Get Mystery Box with random crypto!

Info Utara

Logo saluran telegram infoutara — Info Utara I
Logo saluran telegram infoutara — Info Utara
Alamat saluran: @infoutara
Kategori: Makanan
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 18.07K

Ratings & Reviews

1.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

2


Pesan-pesan terbaru

2024-04-07 05:48:13
5.1K views02:48
Buka / Bagaimana
2024-04-02 11:14:14
Loghat daerah mana ni??
6.6K views08:14
Buka / Bagaimana
2024-03-29 07:52:34
Sambal goreng jawa

-Kentang
-tempe
-pedal ayam
-tauhu
Gorengkan semua bahan diatas.

-rendamkan suhun.

-hiris bawang merah, bawang putih, sikit halia,cili besar merah dan hijau.

-tumbuk sedikit ikan bilis.

-tumiskan ikan bilis dan bahan2 yg dihiris. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan suhun. Kacau2. Dan masukkan bahan yg dah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan kicap. Kacau sebati.

kredit: eiyda aizrish
6.8K views04:52
Buka / Bagaimana
2024-03-27 08:33:04 RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

1. Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.

250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

3. Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia Dibakar

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. Masukkan Dalam Oven

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP!
Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.

Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.

Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!

SAPA DAH CUBA PLEASE BAGI BOND SKEETTTT....

Sumber : nazurah hasan.
5.1K views05:33
Buka / Bagaimana
2024-03-27 04:26:43
Patutlah viral sedap sangat. Ampa boleh try recommend sangat https://shope.ee/5pkyhSQoiV
5.4K views01:26
Buka / Bagaimana
2024-02-26 05:07:12
Seorang peniaga ayam di Changloon amalkan cara jual ayam potong dulu kemudian baru dia timbang. Customer bayar apa yang ditimbang.

Bila ditanya pada pakcik tu.. Jawapan dia sangat mengharukan dan akan buat kita respek padanya. Katanya dia inginkan keberkatan dalam keuntungan berniaga.

Katanya, “Kepala ayam orang tak makan.. Isi dlm perut ayam, bahan2 yg belum dicerna orang tak ambik dan makan. Maka yang benar2 terjual kepada pembeli adalah bahagian yang boleh dimakan manusia. Itu yang ditimbang…”

Semoga pakcik ni terus dimurahkan rezeki melimpah ruah dan mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Dia mungkin tak kaya macam peniaga ayam di KL tapi dia kaya dengan kejujuran. Harap menjadi contoh kepada peniaga2 lain, bukan sahaja ayam malah durian, ikan dan macam2 lagi.

Lokasi peniaga ayam ni
Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam...
7.2K views02:07
Buka / Bagaimana
2024-02-23 06:27:16
Kami Oghang Kedah!!!!

Kredit nabilothmancwl
6.4K views03:27
Buka / Bagaimana