Get Mystery Box with random crypto!

YY COMMUNITY CHANNEL

Logo saluran telegram yycommunity — YY COMMUNITY CHANNEL Y
Logo saluran telegram yycommunity — YY COMMUNITY CHANNEL
Alamat saluran: @yycommunity
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 44.05K
Deskripsi dari saluran

🇲🇾Kelab Komuniti Kemanusiaan
PPM-038-14-27072023
✅Kelab yang memperjuangkan hak asasi kemanusiaan dan tidak melanggar batas agama.
✅Memberikan pendidikan, penjelasan isu semasa.
📍www.yycentre.org
🫡JUSTICE - PEACE - HUMANITY

Ratings & Reviews

2.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 7

2023-07-05 11:39:45
MELAKA EXPOSED

Ratusan Guru Agama yang berkhidmat di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bawah Kerajaan Negeri Melaka kini dalam kekeliruan susulan pengurusan JAIM dikatakan telah menukarkan status Gred N11 menjadi kakitangan kontrak khas dan diberikan elaun seperti Guru KAFA.

Bagaimanapun mendengar rekod taklimat yang dianjurkan pengurusan JAIM dengan Guru-Guru telah menimbulkan keraguan kerana keputusan menurunkan Gred N11 kepada kakitangan khas kontrak dikatakan dibuat selepas mesyuarat dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Pejabat Ketua Menteri Melaka.

Lebih meragukan Gred N11 dikatakan tak wujud lalu status ditukar menjadi kontrak khas di mana gaji ditukar menjadi elaun namun masih dibayar melalui SU Kerajaan Negeri.

Guru-Guru JAIM kini dalam dilema kerana berdasarkan taklimat pengurusan JAIM ini secara halusnya saya sifatkan ia sebagai ugutan supaya Guru-Guru menerima cadangan dibuat pengurusan JAIM di mana sekiranya tidak bersetuju boleh ditamatkan serta-merta.

Berdasarkan audio ini ada dinyatakan Guru Besar dan GPK perlu buat penilaian dan tidak berlandaskan perasaan selain diminta bersikap profesional.

Adakah tindakan menurunkan Gred N11 menjadi kakitangan kontrak khas yang boleh ditamatkan sesuka hati kepala bapak pengurusan JAIM dibuat hanya kerana perasaan tidak puas hati atau dendam?

Kita cuma mahu tengok rekod hitam putih terdapat arahan Pejabat Ketua Menteri, JPA dan SPA supaya tukar Gred N11 Guru-Guru Agama JAIM menjadi kakitangan kontrak khas dan dibayar elaun seperti Guru KAFA?

Saya akan ketengahkan isu Guru JAIM ini kepada Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Rauf dan Yb Datuk Abdul Rahman selaku Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama.

NASIHAT KEPADA YANG TERLIBAT JANGAN TANDATANGAN APA-APA PERSETUJUAN.

#MelakaExposed
#JAIMUnderFire

Kongsi audio di platform tuan puan.
5.6K viewsYY, edited  08:39
Buka / Bagaimana
2023-07-05 10:24:14
KEPUTUSAN PENGHAKIMAN SEMAKAN KEHAKIMAN WAN RAMLI vs. TENTERA DARAT & KERAJAAN

Seperti semua sedia maklum permohonan Semakan Kehakiman kes pemecatan Wan Ramli GAGAL kerana YA Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan berkaitan empat isu utama yang dibicarakan:

(a) Hak untuk didengari;
(b) Kesahihan perintah vaksin COVID-19;
(c) Keadilan prosedur; dan
(d) Hak pencen.

Berdasarkan isu-isu dibicarakan YA Hakim mendapati Pemohon didakwa mengikut seksyen 50(2), 49(b), 51 dan sebagai alternatif di bawah seksyen 87 Akta 77 bagi kesalahan:

(i) tidak mematuhi arahan divaksinasi;

(ii) bahasa mengancam atau menderhaka pegawai atasan;

(iii) ingkar Perintah Tetap; dan

(iv) berkelakuan prejudis ketenteraman dan disiplin perkhidmatan.

