Get Mystery Box with random crypto!

‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ As | UiTM Pahang Kampus Jengka




‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Khazanah Alam,
Dan Salam UiTM Di Hatiku.

Isnin | 01 Ogos 2022

PEMAKLUMAN PEKELILING AKADEMIK UiTM BILANGAN 11 TAHUN 2022

Merujuk perkara di atas, disertakan pekeliling Pindaan Kalendar Akademik dan Perkuliahan bagi sesi I 2022/2023. Pelajar boleh ambil maklum segala tarikh penting pindaan bagi Kalendar Akademik serta operasi perkuliahan sesi I 2022/2023.

Pelajar boleh merujuk tarikh-tarikh ini di bahagian Kalendar Akademik di laman web rasmi Hal Ehwal Akademik UiTM.

https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar

Sesi pengajaran dan pembelajaran untuk sesi I 2022/2023 akan dilaksanakan secara teradun (Blended Learning) dengan merujuk pekeliling yang telah dikeluarkan.

Pelajar juga perlu maklum bahawa kemasukan pelajar ke kampus pada sesi I 2022/2023 adalah 100% dengan mematuhi SOP terkini dari semasa ke semasa.

Diharapkan para pelajar cakna dengan tarikh-tarikh penting ini.

Sekian, terima kasih.

Sebarang persoalan dan permasalahan boleh berhubung dengan :

MPP Maisarah
www.wasap.my/60129095839/
SMPP Shasha
www.wasap.my/60105144592/

"Manifestasi Impian Demi Kebersamaan.”

EXCO AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
CAWANGAN PAHANG
SESI 2021/2022


#246willstrivetogether