Get Mystery Box with random crypto!

Kalam Ulama'

Logo saluran telegram kalamparaulama — Kalam Ulama' K
Logo saluran telegram kalamparaulama — Kalam Ulama'
Alamat saluran: @kalamparaulama
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 13.37K
Deskripsi dari saluran

Menghimpunkan mutiara hikmah para ulama' dalam bentuk tausiyah/video dan qasidah bait syair pujian kepada Habibal Musthofa صل الله عليه وسلم
جزكم الله خيرا كثيرا ...

Ratings & Reviews

2.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

2


Pesan-pesan terbaru 10

2022-07-23 15:45:38 Ingat satu pesan ustazah yang belajar di Dar Zahra, Tarim.

Orang ingin mengajar ilmu tentang apa yang dipelajari di Dar Zahra maka lihatlah dahulu sama ada dia mengamalkan ilmunya itu atau tidak, sama atau tidak apa yang dia ajar dengan apa yang Hubabah ajar di Dar Zahra, Tarim. Jika dia bertentangan dengan apa yang Hubabah ajar, maka langkah terbaik kita jangan terpengaruh dengan dia, yang lebih baik ikut Hubabah dan alumni Dar Zahra yang memang mengikuti cara Hubabah.

Jika seseorang itu mengaku dia pelajar Dar Zahra dan kemudian mengajar ilmu tentang menjadi wanita Tarim, ikut Sayyidah Fatimah tapi dia sendiri menjual gambar di media sosial, upload video di media sosial, jadikan wanita berniqab serba hitam sebagai model pakaian untuk dipertontonkan di media sosial, maka perlulah difahami bahawa ada sesuatu yang tidak kena di situ, adalah lebih baik kita tidak mengikutinya kerana caranya itu bertentangan dengan cara didikan Hubabah.

Pelajar Dar Zahra yang sejati dia mengikuti cara Hubabah, ikut cara sayyidah Fatimah, tiada mempertontonkan diri di media sosial, segalanya tersimpan rapi, tidak terjual dirinya di media sosial.
Apa yang kita belajar di Dar Zahra, Tarim adalah untuk diamalkan.
Belajar tentang mengikuti Sayyidah Fatimah, maka perlu diamalkan cara hidup mengikut Sayyidah Fatimah.

Kredit : Ummu Ayman

#KalamUlama
3.5K views12:45
Buka / Bagaimana
2022-07-18 09:22:05 Kisah ANJING yang membela Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalaani RA (lahir 1372M) berkata,

Pernah berlaku pada suatu hari dimana sekumpulan orang-orang dari kalangan pembesar Nasrani menghadiri suatu perayaan seorang pemimpin kerajaan Mongol yang telah murtad.

Maka pada waktu itu ada salah seorang rahib menghina Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan berhampiran tempat itu ada seekor anjing pemburu yang sedang terikat.

Maka pada ketika si rahib itu mula mencela dan menghina Rasulullah صلى الله عليه وسلم, anjing pemburu tersebut menyalak dengan sangat kuat, kemudian menerkam rahib Nasrani tadi dan mencakar mukanya.

Maka orang-orang pun segera berusaha menyelamatkannya dari anjing tersebut. Dan sebahagian orang yang hadir telah berkata,

“Itu gara-gara kata-kata nista mu tentang Muhammad.”

Lalu rahib Nasrani itu menjawab,

“Tidak! Anjing ini terlalu garang, apabila ia melihat isyarat tanganku, disangkanya aku ingin memukulnya.”

Namun kemudian pendita Nasrani ini mengulangi kembali celaan dan maki hamunnya terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan perkataannya yang keji. Maka anjing pemburu itu pun berhasil lepas semula dari ikatannya dan langsung menerkam leher rahib Nasrani itu dan menggigit hingga bahagian dadanya yang paling atas. Si rahib Nasrani itu mati dibunuh anjing.

Kisah ini disebut dalam Durarul Kaminah - Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani & Kitab Mu’jamus Shuyukh - Imam Az-Zahabi 1274M.

Dikatakan lebih 40 ribu manusia kembali kepada Islam sesudah kisah ini.

Terima kasih kepada Ust Adam Lawrence atas perkongsian ini.

