Get Mystery Box with random crypto!

Harith Faisal

Logo saluran telegram harithfaisal — Harith Faisal H
Logo saluran telegram harithfaisal — Harith Faisal
Alamat saluran: @harithfaisal
Kategori: Politik
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 50.68K
Deskripsi dari saluran

Tip Hartanah Santai, Motivasi Kewangan Sentap & Inspirasi Anak Muda.
0193897934 (WhatsApp Only)

Ratings & Reviews

3.00

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

2

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 8

2023-02-24 07:28:27 Simpan duit dan buat tabung kecemasan memang bagus. Tapi tabiat tu takkan jadikan kita kaya pun. Sebab simpanan kita tu hanya akan bertambah saja tapi takkan berkembang.

Dengan inflasi, pakej sekali kenaikan kos sara hidup dan kuasa membeli kita yang makin berkurang, kita kena buat sesuatu. Melaburlah. Dengan melabur, simpanan akan berkembang.

Tak payah fikir jauh-jauh. Kalau nak pelaburan yang risikonya rendah, tapi pulangan okay. Boleh park simpanan kat Tabung Haji atau ASB. Up sikit, boleh belajar buat ASB financing.

Kalau rasa nak pelaburan yang high risk, bolehlah cuba melabur saham pula. Kena ada skill dialah. High skill, high return. Saya pun tak pernah lagi melabur dalam saham macam tu. Tak cukup ilmu.

Dah cukup modal, bolehlah melabur dalam hartanah juga. Subsale, lelong atau rumah baru. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan jiwa. Paling penting, kena sesuailah dengan poket kau.

Melaburlah dengan bijak di tempat yang betul. Jangan melabur kat belanja makwe saja. Melabur kat makwe bertahun-tahun, sejak zaman PMR, SPM, universiti, tapi belum tentu kau merasa hasilnya.

Entah-entah kau tengah jaga jodoh orang lain.

Kbai! Haha! - HF

#harithfaisal
2.2K views04:28
Buka / Bagaimana
2023-02-22 07:11:41 Alangkah bahagia dunia kalau kita semua fikir berapa banyak nak bagi kat orang lain. Bukannya asyik fikir apa yang kita akan terima.

Budaya sedekah dan infaq subur. Tiada lagi fakir miskin. Zakat dah memang wajib. Namun, mesti susah nak cari asnaf penerima zakat nanti.

Hubungan suami isteri sangat baik dan harmoni. Dua-dua pihak berebut nak bahagiakan pasangan, nak berikan khidmat dan kasih sayang terbaik.

Tiada rasuah dan penindasan. Kita jaga rezeki supaya dapat dari sumber halal. Iyalah, takkan kita sanggup sedekah dengan duit kotor, kan.

Majikan hargai pekerja dan wujudkan win-win situation. Pekerja tak kisah kerja lebih untuk company. Majikan tak berkira dengan pekerja.

Semua orang ada toleransi tinggi, selalu akan melebihkan orang lain, sentiasa nak buat yang terbaik, tak pentingkan diri sendiri. Allahu.

Seronok hidup macam ni. Tak ada dengki iri hati, tak ada syak wasangka, tak ada tikam belakang member, tak ada bergaduh kat media sosial.

Aman! - HF

#harithfaisal
856 views04:11
Buka / Bagaimana
2023-02-22 07:11:38
832 views04:11
Buka / Bagaimana
2023-02-20 10:12:12 Hidup sederhana untuk setiap orang berbeza. Jadi, kita jangan suka judge judge bila tengok orang lain berbelanja. Poket kita semua tak sama, hutang dan komitmen kita semua juga lain-lain.

Ada orang, bayar kereta RM500/bulan itu sederhana untuknya. Gajinya mungkin RM6,000/month. Tak ada hutang lain. Mampu pula simpan 30% gajinya.

Ada orang, bayar kereta saja RM9,000/bulan, itu pun sederhana juga. Mungkin dia CEO Megah Holding. Gajinya RM60,000. Sedekah 10% daripada gajinya.

Orang nampak macam dia terlampau bermewah dengan kereta. Padahal komitmen kereta hanya 15% daripada gajinya. Banyak lebihan lagi.

