Get Mystery Box with random crypto!

DARI ALLAH SWT* AL-KHALIQ berkata; Sebelum segala sesuatu Di | Mutiara📚Ilmu

DARI ALLAH SWT*

AL-KHALIQ berkata;

Sebelum segala sesuatu Dinyatakan,

Yang 'ADA' hanyalah AKU dan Engkau DIDALAM AKU yang masih belum Dinyatakan lagi.

Sunyi dan Sepi serta Tenang sekali tanpanya sebarang pun Ciptaan...

AKU Nyatakan Engkau untuk Engkau SAKSIKAN Ciptaan AKU dan MENCARI TAHU tentang JATIDIRI AKU.

Maka bermulalah pengembaraan Engkau dengan HIJAB atau kesibukkan didalam kehidupan Engkau.

Sehinggalah Engkau SEDAR (Terbuka) kembali semula JALAN HAQQ yang ASAL lagi HAKIKI.

Iaitu TUJUAN dan MATLAMAT asal Engkau Dinyatakan didunia ini, adalah semata-mata untuk AKU !

Pengembaraan RUHANI Engkau...

MENYATUKAN kembali sedikit demi sedikit HUBUNGAN AKU dan Engkau sehingga SUCI seperti dahulu kala.

Tenang, Sunyi dan Hening...

Perhatikanlah baik-baik Hakikat ini...

"Aku Mencari-NYA di tiang salib, DIA tidak berada disana.

Aku Mencari-NYA di candi dan pagoda tua, tidak kutemukan Jejak-NYA disana.

Aku Mencari-NYA di gunung dan lembah, tetapi baik pada ketinggian ataupun kedalaman aku tidak boleh Menemukan-NYA.

Aku pergi ke Kaa'bah di Mekkah, tetap saja aku tidak Menemukan-NYA.

Aku bertanya kepada filosof dan ulama, tetapi mereka pula melampaui pemahaman mereka.

Lalu aku menyelam kedalam Lubuk HATIKU yang terdalam, dan disanalah DIA BERTAKHTA,

Bukanlah ditempat lainnya..."
- Syeh Haqtullah

“Carilah SYURGA yang DISEGERAKAN di dunia (Al-Jannatul Ajilah) yang berupa KETENANGAN HATI, kerana barangsiapa yang tidak mendapatkan SYURGANYA di dunia lagi, maka sukarlah ia mendapatkan SYURGANYA di AKHIRAT nanti !”

Kredit Syeh Haqtullah




@UzlahHati