Get Mystery Box with random crypto!

Setiap orang yang berkahwin mengimpikan kehadiran cahayamata p | Daie Untuk Semua

Setiap orang yang berkahwin mengimpikan kehadiran cahayamata penyeri rumah tangga. Cahayamata ini adalah amanah Allah buat kita.

Dalam Al-quran, Allah menyatakan anak sebagai hiasan kehidupan dunia. Kerana kasih sayang kita yang melimpah buat anak-anak serta ianya penyeri kehidupan rumahtangga kita.

Namun, hakikatnya kita sebagai ibubapa punya tanggungjawab berat untuk mencorakkan anak-anak. Paling utama perlu kita tekankan adalah AGAMA dalam diri anak-anak.

Bagi mereka kenal Allah dan Rasul dengan kita dahulu menjadi suri teladan mereka. Bagaimana?

Pertama :
Solat diawal waktu

Apabila azan berkumandang kita bersegera untuk solat. Si ayah bersiap ke masjid, si ibu siap bertelekung. Lagi elok dapat ajak mereka solat jemaah bersama.

Jadi secara tak langsung minda anak akan set waktu solat semua kerja perlu STOP dan perlu SOLAT DAHULU.

Kedua :
Membaca Alquran

Amat susah untuk menyuruh anak-anak mengaji kan? Sebenarnya minat anak untuk mengaji akan terbit dengan sendiri apabila suasana Al quran wujud di rumah.

Jadi, ibubapa lah dulu yang perlu mewujudkan suasana tersebut. Mengaji, baca terjemahan tafsir, menghafal, mengulang Alquran secara tak langsung anak akan tertarik untuk mengenal apa yang ibubapa mereka baca.

Anak akan ikut apa ibubapa mereka buat bukan? Ingat, kitalah contoh teladan terdekat untuk mereka ikuti

Ketiga:
Bersedekah

Sangat baik untuk kita terapkan pada anak-anak amalan bersedekah. Beritahu mereka yang kita perlu sentiasa memberi bukan meminta.

Latih juga mereka memasukkan duit ke dalam tabung masjid contohnya dan terangkan kepada anak-anak hasil dari sumbangan mereka itu. Pasti mereka akan gembira dan rajin bersedekah.

Itulah antara amalan boleh diterapkan pada anak-anak untuk mereka mengenal Allah dan rasul. Tapi jangan lupa kita dahulu perlu menjadi suri teladan mereka.

Semuanya inshaAllah akan menjamin keberkatan dari Allah SWT.

#MEPFIGHTER