Get Mystery Box with random crypto!

UiTM Pahang Kampus Jengka

Logo saluran telegram uitmpahangkampusjengka — UiTM Pahang Kampus Jengka U
Logo saluran telegram uitmpahangkampusjengka — UiTM Pahang Kampus Jengka
Alamat saluran: @uitmpahangkampusjengka
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 2.70K
Deskripsi dari saluran

💎 ‣ Manifestasi Impian Demi Kebersamaan
⚡ ‣ Dikuasakan oleh MPP Sesi 2021/2022

Ratings & Reviews

3.67

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


Pesan-pesan terbaru 2

2022-07-24 08:36:50


‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Dan Salam UiTM Di Hatiku.

Ahad l 24 Julai 2022

KEMASUKAN PELAJAR AMBILAN OKTOBER 2022 UiTM CAWANGAN PAHANG

Perhatian kepada semua pelajar ambilan Oktober 2022 UiTM Cawangan Pahang, anda diminta untuk masuk ke pautan group telegram bagi memudahkan penyebaran maklumat.

https://t.me/+v_H6CA9MyOU2ZmU1

Sekian, terima kasih.

"Manifestasi Impian Demi Kebersamaan.”

EXCO AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN PAHANG
SESI 2021/2022


# 246willstrivetogether

1.5K views05:36
Buka / Bagaimana
2022-07-21 11:30:06


‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Khazanah Alam,
Dan Salam UiTM Di Hatiku.

Khamis l 21 Julai 2022

PERKHIDMATAN MEMBAWA PULANG BARANG BAGI MAHASISWA YANG INGIN PULANG SEMPENA CUTI SEMESTER

Perhatian kepada semua Mahasiswa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka,

Pihak Nationwide Express dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar telah mengeluarkan satu Google Form bagi tujuan membuat bancian bilangan mahasiswa yang memerlukan perkhidmatan membawa pulang barang sempena cuti semester.

Contoh barang yang ingin dipos adalah seperti motosikal, basikal, barang keperluan, bagasi dan lain lain.

Mohon kepada semua mahasiswa yang akan pulang ke rumah pada cuti semester dan memerlukan perkhidmatan ini untuk mengisi pautan yang diberikan.

Pautan Google Form
https://forms.gle/Y3ZphqLqnm7QgbBGA

Tarikh akhir untuk mengisi Google Form ini adalah pada 24 Julai 2022 (Ahad) jam 12.00 tengah hari.

Sekian, terima kasih.

”Manifestasi Impian Demi Kebersamaan”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN PAHANG
SESI 2021/2022


#246willstrivetogether

1.7K views08:30
Buka / Bagaimana
2022-07-18 15:53:42


بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Dan Salam UiTM Di Hatiku.

Isnin l 18 Julai 2022

PEMAKLUMAN BERKENAAN TARIKH PENGISIAN EXIT SURVEY

Merujuk perkara di atas, perhatian kepada mahasiswa UiTM Cawangan Pahang anda dikehendaki untuk mengisi Exit Survey di laman sesawang Ufuture.

Tarikh dibuka: 4 Julai 2022

Tarikh ditutup: 24 Julai 2022

Mahasiswa DIWAJIBKAN untuk cakna dengan tarikh dalam Exit Survey yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan sebarang permasalahan di masa akan datang.

Pautan Pengisian adalah seperti berikut:

https://ufuture.uitm.edu.my/login

Sekian, terima kasih.

Sebarang persoalan dan permasalahan boleh berhubung dengan :
MPP Eryanie
http://www.wasap.my/601123696314/
MPP Raudhah
http://www.wasap.my/60183765822/
SMPP Ain
http://www.wasap.my/60134408867/

Manifestasi Impian Demi Kebersamaan.

EXCO AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN PAHANG
SESI 2021/2022


1.6K views12:53
Buka / Bagaimana
2022-07-14 09:25:47
1.6K views06:25
Buka / Bagaimana
2022-07-12 12:57:03 Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera

Prof/Dr./Tuan/Puan/ warga UiTM Cawangan Pahang ,

JEMPUTAN JAMUAN MAJLIS KORBAN DAN AKIKAH PERINGKAT UiTM CAWANGAN PAHANG

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dengan kerjasama Unit Komunikasi Dan Korporat, Unit Pengurusan Ladang, Unit Zakat Sedekah Dan Wakaf, KRT Taman UiTM dan PEWANI akan menganjurkan Majlis Korban Dan Akikah Peringkat UiTM Cawangan Pahang bertempat di Perkarangan Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

3. Sehubungan itu Prof/Dr./Tuan/Puan warga UiTM Cawangan Pahang yang berkelapangan adalah dijemput hadir ke Majlis Jamuan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Julai 2022 (Rabu)
Masa : 12:30 tghari sehingga makanan habis
Tempat : Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang

Prof/Dr./Tuan/Puan yang berkelapangan juga dijemput untuk membantu dan bergotong royong memotong dan melapah daging bermula jam 09:00 pagi di Masjid Uwais Al-Qarni UiTM Cawangan Pahang. tiada surat pelepasan disediakan. Kebenaran adalah diatas budi bicara ketua masing-masing.

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


ABDUL MUTALIB BIN JAMIL
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Hal Ehwal Islam (UHEI)
UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
1.8K views09:57
Buka / Bagaimana
2022-07-12 12:56:01
1.3K views09:56
Buka / Bagaimana
2022-07-11 16:44:30

‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Dan Salam UiTM Di Hatiku.

Isnin l 11 Julai 2022

PEMAKLUMAN TARIKH PENTING DAN IMPLIKASI TIADA REKOD PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 2 2021/2022

Merujuk perkara di atas, perhatian kepada *mahasiswa UiTM Cawangan Pahang* anda dikehendaki ambil maklum dengan tarikh-tarikh penting dan implikasi tiada rekod pembayaran yuran pengajian bagi memudahkan urusan.

Mahasiswa juga boleh merujuk tarikh-tarikh ini di Kalendar Akademik di laman web rasmi Hal Ehwal Akademik UiTM.

https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar

Sekian, terima kasih.

Sebarang persoalan dan permasalahan boleh berhubung dengan :
MPP Eryanie
http://www.wasap.my/601123696314/
MPP Maisarah
http://www.wasap.my/60129095839/
SMPP Amira
http://www.wasap.my/60166989814/


“Manifestasi Impian Demi Kebersamaan.”


EXCO AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN PAHANG
SESI 2021/2022


1.8K views13:44
Buka / Bagaimana
2022-07-11 16:43:00
1.4K views13:43
Buka / Bagaimana
2022-07-09 12:33:27
1.2K views09:33
Buka / Bagaimana
2022-07-09 12:08:43


Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Khazanah Alam,
Dan Salam UiTM Di Hatiku.

Sabtu l 09 Julai 2022

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA


Perhatian kepada semua Mahasiswa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, kami barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Mat Kilau dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kompleks Tok Gajah akan menganjurkan satu Majlis Hari Raya AidilAdha yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Julai 2022
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Masjid Uwais Al- Qarni
Pakaian : Baju Melayu - Siswa
Baju Kurung - Siswi

Bagi mahasiswa yang berada di kolej, kalian diminta untuk turun ke Masjid Uwais kerana makanan ada disediakan. Ayuh kita sama sama memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya AidilAdha yang diadakan pada tahun ini.

Sekian, Terima Kasih

AHLI JAWATANKUASA
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
UiTM CAWANGAN PAHANG
SESI 2021/2022


1.2K views09:08
Buka / Bagaimana