Get Mystery Box with random crypto!

Tips video yang baik kat TikTok (In Shaa Allah FYP!): 1. Visu | BELAJAR ILMU BISNES TEKNIKAL 100% 🔥

Tips video yang baik kat TikTok (In Shaa Allah FYP!):

1. Visual dan audio jelas. Sebab video yang macam ni mudah di push ke fyp

2. Lighting dalam video cantik. Kalau tak aesthetic pun, sekurang-kurangnya lighting tu tak suram atau tak terlalu terang

3. Context video yang jelas. Awak nak cakap pasal kebaikan jamu? Cakap biar jelas, explanation jangan terlalu panjang berjela

4. Video pendek 10-30 saat dah mencukupi. Algorithm TikTok akan tengok audience tengok video sampai habis tak. So kalau awak buat video 10 seconds, and audience tengok video sampai habis, chances are video tu akan fyp

5. Ada text / subtitle. Kalau cakap saja, orang pun bosan. Kalau lagu saja, orang tak layan. Kalau tak boleh nak buat voiceover macam Mun, buat video tunjuk produk pastu list kan kebaikan pun cukup dah

6. Lagu yang trending. Ni selalu orang cakap kan? Siapa rajin skrol TikTok tau lah trend apa yang selalu berlaku. Kena always follow trend. Sesuaikan niche kita dengan trend. Be creative! Tu sebab Mun kata tengok creator video lain. Jangan syok sendiri

7. Jangan letak gambar statik semata-mata lepas tu buh lagu background. Tambah pulak takdak text ke apa, mmg habis kena skrol. Lantak video 5 second saja sekali pun, susah nak fyp. Kalau Mun pun, nampak video macam tu, skrol je terus

8. Tau kehendak viewers kita. Cth awak jual tudung, awak agak2, awak nak seller share apa di TikTok dia? Awak mesti nak tau material apa, bidang berapa, warna apa ada, boleh beli kat mana dll kan? Haaa benda tu la share. Kalau jual jamu, viewers mesti nak tau berbaloi ke harga dia (kena explain benefits) atau nak tau selamat ke? Gitu lah

9. Consistent. Mun tak kata kena post setiap hari tapi apa benda yang awak boleh consistent, consistent kan. Cth: kalau awak post video tunjuk muka background dinding hijau, pastikan video seterusnya guna dinding hijau tu jugak. Sebab TikTok senang detect dan dia akan hantar ke orang2 yang pernah terserempak dengan video awak. Bila org sama repeatedly nampak awak, diorg akan ingat awak

10. And ni yang paling berkesan Mun guna iaitu TEKNIK STORYTELLING dalam video. Kita cerita je lah apa2 pun. Pengalaman sendiri ke, cerita hantu ka, cerita sedara ka, review movie ka, asalkan cerita. Penyampaian pun pastikan la menarikk. Buat lah macam mana pun, sambil pegang produk tu dok bercerita ke tengah packing order dok bercerita ke asalkan mana awak rasa boleh buat