Get Mystery Box with random crypto!

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Logo saluran telegram drahmadsanusiazmi — Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Alamat saluran: @drahmadsanusiazmi
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 45.60K
Deskripsi dari saluran

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Ratings & Reviews

2.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

2


Pesan-pesan terbaru

2024-05-13 02:06:23 Bahaya Mendedahkan Dosa Sendiri
========
1. Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan ‘mujaharah’ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam Tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.”

2. Hari ini umat ditimpa penyakit. Mereka merasa bangga dengan dosa. Bahkan mereka menayangkan pula gambar-gambar tidak menutup aurat, atau merakamkan pula pengakuan maksiat yang dilakukan di media sosial. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya tidak merasa selesa dengan dosanya. Sabda Rasulullah:

"إِذَا سَرَّتكَ حَسَنَتُكَ وَسَاءَتكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنتَ مُؤمِنٌ"

“Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal kebaikan dan merasa tidak selesa dengan kejahatan yang engkau lakukan, maka engkau adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad)

3. Bahkan seorang mukmin itu amat malu dan takut dengan dosanya. Mukmin menganggap dosa mereka seperti gunung yang akan menimpanya. Sabda Rasulullah:

إِنَّ المُؤمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَن يَقَعَ عَلَيهِ، وَإِنَّ الفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنفِهِ

“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti dia sedang duduk di bawah bukit dan bimbang bukit (dosa) itu itu akan menimpanya sedangkan orang yang fajir (fasiq) itu melihat dosanya hanya seperti lalat di atas hidungnya.” (HR al-Bukhari).

4. Hadith sangat jelas menunjukkan bahawa seorang mukmin itu sepatutnya sangat malu untuk menayangkan perlakuan dosa mereka. Sabda Rasulullah:

والإثم ما حاك في نفسك وكرهت أن يطلع عليه الناس

“Dosa itu adalah apa yang tidak enak dihatimu dan engkau benci untuk menayangkannya di hadapan manusia.” (HR Muslim).

5. Hari ini sifat itu telah semakin pupus. Sehinggakan seorang muslim itu sudah tidak merasa malu lagi untuk berkongsi perlakuan dosa, malah menjadikannya tujuan atas kepentingan yang sukar difahami.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
6.9K views23:06
Buka / Bagaimana
2024-05-13 02:06:18
5.4K views23:06
Buka / Bagaimana
2024-05-12 03:39:18 JOM LAKSANA KORBAN DI KEMBOJA dan MINDANAO Anjuran i-GURU

AKAN DIJALANKAN PADA HARI RAYA KORBAN 2024 M/ 1445 H

1 bahagian di Kemboja :
RM 350

1 bahagian di Mindanao :
RM 470

berminat sila hubungi:-
Pn Aziemah - +60136467969
Ustaz Mohd Shah-60193768682
Ustaz Mohd Fuad- 0197785295

Tak mampu buat satu bahagian korban? Tidak mengapa, kami bantu anda untuk bersedekah
Sedekah korban RM30
Sedekah korban RM50
Sedekah korban RM70

Tarikh tutup penyertaan: 05 Jun 2024 (Rabu)

MACAM MANA NAK MENYERTAI

Untuk bayaran online, layari:
https://ezy.la/korbaniguru2024
dan sisipkan proof of payment di borang onpay

Hubungi pegawai khidmat kami :
www.wasap.my/+60136467969 Aziemah
www.wasap.my/+60193768682 Ust mohd shah
www.wasap.my/+60197785295 Ust Fuad

SILA PASTIKAN NO H/P YANG DIBERI MUDAH DIHUBUNGI OLEH KAMI
5.6K views00:39
Buka / Bagaimana
2024-05-12 02:08:19
Buku 40 Hadis Haji dan Umrah sangat sesuai untuk dijadikan bahan ulangkaji musim haji ini.
5.4K views23:08
Buka / Bagaimana
2024-05-11 03:06:56 KELAS PENGAJIAN DAURAH KITAB PUSKOM YM
===============================

‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah (PUSKOM YM) akan mengadakan Kelas Pengajian Daurah Kitab Puskom YM secara terbuka kepada semua!