Dan YA Hakim berpendapat Semakan Kehakiman ini berjaya sekiranya Pemohon membuktikan Responden:

a. Bagi arahan diberikan salah;
b. Lakukan perkara tidak relevan;
c. gagal mempertimbangkan perkara berkaitan.

Maka tidak hairan permohonan Wan Ramli GAGAL manakala semakan kehakiman kita mencabar Pekeliling Bil.4, Garis Panduan 3.0 dan arahan kepada kakitangan UM di Mahkamah yang sama BERJAYA.

Bahasa mudah faham YA Hakim buat keputusan Tentera tidak boleh:

a. Ingkar arahan pegawai atasan,
b. bahasa kasar dengan pihak atasan.
c. prejudis dalam perkhidmatan.

Ringkas, pemohon gagal membangkitkan isu-isu antara lain Perintah Tetap untuk Tentera Darat terima suntik ubat dalam kajian ke tubuh badan salah dan bersifat diskriminasi sekaligus melanggar Artikel 6 Unesco.



Nota kaki: Kes Wan Ramli Wan Seman kini didengar panel tiga Hakim di Mahkamah Rayuan dan pemohon diwakili oleh Tetuan Hafiz Norkhan & Co. sebelum ini pemohon diwakili peguam lain.
5.8K viewsYY, 07:24
Buka / Bagaimana
2023-07-05 07:57:47
KUASATIDAK”

To all family members YYCC,

Hari ini kita berjuang demi kebebasan bukanlah untuk diri kita sendiri tetapi untuk generasi akan datang.

Kita membantah bagi mewujudkan masa depan yang cerah kepada anak cucu kita supaya tidak menjadi hamba sistem.

Dan saya tahu perjuangan ini tidak mudah ada berdepan ejeken, cemuhan keluarga, rakan dan masyarakat.

Mereka mengganggu pekerjaan iaitu mata pencarian keluarga malah turut mendakwa diri anda bahaya kepada masyarakat.

Tapi Tuan Puan telah berjaya bertahan dan kerana penolakan itulah memberi inspirasi kepada yang lain melakukan perkara sama hari ini dan semakin hari sokongan untuk kita bertambah.

Hari ini saya ingin mengajak anda semua berfikir tentang kuasa sepatah perkataan - “TIDAK!”

Sepatah perkataan yang bukannya mudah diungkap walaupun tahu menyebutnya.

Pernah terfikir mengapa paksaan vaksin COVID menjadi perlahan terutamanya penjawat awam?

Adakah doktor yang menyelamatkan anda melalui Sains buat kerajaan mengubah tindakan mereka?

Ketahuilah bahawa polisi COVID-19 dalam negara digugurkan perlahan-lahan kerana Saya, anda dan orang ramai mula berkata TIDAK!

Dan saya berterima kasih kepada semua family members YYCC yang tampil berani untuk berkata TIDAK sekaligus tercetus penolakan secara besaran. Disebabkan kita berkata “TIDAK” kepada:

• Lockdown - PKP tidak dilanjutkan
• Pelitup Muka - tidak diwajibkan
• Booster - tiada paksaan

Justeru, jika anda merasakan temujanji ke klinik ditetapkan KKM melalui MySejahtera menyusahkan. Apa anda perlu lakukan?

Anda semua hanya perlu berkata - TIDAK!

Samada diri terima satu dos, dua dos atau tiga mahupun empat dos waima diri tidak divaksin COVID-19.

Saya ulang, semua hanya perlu berkata - TIDAK!

Jika saya menang, jangankan seminggu, jangan sebulan. Jangan kata setahun.

Hari ini YYCC menang, esok saya angkat sumpah jadi Perdana Menteri. Malam saya umum MySejahtera dihapuskan.

Eh. Macam orang politik pulak.



Footnotes: Just say
6.2K viewsYY, edited  04:57
Buka / Bagaimana
2023-07-04 14:20:57
PUTRAJAYA CARE” CIPLAK KONSEP “YYCC CARE”

Ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan, YB Radzi Jidin telah membuat satu laporan Polis ke atas saya di Balai Polis Putrajaya.

