Semakin berkembang dunia teknologi, semakin canggih segala alat yang wujud hari ini. Kewujudan kenderaan elektrik, kebijakan peranti elektronik, kelajuan internet, termasuk lah media sosial yang diguna pakai hampir seluruh masyarakat dunia.

Tidak dinafi semua yang ada di atas bumi punyai kelebihan dan kekurangan, kebaikan dan keburukan. Semuanya tentang diri pengguna bagaimana dia memanfaatkan atau memudaratkan perkembangan yang berlaku di sekeliling.

Acap kali kita melihat fenomena masyarakat yang seakan mencari sesuatu untuk menarik perhatian orang lain apabila dunia teknologi kian diakses semua lapisan masyarakat. Semua yang menaikkan “rating” dan “viral” seolah menjadi tujuan utama tanpa mengira soal maruah, harga diri dan malu seorang yang bergelar INSAN apatah lagi seorang MUSLIM.

Mari renungi hadis-hadis Nabi SAW;

َاْلإِيْمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ َاْلإِيْمَانُ.

"Iman mempunyai enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan 'Lâ ilâha illallâh,' dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu merupakan salah satu cabang Iman." (HR. Imam Al Bukhari No 9).

اَلْـحَيَاءُ وَ اْلإِيْمَانُ قُرِنَا جَمِـيْعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ اْلاَ خَرُ

"Iman dan malu merupakan pasangan dalam segala situasi dan kondisi. Apabila rasa malu sudah tidak ada, maka iman pun sirna." (HR. Al Hakim).

Jelas terbukti dalam hadis-hadis Nabi SAW malu terkait dengan Iman. Betapa canggihnya teknologi suatu masa nanti tidak mengikis sifat malu kita. Kita akan beroleh
Ketenangan dan kedamaian dengan cara memelihara malu dan maruah. Kita akan dihormati walaupun tidak “famous” di mata masyarakat.

Harga diri dan maruah terlalu tinggi dan wajib dipelihara oleh setiap yang berakal dan beragama Islam. Selagi mana iman kita mampu jaga, selagi itu malu kita ada.

Wahai orang-orang beriman, bertakwa lah dan takut lah azabNya yang bakal menimpa bagi yang lalai, buang lah sikap suka mengejar VIRAL, LIKES, SHARE, FOLLOW semata-mata. Pelihara diri kita, keluarga, rakan-rakan daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menggoda terutama zaman “viral” seperti hari ini.

https://t.me/kapsul_tazkirah
7.1K views23:08
Buka / Bagaimana
2024-04-22 09:34:47 Waktu Dalam Kehidupan Muslim

Waktu amat berharga dalam kehidupan kita. Waktu yang berlalu tidak akan kembali. Ramadan dan kelebihan yang terdapat di dalamnya telah berlalu. Setiap kita belum pasti dapat bertemu dengan Ramadan pada tahun akan datang. Jika bertemupun, belum pasti kita berpeluang merebutnya dengan pelbagai amalan soleh seperti tahun sebelumnya. Mungkin ketika itu kita tidak berdaya melakukan ibadat puasa.

Tidaklah datang suatu hari yang baru melainkan ia berkata kepada anak Adam sebagaimana yang diriwayatkan; telah berkata al-Imam Hassan al-Basri,

يا ابن آدم انا خلق جديد وعلى عملك شهيد
فتزود منى بعمل صالح فإنى لا أعود الى يوم القيامه

Maksudnya: "Wahai Anak Adam, aku (hari baharu) adalah ciptaan baru. Aku menjadi saksi atas amalanmu. Berbekallah daripadaku dengan amal soleh kerana aku tidak akan kembali sehingga hari Kiamat".

Waktu yang berlalu kita berikan unit ukuran seperti saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Akhirnya ia membentuk sesuatu yang kita panggil umur dan usia.

Sesungguhnya kesempatan umur dan usia yang dimiliki oleh seseorang menentukan kelangsungan usia dan ajal seseorang.

Firman Allah :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤

Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan (Surah Al-Araf ayat: 34)

Setiap detik masa yang kita lalui, umur yang kita miliki akan dipersoal di hari akhirat kelak. Justeru kita perlu memanfaatkan setiap detik masa dan usia ini sebaik mungkin dengan amal yang bermanfaat.