Berikut adalah butiran maklumat tentang kelas pengajian pada bulan Mei ini:

TARIKH: 11 MEI 2024 (SABTU)
TAJUK: HADITH
KITAB: HADITH 40 DAKWAH DAN TARBIAH
MASA : 9.30 AM - 12.00 PM
TEMPAT: PUSAT KOMUNITI YAYASAN MAGHFIRAH, TAMAN PUTRA KAJANG, SELANGOR

ANTARA YANG MENARIK TENTANG KELAS PENGAJIAN PUSKOM INI

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA
SESI Q&A BERSAMA TENAGA PENGAJAR
BERTALAQI DAN BELAJAR SECARA "HYBRID" IAITU BERSEMUKA DAN "ONLINE"
MENDERMA MELALUI TABUNG SUMBANGAN PUSKOM YM

JOM SEMUA MENUNTUT ILMU BERSAMA PUSKOM YM

Klik Link dibawah untuk mendaftar dan mengisi makluman kehadiran kelas
https://forms.gle/3GHJRpNkUsTC9tSa9

Sebarang pertanyaan dan makluman boleh hubungi: 019-7347633 (En. Badrul) I 014-5407665 (En. Irsyad)

"Wadah Dakwah Anda"

#daurahkitab
#hadith
#PuskomYM
#PusatKomuniti
#YayasanMaghfirah
6.2K views00:06
Buka / Bagaimana
2024-05-11 02:01:22 Tidak Salah Menyokong Produk Muslim
=====
1. Antara tindakan terawal yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dalam membangunkan Negara Islam Madinah adalah dengan membentuk rangkaian perniagaan bagi orang-orang Muslim. Ketika itu ekonomi Madinah dimonopoli oleh golongan Yahudi.

2. Pasar Yahudi Bani Qainuqa’ telah menjadi tumpuan aktiviti perdagangan ketika itu. Namun, amalan perniagaan Yahudi tidak selari dengan prinsip Islam. Mereka terkenal dengan konsep riba yang dianjurkan dalam transaksi jual beli mereka sehingga hari ini. Malah di pasar inilah seorang wanita Muslimah telah diganggu kehormatannya.

3. Bagi memecahkan monopoli penguasaan Yahudi terhadap ekonomi Madinah, Rasulullah ﷺ membangunkan pasar buat muslim sebagai pusat perdagangan kaum Muslimin di Madinah. Tindakan Bagindaﷺ ini menimbulkan kemarahan Yahudi lalu mereka menghantar Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi. Kaab datang lalu merobohkan khemah perniagaan yang dibangunkan oleh Baginda Nabi.

4. Bertegas dengan tindakan Kaab yang merobohkan khemah perdagangan pasar kaum Muslimin, Rasulullah ﷺmenegaskan:

لا جرم لأنقلنّها إلى موضع هو أغيظ له من هذا
“Baiklah, kita akan bina pasar yang lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada ini!” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)

5. Menurut riwayat Ibn Usayd, seorang sahabat mencadangkan tapak yang lebih luas untuk pasar Muslim. Bahkan menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah ﷺsendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan Muslim. Kata beliau:

أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم تصدق على المسلمين بأسواقهم
“Sesungguhnya Rasulullah sendiri menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan kaum Muslim.” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)

6. Tindakan Rasulullah ﷺini dilihat sebagai usaha bagi membantu ekonomi Muslim. Baginda bahkan menjalankan dasar-dasar baharu bagi menggalakkan kaum Muslimin supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan pertanian.

6. Saidina Uthman juga dikatakan melaburkan sejumlah wang yang banyak bagi membeli “Telaga Rumah,” iaitu salah satu telaga yang menjadi punca air di Madinah. Ini semua adalah bagi menjaga kepentingan sumber dan ekonomi orang Islam.

7. Kesannya, ekonomi Madinah yang sebelum itu dimonopoli oleh Yahudi berjaya dipecahkan. Kaum Muslim bersatu dalam membangun dan menyokong ekonomi orang Islam.

8. Begitulah juga keadaan pada hari ini. Kaum Muslim disarankan agar membantu dalam usahah membangunkan dan menyokong produk Muslim. Dalam masa yang sama, peniaga Muslim juga wajib menjaga kualiti produk mereka disamping mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
6.0K views23:01
Buka / Bagaimana
2024-05-10 03:07:43 Pemuda Kahfi Memerdekakan Aqidah
=============
1. Rasulullah berpesan kepada kita supaya membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat. Sabda Rasulullah:

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق

“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, Allah akan memberikannya cahaya yang meneranginya sehingga ke Baitil Atiq (dilangit). (HR al-Nasa’i.) (Sebahagian hadith tentang perkara ini dinilai sebagai daif, namun terdapat riwayat yang sahih menceritakan amalan Ibn Umar yang konsisten membacanya setiap hari jumaat).

