Get Mystery Box with random crypto!

‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ As | UiTM Pahang Kampus Jengka




‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Khazanah Alam,
Dan Salam UiTM Di Hatiku.

Sabtu | 30 Julai 2022

KENYATAAN RASMI MPP UiTM CAWANGAN PAHANG MENJAGA ADAB SESAMA MANUSIA DAN ADAB PERGAULAN DENGAN BERLAINAN JANTINA

Majlis Perwakilan Pelajar UCPh ingin mengingatkan rakan-rakan mahasiswa mengenai adab sopan santun dalam kalangan masyarakat. Sikap sopan akan mencerminkan bahasa tubuh yang baik dan positif dengan mengukir senyuman, berbicara dengan sopan santun dan peramah. Hindarilah sikap yang mudah menimbulkan perbalahan kerana sikap sebegini mudah untuk menjarakkan hubungan sesama manusia.

Mahasiswa juga diingatkan untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Selain memakai pakaian yang menutup aurat, seorang lelaki dan perempuan tidak boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi.

Kerjasama dan perhatian didalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”Manifestasi Impian Demi Kebersamaan.”

EXCO PEMBANGUNAN INSAN, KEROHANIAN DAN KEBAJIKAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN PAHANG
SESI 2021/2022

#246willstrivetogether