Bagaimanapun, pihak Polis langsung tidak memanggil, menahan atau untuk dirakam percakapan.

Justeru, saya beranggapan penulisan YB Radzi Jidin di laman FB beliau adalah satu “Red Flag” bertujuan menakutkan saya.

Terbaru difahamkan YB Radzi Jidin baru melancarkan “Putrajaya Care” kebetulan dua bulan lepas kita lancar “YYCC Care”.

Apa pun, selagi ia bermanfaat buat rakyat di Putrajaya saya ingin ucapkan syabas di atas usaha beliau.

Mungkin ia kebetulan, sekiranya perkara itu bukan satu kebetulan, bermaksud YB Radzi Jidin menjadikan YY sebagai idola kerana beliau kini menggunapakai konsep “YYCC Care” untuk rakyat dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau.

Namun saya tidak pasti di mana terletak pusat khidmat “Putrajaya Care” kerana ada ramai orang tercari-cari.

Jadi, adakah ia sekadar janji manis seperti janji pembinaan lokar untuk mengatasi isu beg sekolah berat atau “Putrajaya Care” terletak di luar Putrajaya?

Harap YB Radzi Jidin boleh beri jawapan kerana saya bekas warga Putrajaya dan pengundi Putrajaya.



Nota kaki: masalah dunia hari ini orang yang bijak penuh persoalan manakala orang bodoh penuh dengan keyakinan.
6.9K viewsYY, 11:20
Buka / Bagaimana
2023-07-04 12:00:24
Bila saya imbas perjalanan Tuan Puan dua tahun ke belakang sebelum ada kumpulan Telegram ini.

Jujurnya saya sangat kagum dan langsung tidak sangka Tuan Puan mampu bertahan dan masih hidup seperti biasa.

Mujur tiada yang tinggalkan kediaman dan hidup nomad dalam hutan.



Community Rules

Always be honest
Count your blessing
Forgive and forget
Be supportive of one another
Be kind and tenderhearted
Keep your promises
Comfort one another
Love one another

And above all..

ALWAYS BE HAPPY
7.0K viewsYY, 09:00
Buka / Bagaimana
2023-07-04 03:30:33
Lockdown, mandat dan pasport vaksin COVID-19 telah mencetuskan bantahan besar-besaran oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Tidak pernah wujud gerakan global yang besar untuk menentang kezaliman selama ini kecuali menentang paksaan vaksinasi COVID-19 kerana ia jenayah kemanusiaan terbesar dalam sejarah dunia.

Kita mempertahankan “consent” seperti termaktub dalam perlembagaan dan juga undang-undang serta etika perubatan.




************************************
Sumbangan/Infaq ke Tabung YYCC terus ke akaun CIMB 8009177652 CAPTEGIS REF: Sumbangan/Infaq
7.6K viewsYY, 00:30
Buka / Bagaimana
2023-07-03 16:00:38
TAHNIAH

Tadi seorang family members berkongsi berita gembira yang telah lama dinafikan iaitu pengesahan jawatan susulan beliau menolak suntikan vaksin ujikaji COVID-19.

Sebelumnya saya bercadang membantu draft surat untuk Pengarah jabatan tempat beliau bertugas.

Tapi memandangkan saya ada nombor HP Pengarah terbabit. Pada 22 Jun saya terus menghubungi pengarah dan bertanyakan status pengesahan jawatan yang dinafikan ke atas seorang kakitangan yang menolak vaksin.

Mulanya Pengarah tersebut mendakwa ia adalah arahan pihak atasan tetapi setelah diterangkan status pengesahan jawatan kakitangan bergantung budi bicara Ketua Jabatan.

Di mana saya minta jasa baik beliau untuk mengesahkan jawatan seorang kakitangan sebelum beliau bertukar tempat kerja.

Pengarah tersebut hanya menjawab, “saya akan semak dulu dengan pihak atasan..”

Hari ini tiada ribut, tiada angin saya terima WhatsApp memaklumkan beliau dipanggil untuk tandatangan pengesahan jawatan.

Alhamdulillah.

Sebab itulah saya kata, Penjawat Awam ini segala keputusan yang diambil adalah dari saranan atau minit Ketua Jabatan.