2. Surah al-Kahfi ini mengingatkan kita tentang perjuangan sekumpulan pemuda yang menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang zalim. Mereka yang berusaha untuk memerdekakan aqidah mereka akan dipelihara oleh Allah. Lihatlah bagaimana Allah mengekalkan jasad mereka dalam tempoh ratusan tahun, satu kemuliaan yang Allah kurniakan buat mereka.

3. Menurut al-Imam al-Sa’di, Allah turut mempermudahkan urusan doa mereka. Allah memperkenankan doa pemuda kahfi ini. Firman Allah:

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً

“Dan ketika mana kumpulan pemuda itu memasuki gua itu, mereka berdoa, wahai Tuhan kami, berikanlah kami rahmat.”

4. Lihat bagaimana Allah mengurniakan Rahmah buat mereka yang sentiasa memelihara perihal akidah mereka. Ini bererti Rahmah akan diperolehi melalui kesungguhan menjaga akidah, bukan menggadaikan akidah kepada fahaman liberal dan plural.

5. Malah Allah menegaskan dalam ayat yang ke 13 bahawa dengan sebab keimanan merekalah, Allah menambah bimbingan buat mereka. Justeru, memelihara akidah dari pemahaman yang songsang seperti pemikiran liberal dan plural adalah satu kemestian.

6. Sempena hari jumaat yang mulia ini, marilah bersama menghidupkan sunnah bacaan Surah al-Kahfi. Hayati perjuangan kumpulan pemuda ini yang mempertahankan akidah mereka. Rahmah akan diperolehi buat mereka yang mempertahankan akidah Islam dan bukan mereka yang menggadaikan akidah umat.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
6.7K views00:07
Buka / Bagaimana
2024-05-10 03:07:38
5.3K views00:07
Buka / Bagaimana
2024-05-09 03:12:15
𝗥𝗜𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗥𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗔𝗤𝗦𝗔

Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa adalah e-book terjemahan Bahasa Melayu dokumen yang dikeluarkan Hamas bertajuk "Naratif Kami, Taufan Al-Aqsa" yang diterbitkan oleh Pejabat Media Hamas.

Dokumen naratif ini telah diterbitkan Hamas bagi menjelaskan hakikat perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut pembebasan tanah air mereka yang telah dijajah lebih 100 tahun serta sebab berlakunya Taufan Al-Aqsa.

Dapatkan e-book ini dengan RM1:
bit.ly/naratifhamas
6.3K views00:12
Buka / Bagaimana
2024-05-09 01:45:31 Kesungguhan Salaf Menuntut Ilmu
=======
1. Ceritakan kepada anak-anak kita bahawa generasi salafussoleh terdahulu adalah contoh terbaik yang perlu dijadikan pedoman buat seorang Muslim dalam usaha menuntut ilmu.

2. al-Imam al-Bukhari meriwayatkan kisah Saidina Jabir bin Abdillah al-Ansari yang mengembara dari Madinah ke negeri Syam (yang jaraknya lebih kurang 1600 KM) selama sebulan semata-mata ingin mendengar satu hadis dari Abdullah bin Unais.

3. Begitu juga dengan kisah Umar bin Abdul Hakim al-Rawwasi, seorang perawi hadis yang mengembara dalam musim sejuk sehingga rosak jari-jemarinya. Kisah ini direkodkan oleh al-Imam al-Zahabi yang menceritakan:

سقطت أصابعُ عُمَر الرَّوَّاسيّ في الرحلة مِن البرد الشّديد

“ Telah gugur rosak jari-jemari beliau (Umar al-Rawwasi) ketika pengembaraan (menuntut ilmu) dalam musim yang sangat sejuk.” (Tarikh al-Islami)

4. Malah Hisham bin Ammar menjelaskan bahawa ayahnya berkorban menjual rumah demi membolehkan dirinya menuntut ilmu. Kata Hisham:

باع أبي بيتًا له بعشرين دينارًا وجهزني لطلب العلم والحج

"Ayahku telah menjual rumahnya bagi mendapatakn 20 wang dinar emas untuk mempersiapkan aku untuk menuntut ilmu dan menunaikan haji."

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
6.1K views22:45
Buka / Bagaimana