Get Mystery Box with random crypto!

SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Ada setengah orang berzikir selepas | Daie Untuk Semua

SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ada setengah orang berzikir selepas salam solat fardhu dan ada setengah yang lain selepas solat fardhu mereka terus kerjakan solat sunat. Selepas selesai solat sunat barulah mereka berzikir.

Bilakah waktu yang paling afdhal untuk berzikir sebenarnya?

JAWAPAN: Selepas selesai solat fardhu adalah harus samada mahu berzikir dahulu sebelum mengerjakan solat sunat atau mengerjakan solat sunat dahulu kemudian barulah berzikir.

Yang paling afdhal ialah selepas memberi salam solat fardhu ia berzikir dahulu kemudian berdoa.

Selesai dari berzikir dan berdoa ini barulah bangun ia mengerjakan solat sunat jika dia kehendaki.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr:

وجمهور العلماء على أن ختم الصلاة بالذكر الوارد فيه هذه العبارة يكون عقب الانصراف من الصلاة المكتوبة بالتسليم مباشرة، لدلالة العبارة عليه، ويقويها فعل النبى صلى الله عليه وسلم، حيث كانت الصفوف الأخيرة فى صلاة الجماعة تعرف انتهاء النبى منها بالتكبير أى بالذكر بعد الصلاة

Maksudnya: "Dan bermula jumhur ulamak berpendapat atas bahawa berzikir dengn zikir-zikir yang datang pada masalah ini waktunya ialah selepas selesai dari solat yang fardhu kerana ibarat nas yang menunjuk atasnya.

Dan mengkuatkan akan dia olih perbuatan Nabi saw sekira-kira dikenal akan selesainya saf-saf yang terkahir pada solat berjemaah dengan ucapan takbir yakni dengan berzikir selepas solat tersebut.”

Wallahua’lam

@wnmuhdfirdaus