Rumah banglonya harga RM2juta. Sebulan bayaran cuma RM10,000. Bagi kita rakyat marhein nampak macam besar angka tu. Tapi untuk dia, CUMA RM10,000 kerana ia hanyalah 17% daripada gajinya.

Jadi, bila kita nampak orang berbelanja, jangan kita berlumba-lumba ikut sama. Mungkin memang gajinya besar, mungkin juga dia personal shopper. Ha! - HF

#harithfaisal
1.7K views07:12
Buka / Bagaimana
2023-02-17 07:26:13 "Kenapa pinjam PTPTN? Sebab nak masuk Universiti. Kenapa nak masuk Universiti? Sebab nak dapat kerja. Kenapa nak kerja? Sebab nak bayar PTPTN."

Saya faham, ayat tu biasa orang pakai sebab nak kecam PTPTN. Kononnya, PTPTN tak bagus sebab kena bayar balik. Sepatutnya kerajaan kena bagi free education. Kan, kan, kan?

Tapi betul juga apa yang dorang kata tu. Jadi, kalau tak kerja lepas graduate, macam mana nak bayar PTPTN, kan. Yang dapat kerja awal, tahniah. Kalau kau pandai urus, macam-macam kau boleh buat.

Duit gaji tu bukan setakat lepas bayar PTPTN saja. Nak beli rumah, beli kereta, simpan duit kahwin, simpan kat tabung haji, bagi kat mak bapak semua boleh pakai duit gaji tu.

Bersyukurlah ada PTPTN dulu. Dapat juga dana untuk kau masuk U sambung belajar. Kalau tak, tergadai tanah mak bapak kat kampung tu, berhutang pula dengan sanak saudara.

Move on lah! Bayar bulanan PTPTN tak sampai RM200 pun. Yang lebih-lebih duit tu kau buat apa? Travel? Pakai kereta mahal? Duduk kondo? Belanja awek makan tempat hipster?

Iya. Ada orang berjimat kaw-kaw tapi masih tak mampu nak bayar PTPTN. Sekarang ni kau kena layan PTPTN ni sama macam kau layan hutang kereta dan rumah. Kalau tak, rosak CCRIS.

Kalau CCRIS dah rabak dan tak cun, susahlah kau nak beli rumah, beli kereta, buat kad kredit dan mohon apa-apa fasiliti yang ada sangkut paut dengan institusi kewangan. Tak caya, cubalah.

Tak cukup dengan gaji yang kau dapat, tambah pendapatan. Juallah apa-apa pun. Tak sanggup, kurangkan belanja dan komitmen yang tak perlu. Kalau tak nak juga, entahlah.

Kau fikirlah sendiri. - HF

#harithfaisal
#bukanmacai
1.5K views04:26
Buka / Bagaimana
2023-02-15 07:09:08 REZEKI KITA DAN DIA

1. Kita tak sempat nak masak nasi lemak. Jadi, kita pun beli nasi lemak pagi-pagi. Itu rezeki makcik penjual nasi lemak.

2. Kita kena bekerja masuk ofis. Jadi, kita hantar anak kita ke pengasuh dan minta dia jaga. Itu rezeki akak pengasuh tu.

3. Kita tak pandai sangat urusan jual beli rumah. Jadi, kita lantik dan upah ejen hartanah untuk bantu. Itu rezeki dia.

4. Kita tak reti nak buat Sale & Purchase Agreement. Jadi, kita lantik lawyer untuk uruskan. Itu rezeki lawyer.

5. Kita nak mohon pembiayaan rumah. Tapi tak pasti layak ke tidak. Kita minta tolong banker dan dia dapat komisyen. Itu rezeki dia.

6. Kita nak pakai penapis air kat rumah. Tapi kita bukan ejennya. Jadi, kita jumpa ejen kowey dan kuko lah. Itu rezeki mereka.

7. Kita tak faham pasal takaful dan pelaburan. Kita minta bantuan konsultan. Mereka dapat komisyen. Itu rezeki mereka.

"Eleh, nak promote produk dia lah tu."

"Buat rugi je pakai ejen property."

"Mahal lah nak bayar lawyer."

"Banker tengah kejar sales lah tu."

"Ejen takaful tu nakkan komisyen je."

Rezeki kita, kita dapat makan nasi lemak, anak dijaga pengasuh dengan baik, urusan jual beli rumah lancar, dapat guna penapis air, dapat perlindungan takaful dan pelaburan.

