Get Mystery Box with random crypto!

UiTO Channel:Bid'ah Nusantara

Logo saluran telegram bidaahnusantara — UiTO Channel:Bid'ah Nusantara U
Logo saluran telegram bidaahnusantara — UiTO Channel:Bid'ah Nusantara
Alamat saluran: @bidaahnusantara
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 484
Deskripsi dari saluran

Membicara amalan bidaah yg berlaku di nusantara.
Pautan untuk di kongsi
t.me/BidaahNusantara
Channel rasmi t.me/UiTOSaluranRasmi
Channel tazkirah t.me/tazkirah
Channel Rektor t.me/BicaraCR

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru

2023-06-13 06:40:49
Wahabi Ni Tolak Bid'ah Hasanah ( Ustaz Halim Hassan ) — Manhaj Dakwah ( Pecinta Sunnah )


8:26
36 views03:40
Buka / Bagaimana
2023-06-12 11:50:58 [Antara Encik Husam dan Ustaz Wadi Annuar: Bidaah Sesat Berdoa Di Majlis Maksiat?]

Saya memohon netizen semua menonton video di bawah ini dahulu sebelum membaca tulisan saya.

Saya berpandangan idea yang diutarakan oleh Encik Husam ini perlu diperincikan.

Majlis yang aturcara asasnya adalah maksiat maka boleh dihukumkan seperti yang beliau nyatakan itu. Contohnya majlis syirik/khurafat/promosi maksiat terang-terangan.

Tetapi jika majlis itu aturcara utamanya bukan maksiat tetapi ada unsur maksiat sampingan yang tidak jelas mempromosi maksiat seperti majlis jamuan tetapi ada hadirin yang hadir dengan pakaian tidak patuh syariah, maka ulama berbeza pendapat tentang menghadirinya:

1. Ada yang melarangnya kecuali jika dia mampu mencegahnya.
2. Ada ulama yang mengatakan dia boleh hadir dan wajib untuk tidak reda dengan kemaksiatan yang berlaku.

Saya secara peribadi merasakan tidak ada masalah untuk pilih pandangan kedua ini iaitu boleh hadir dalam keadaan wajib membenci dan tidak redha akan maksiat tersebut, terutamanya apabila kita sukar mengelak untuk hadir majlis disebabkan urusan tugas rasmi atau jemputan saudara mara terdekat yang dalam majlis tersebut mempunyai maksiat sampingan seperti tidak menutup aurat dan sebagainya.

Cuma kenapa isu Encik Husam dan Ustaz Wadi ini viral semula? Isunya kerana ada sebahagian pihak yang keras mengecam orang dulu. Sekarang tiba-tiba ustaz pujaannya terlibat. Jadi ada pihak sekadar memulang paku buah keras sahaja.

Itu pada pandangan saya lah.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/100050404603431/posts/pfbid02cqDUM8u7PS5bdQbviG7eaZ52XEAMhKZBfBYBKMXSsvLKoa5qb83NMxjw6VXYz79nl/
38 views08:50
Buka / Bagaimana
2023-06-09 07:38:18 AGAMA HAWA NAFSU


Hawa nafsu senantiasa mendorong manusia ke arah kejahatan.


Firman Allah ﷻ:


إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ


"Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan.”


[Al-Quran, Yusuf, 12:53]


Oleh itu, ada manusia yang terlalu tunduk kepada hawa nafsunya hingga dia taat memujanya dan menjadikannya sebagai sembahannya.


Lalu apa yang buruk dilihat baik olehnya akibat dorongan hawa nafsu yang menjadi mazhab agamanya.


Firman Allah ﷻ:


أَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيۡهِ وَكِيلًا


“Nampakkah engkau keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai sembahannya yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya agar tidak sesat?”


[Al-Quran, al-Furqan, 25:43]


Firman Allah ﷻ:


أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ


“Bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sembahan yang dipatuhinya lalu dia disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap akan kufur ingkar).”


[Al-Quran, al-Jathiah, 45:23]


Hanya sahaja golongan yang didorong oleh hawa nafsu bukanlah semua sama di atas satu darjat.


Ada sebahagian yang lebih buruk daripada yang lain.


Ada yang sampai jatuh kufur syirik, ada yang terjebak dalam dosa besar, dan ada yang jatuh dalam dosa kecil.


Golongan yang hawa nafsunya mendorongnya sehingga mendustakan agama, mempermainkannya atau berpaling daripadanya maka mereka kafir kerana melakukan kufur akbar.


Demikian jika dinafikan apa yang sedia maklum diketahui sebahagian daripada ajaran agama; contohnya kewajipan solat fardu lima waktu, menghalalkan zina atau minuman arak maka ia kufur akbar terkeluar daripada Islam.


Adapun golongan yang hawa nafsunya mendorongnya melakukan bidaah yang tidak sampai ke tahap kufur maka dia masih Islam tetapi ahli bidaah.


Golongan yang mengikut hawa nafsunya sehingga melakukan dosa besar seperti zina dan minum arak maka dia fasik.


Jika seseorang itu terdorong dengan hawa nafsunya melakukan dosa kecil maka orangnya dikatakan melakukan maksiat sedangkan jika dia terus bergelumang dengan maksiatnya itu maka dia disebut ahli maksiat.


Ini bermakna bukan semua mereka yang didorong hawa nafsunya jatuh kafir musyrik.


Sebaliknya keadaannya bergantung pada jenis kesalahan yang dilakukan.


Semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan hawa nafsu.



Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
20 Zulkaedah 1444H
08 Jun 2023

-------------------

Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui:


BANK ISLAM

No. Akaun: 12092010017971

SURAU AL HIDAYAH
62 views04:38
Buka / Bagaimana
2023-06-08 19:11:11
Adakah Qasidah Burdah Ni Bid'ah ( Ustaz Halim Hassan ) — Manhaj Dakwah ( Pecinta Sunnah )


9:42
63 views16:11
Buka / Bagaimana
2023-06-07 11:56:22
Boleh Tak Istighfar Lebih Dari 100 Dalam Sehari ( Ustaz Halim Hassan ) — Manhaj Dakwah ( Pecinta Sunnah )


4:46
67 views08:56
Buka / Bagaimana
2023-06-07 11:56:07
Cerita Khurafat Dalam Kitab Ihya Ulumuddin Imam Al Ghazali ( Ustaz Halim Hassan ) — Manhaj Dakwah ( Pecinta Sunnah )


3:16
62 views08:56
Buka / Bagaimana
2023-06-06 10:25:12
Penjelasan Ustaz Halim Hassan Berkenaan Suluk Dalam Tarekat — Manhaj Dakwah ( Pecinta Sunnah )


6:32
71 views07:25
Buka / Bagaimana
2023-06-06 10:04:52
Habib Ali Zainal & Kubur Nabi Hud — Hafiz Firdaus Bin Abdullah


45:30
71 views07:04
Buka / Bagaimana
2023-06-06 04:10:26
Ada Tak Hadis Zikir Menari ( Ustaz Halim Hassan ) — Manhaj Dakwah ( Pecinta Sunnah )


1:26
69 views01:10
Buka / Bagaimana
2023-06-05 06:23:30
Cerita Khurafat Dalam Kitab Kifayatul Muhtaj ( Ustaz Halim Hassan ) — Manhaj Dakwah ( Pecinta Sunnah )


5:09
65 views03:23
Buka / Bagaimana