#KalamUlama
5.0K views06:22
Buka / Bagaimana
2022-07-07 16:46:21 Yusuf bin al-Husain menceritakan,

Aku bertanya kepada Dzun Nun tatkala perpisahanku dengannya,

“Kepada siapakah aku duduk/berteman dan belajar?”

Beliau menjawab,

“Hendaknya kamu duduk bersama orang yang melihatnya akan mengingatkan dirimu kepada Allah. Kamu memiliki rasa segan kepadanya di dalam hatimu. Orang yang pembicaraannya yang boleh menambah ilmumu. Orang yang tingkah lakunya membuatmu semakin zuhud kepada dunia.

Bahkan, kamu pun tidak mau bermaksiat kepada Allah selama kamu sedang berada di sisinya. Dia memberikan nasihat kepadamu dengan perbuatannya, dan tidak menasihatimu dengan ucapannya semata.”

(Al-Muntakhab min Kitab az-Zuhd wa ar-Raqaa’iq)

#KalamUlama
5.8K views13:46
Buka / Bagaimana
2022-07-06 17:22:28 Apa tanda zuhud?

Berdukacita kalau dapat dunia dan seronok kalau tak dapat.

Yang ada kita ini, sebaliknya

Bukan salah gembira bila mendapat rezeki.

Setiap nikmat itu ada pertanggungjawabannya, jadi dilihat oleh orang-orang yang zuhud tanggungjawab itu dan bukan nikmatnya saja.

Jadi bila dapat rezeki banyak - bagi mereka itu satu hukuman yang dipercepat. Yakni kalau tak betul dalam menunaikan tanggungjawab yang datang dengan rezeki itu, maka akan dihukum Allah سبحانه و تعالى.

- disunting daripada syarahan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 09082019.

#habibalizaenalabidinalhamid
#darulmurtadza
#majlistaklim
#KalamUlama
5.6K views14:22
Buka / Bagaimana
2022-06-29 15:11:44 Jika kau hadapkan jiwa dan ragamu kepada Allah, DIA akan hadapkan rahmat dan cinta-Nya kepadamu.

Al-Habib Umar bin Hafidz ~

#KalamUlama
6.0K views12:11
Buka / Bagaimana
2022-06-26 19:14:59 Apakah di antara sebesar-besar dosa yang biasa dilakukan oleh manusia?

“Iaitu kita tohmah dan tuduh Allah tidak tahu apa yang kita perlukan. Kita tuduh Allah tidak tahu tentang keadaan kita.

Kita sering mempersoalkan kenapa begini, kenapa begitu.

Kita sepatutnya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan sentiasa memohon keampunan kepadaNya kerana buruk sangkaan kita terhadapNya.”

Sheikh Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani ~

8 Jun 2022 - 8.30pm - Markas Banaat Yusufi.

#KalamUlama
6.8K views16:14
Buka / Bagaimana
2022-06-26 04:01:42 Abu Yazid al-Busthami RA berkata,

"Aku mengubati dan memperbaiki hati selama 10 tahun. Demikian juga lisan dan nafsuku, 10 tahun juga aku memperbaikinya. Di antara ketiga-tiganya, hatilah yang paling sukar untuk dibaiki. Oleh kerana itu, ambil dan amalkanlah ilmu ini."

#KalamUlama
7.0K views01:01
Buka / Bagaimana
2022-06-19 18:43:05 Selama hidup didunia ini, yang terbaik adalah menyelamatkan hati dari buruk sangka.

Sheikh Abdul Qadir Al Jilani ~

#KalamUlama
7.0K views15:43
Buka / Bagaimana
2022-06-15 06:40:03 Kenapa sekarang banyak perselisihan pendapat agama?

Kerana orang jahil pun sibuk mengulas.

#KalamUlama
7.5K views03:40
Buka / Bagaimana
2022-06-14 17:55:10 TADABBUR ALAM.

Wahai pokok, mahukah kau aku bisikkan senandung lagu memuji Allah?

Wahai burung, mahukah kau aku ceritakan tentang kebesaran Allah yang Maha Luas?

Sebelum sempat untuk aku membisikkan dan menceritakan,

Mungkin ini balas mereka,

“Kami adalah makhluk yang sentiasa berzikir memuji Asma Allah, kamu pula?”

#KalamUlama
7.7K views14:55
Buka / Bagaimana