Jika Ketua Jabatan anda menafikan konon terima arahan pihak atasan bermakna dia sedang berbohong kepada anda!

Tahniah buat family members kita kerana telah disahkan jawatan sebagai Penjawat Awam hari ini.



Nota kaki: jangan sesekali fikir TAK BOLEH bukannya kita minta ubah al Quran.
8.0K viewsYY, 13:00
Buka / Bagaimana
2023-07-03 09:55:03
Suntikan Vaksin Malaria Tiga Dose!

Pilot untuk suntikan vaksin Malaria telah dimulakan di negara-negara afrika yang memerlukan sebanyak tiga dos suntikan.

Vaksin PfsPZ atau Plasmodium falciparum sporozoite diuji ke atas golongan dewasa di Bukina Faso, Afrika tahun 2022.

Sebelum itu, tahun 2019 vaksin PfsPz bagi mencegah Malaria ini diuji ke atas 90,000 kanak-kanak di Ghana, Kenya dan Malawi.

Dan hasil ujian vaksin ini menyebabkan ribuan kanak-kanak meninggal dunia dan kini kes dibicarakan di mahkamah Bukina Faso, Afrika.

Di mana ketika ini di negara kita selain kes Denggi dilaporkan meningkat, kes Malaria juga telah dikesan.

Apakah yang akan mendatangi kita selain vaksin COVID-19?

Samada vaksin untuk cegah Denggi, atau Malaria atau Zika yang pasti suntikan baru akan diperkenalkan untuk mengurangkan kes Denggi yang sedang meningkat.

Kita tidak memaksa sesiapa percaya serta sekiranya masih ada yang beranggapan ia satu teori konspirasi pun kita tak marah.

Kita cuma mengajak anda berfikir dengan bersandarkan kajian kes yang berlaku di beberapa negara lain.

Soalan - sekiranya kediaman rakyat biasa dikenakan kompaun oleh inspektor KKM jika mendapati ada pembiakan nyamuk Aedes. Adakah KKM boleh disaman oleh masyarakat kerana melepaskan nyamuk yang diketahui sebagai vektor jangkitan?

Siapa nak jawab?

Menteri Kesihatan atau Timbalan?



************************************
Sumbangan ke Tabung Perjuangan YYCC bagi membantu golongan memerlukan boleh dibuat melalui 8009177652 CIMB CAPTEGIS REF: INFAQ/SUMBANGAN
14.3K viewsYY, edited  06:55
Buka / Bagaimana
2023-07-02 21:12:14
TERIMA KASIH TN. ZUBIR!

Saya tidak pernah bertemu Tn. Zubir atau lebih mesra dipanggil nama Along secara bersemuka.

Namun saya ada juga melihat perkongsian beliau di TikTok dalam usaha memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai cabaran yang manusia sedang berdepan.

Apa yang Along perkatakan memang betul kita mula membuat pendedahan bukannya baru semalam tapi bermula ketika Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly.

Selepas Dr. Adham Baba menggantikan Menteri Kesihatan saya menyusup masuk dalam KKM sebagai Pembekal RT-PCR dalam “Operation C-19”.

Ini bukannya cerita rekaan, ini dunia realiti yang mana keselamatan keluarga, nyawa anak kecil yang berusia 15 bulan menjadi korban.

Kita memberitahu masyarakat agar tidak tertipu agenda yang disusun dalam usaha mengurangkan populasi penduduk dunia.

Terima kasih Tn. Zubir kerana highlight kes saya bagi menyedarkan mereka yang masih dibuai mimpi Keluarga Malaysia dan Malaysia Madani.

Saya mendoakan Tn. Zubir sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Dan jangan sesekali berhenti memberikan kesedaran kepada manusia tentang “Orde Baru Kapitalis serta Politikus Usang”.



Footnote: sebatang lidi memang mudah dipatahkan, namun adalah mustahil seikat lidi boleh dipatahkan.
15.1K viewsYY, edited  18:12
Buka / Bagaimana
2023-07-02 19:10:16 Live stream finished (1 hour)
16:10
Buka / Bagaimana