Rezeki penjual nasi lemak, pengasuh, ejen hartanah, lawyer, banker, ejen penapis air, konsultan pelaburan dan ejen takaful pula adalah upah, gaji dan komisyen.

Inilah namanya berkongsi rezeki. Apalah yang kau dengki sangat dengan apa yang mereka dapat. Kalau kau nak berkira sangat, kau buatlah semuanya sendiri.

Penat hidup ni kalau semua benda kau nak berkira. Hakikatnya, kita takkan mampu buat semuanya sendiri. Betul, kena berjimat. Tapi, berjimat jangan sampai kedekut. Ha! - HF

#harithfaisal
1.4K views04:09
Buka / Bagaimana
2023-02-13 13:34:13
BERSARA AWAL PADA UMUR 35 TAHUN.

Setiap orang mesti teringin nak bersara awal. Simpanan dah banyak, hutang dah habis, rumah kereta semua dah ada, cukup bulan duit masuk.

Saya pernah suarakan hasrat hati untuk bersara awal umur 35 tahun kepada leader saya DD Hassan Muhamad. Tahun ni saya 32 tahun. Baki 3 tahun lagi.

Tapi dia kata macam ni...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02YQWGsrdGYPbhzaphgDmjZj2tMfexurU4ooHtspsDE1tBLKLyanjsMHctpVgt1kYKl&id=100000010250265&mibextid=Nif5oz
752 views10:34
Buka / Bagaimana
2023-02-13 07:54:02 Kalau kau bujang dan tak boleh simpan 30% daripada gaji maksudnya gaji kau tak cukup tampung hidup kau. Ada dua perkara yang kau boleh buat.

1. Cari side income
2. Tukar kerja lain
3. Berjimat cermat

Nak berjimat, boleh. Tapi ada limit dia. Tak semua orang boleh downgrade lifestyle. Bukan senang tau. Dah terbiasa weekend jalan-jalan spend RM200-300 takkan tiba-tiba nak duduk rumah saja kan.

Tukar kerja lain pun tak membantu sangat. Iyalah, kau punya skill setakat tu saja, lagipun sekarang ni orang ramai tak berani tukar kerja sebab nak bersedia hadapi recession. Pernah dengar kan..

“Last in, first out.”

Jadi, cara yang paling sesuai sekarang ni adalah cari side income. Walaupun side income tu bersifat aktif pun layan sajalah. Contohnya, buat Foodpanda, Grab, jadi dropship, ambil upah mengajar tuisyen.

Kalau kau nak buat side income yang satu hari nanti bakal jadi lifetime career, alang-alang kau yang boleh bagi kau passive income. Contohnya, ejen takaful, ejen hartanah, ejen unit trust, ejen jual emas dll.

Cubalah! Tak salah pun explore benda baru.

#harithfaisal
2.0K views04:54
Buka / Bagaimana
2023-02-13 07:53:49
1.8K views04:53
Buka / Bagaimana
2023-02-10 07:48:38 Anak muda bila dah ada RM10K, rasa macam dah banyak sangat duit, terus nak booking rumah pertama. Padahal itu cuma sekadar dana kecemasan 3 bulan gaji kau.

Cari dan simpan duit lain sama dengan at least 15% daripada harga rumah yang nak dibeli. Kalau tak, mungkin kau layak beli rumah, tapi jenuh berhutang deposit sana sini. Ha!

Ini petanda kau dah ready nak beli rumah.

Subsale:
Modal 15% daripada market value rumah. 10% sebagai downpayment. Lagi 5% untuk legal fee dan minor repair. Kalau pandai nego, kau boleh minimakan modal tu.

Lelong:
Modal 30% daripada harga menang. 10% untuk downpayment, 5% untuk legal fee. Lagi 15% standby kot ada banyak tunggakan atau nak repair rumah tu nanti.

Undercon:
Setiap bulan berjaya konsisten simpan sama dengan bakal ansuran rumah. Tujuannya untuk latihan dan kau juga kena tau yang kau kena bayar progressive payment walaupun rumah tu belum siap lagi tau.

Semoga bermanfaat! - HF

#harithfaisal
452 views04:48
Buka / Bagaimana