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48)

Waktu yang berlalu seringkali membuatkan manusia tertipu. Ia merasakan esok masih ada. Sedangkan waktu dan hari yang berlalu pergi meninggalkan kita tidak akan kembali sehingga hari kiamat. Berapa ramai dari kalangan kita yang membiarkan masa berlalu tanpa amal yang bermanfaat.

Alangkah sedihnya mengenangkan waktu yang berlalu tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Semoga waktu dan hari yang ada ini kita rebut kesempatan menyediakan bekalan. Bukan sahaja untuk survival diri, juga untuk survival Islam dan umat ini.

Pepatah Melayu menyebutkan, Masa Itu Emas. Ia amat berharga dan perlu diguna serta dimanfaatkan sebaik mungkin.

Pepatah Arab menyebutkan;

الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك

"Masa Seperti Pedang, Andai Engkau Tidak Memotongnya, Dia Akan Memotongmu."

Jangan kita biarkan masa berlalu tanpa kita gunakan dengan cara yang bermanfaat. Waktu yang berlalu tidak akan kembali.

https://t.me/kapsul_tazkirah
6.5K views06:34
Buka / Bagaimana
2024-04-18 21:15:51
BAGI SESIAPA YG BELUM MELAKSANAKAN 6 HARI PUASA SUNAT SYAWAL

Tarikh cadangan puasa 6 bagi
tahun 2024 M/1445 H:

22/4 (Hari Putih +
Isnin) 13 Syawal
23/4. ( Hari Putih )
14 Syawal
24/4. ( Hari Putih )
15 Syawal
25/4. ( Khamis )
16 Syawal
29/4 ( Isnin ) 20 Syawal
2/5 ( Khamis )
23 Syawal

Berhimpun 3 Fadhilat
1. Puasa 6 Syawal
2. ⁠Puasa Isnin Khamis
3. ⁠Puasa Hari Putih

Tahniah buat yg dah
selesai
Buat awal itu yg terbaik
7.5K views18:15
Buka / Bagaimana
2024-04-18 08:07:19 Hasil Tarbiah Ramadan

Kita baru sahaja melalui Tarbiah di bulan Ramadan. Saya yakin dan percaya, pelbagai ibadat telah kita gandakan. Namun adakah amal tersebut berkekalan sehingga kini?

Kita baru sahaja menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga. Kebanyakannya berkesempatan pulang ke kampung berhari raya bersama ibu bapa dan saudara mara. Tahukah kita bahawa  saudara kita di Palestin menyambut hari lebaran dengan peluru dan titisan darah. Namun adakah kita merasa selesa berhari raya di Negara kita dengan mercun dan bunga api? Atau hanya bersedih kerana tidak dapat berhari raya di kampung. bertemu keluarga dan sanak saudara kerana bertugas wajib.

Mungkin juga kita terus merasa tenang dan terus tertipu dengan ketenangan, keselesaan dan kehebatan apabila kita menjauhkan diri dari orbit ibadah, dakwah dan tarbiah. Tiada lagi kesibukan bertilawah, berqiamullail juga bersedekah. Aktiviti usrah, katibah, daurah dan pelbagai wasilah dakwah kita dah tak kisah.

Ketahuilah, orang yang beramal akan sentiasa merasa kerdil apabila memikirkan untung nasib ketika berhadapan dengan Rabbul Jalil nanti.

Ketahuilah, orang yang beramal akan sentiasa merasa kekurangan apabila melihat segala amalnya berbanding salafussoleh terdahulu.

Ketahuilah, orang yang  perihatin terhadap nasib umat Islam lain seperti di Palestin, Syria dan lain-lain akan sentiasa merasa bersalah apabila kemampuan terbatas dan terhad untuk memberi bantuan dan pertolongan.

Ketahuilah, dakwah akan terus berjalan, sama ada penumpangnya ramai atau sedikit, sama ada kita bersama atau tidak, sama ada kita bantu atau tidak, sama ada kita suka atau tidak....... ia akan terus berjalan.

Maka berungtunglah sesiapa yang sentiasa memperbaiki segala amalnya.

Maka beruntunglah sesiapa yang sentiasa perihatin dan memberikan segala bantuan kepada orang lain.

Maka beruntunglah sesiapa yang terus bersama dengan dakwah.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus bersama dalam memperbaiki amal, keprihatinan serta medan dakwah sehingga ke nafas yang terakhir...

Semakin dekat kita dengan paksi orbit ini maka makin kita terasa 'kita di mana' dalam pandangan Allah SWT.

https://t.me/kapsul_tazkirah
7.4K views05:07
Buka / Bagaimana