Get Mystery Box with random crypto!

𝓗𝓶 𝓻𝓪𝓷𝓭𝓸𝓶𝓼𝓱𝓪𝓻𝓲𝓷𝓰⁠♡_.

Logo saluran telegram tarbiyyahislamiah — 𝓗𝓶 𝓻𝓪𝓷𝓭𝓸𝓶𝓼𝓱𝓪𝓻𝓲𝓷𝓰⁠♡_. 𝓗
Logo saluran telegram tarbiyyahislamiah — 𝓗𝓶 𝓻𝓪𝓷𝓭𝓸𝓶𝓼𝓱𝓪𝓻𝓲𝓷𝓰⁠♡_.
Alamat saluran: @tarbiyyahislamiah
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 476
Deskripsi dari saluran

Remember,
Before you assume, learn the facts.
Before you judge, understand why.
Before you hurt someone, feel.
Before you speak, think.
(Revive from hiatus)
Since 30/06/2018

Ratings & Reviews

2.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru

2022-07-09 13:06:08
Hiduplah semewah mana pun, sesibuk mana pun, tapi jgn pernah tinggal baca al-Quran. AlQuran sahaja yg akan jadi peneman kita nanti
22 viewsAnas Lebai, 10:06
Buka / Bagaimana
2022-06-29 17:09:22 Ada orang, dulu rajin Solat Dhuha sekarang tidak lagi.

Ada yang dulu selalu puasa Isnin & Khamis sekarang tidak lagi.

Ada orang yang dulunya direzekikan rajin solat malam tetapi sekarang dah jarang-jarang.

Makin berkuasa makin lupa dunia ini sementara.

Makin kita lakukan dosa-dosa, semakin berat nak lakukan ibadah.

Iman kita memang kadangkala turun dan naik. Tapi jangan sampai kita tinggalkan Solat Fardhu.

Itulah satu-satunya penghubung kita dengan pencipta kita.

Perkara yang berlaku, semua adalah dengan izinnya Allah SWT.

Semoga Allah pelihara iman kita sampailah kita dijemputNya.

Semoga pengakhiran yang baik-baik untuk kita dan keluarga kita.

In sha Allah...Aamiin.

Credit Juan Rizal Sa'ari & SARA

#pertubuhanpenggerakdakwahputrajaya
#gengsurauputrajaya

@tarbiyyahislamiah
89 viewsAkhi Lebai, 14:09
Buka / Bagaimana
2022-06-24 17:34:43
Anak tahfiz dah khatam bertahun-tahun tak reti murajaah AlQuran?

Saya ada tazkirah nak bagi.
"Jagalah Al-Quran sebagaimana kamu menjaga diri kamu, Al-Quran ini untuk seseorang yang rajin.
Malas murajaah Al-Quran merupakan cerminan diri kamu yang malas membuat kerja lain."

- Abang Facebook -

@smarttahfiz
96 viewsAkhi Lebai, 14:34
Buka / Bagaimana
2022-06-24 09:09:46 Jangan Main-Main, Ini Warisan Para Nabi!

Seharusnya penuntut ilmu semangat dalam belajar, menekuni bidangnya dalam seluruh waktu, baik malam maupun siang, saat di dalam rumah maupun di luar rumah.

Penuntut ilmu tak boleh membuang sedikitpun dari waktunya untuk selain ilmu kecuali kondisi darurat; misalnya untuk makan dan minum, seperlunya saja.

Atau tidak masalah beristirahat sejenak untuk sekedar menghilangkan penat, serta hal-hal lainnya yang memang tak dapat dihindari.

Imam Nawawi dalam Mukadimah Al-Majmu' menyebut "tak berakal" orang yang berhasil meraih derajat pewaris para nabi tetapi kemudian menyia-nyiakannya.
90 viewsAkhi Lebai, 06:09
Buka / Bagaimana
2022-06-23 10:31:32 Dunia itu tipu,
Kita still tak akan terlepas dari ditipu

@tarbiyyahislamiah
178 viewsAkhi Lebai, 07:31
Buka / Bagaimana
2022-06-19 03:33:15 Apa tanda-tanda lalai?
Kurang membaca Al-Quran
Kurang berzikir
Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah, tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
Banyak membuang masa untuk hiburan
Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, main hafal je
Memanjang sibuk dengan urusan dunia, cepat stress
Cara hidupnya tak macam Muslim
Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram
Ustaz kata, "Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al-Quran"
Ustaz pesan, beli Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia
Lalai, apa akibatnya pulak?
Kurang semangat nak beribadah, tak suka baca Quran
'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
Hilang fokus dalam hidup
Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada
Sebab apa boleh lalai?
Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
Berkawan dengan orang-orang yang lalai
Berada dalam persekitaran 'rosak' (contohnya, pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
Tidak berzikir
Terjerat dalam perancangan-perancangan licik kaum yang kufar (contohnya, berlebihan dalam mendengar lagu, tengok filem dan rancangan sukan)
Cara mengatasinya:
Cari sahabat yang baik
Hadiri majlis ilmu
Bangun malam dan solat
Banyakkan zikir
Rajin baca Quran
Bersangka baik dengan orang lain

Sumber : Pesanan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

@smarttahfiz
124 viewsAkhi Lebai, 00:33
Buka / Bagaimana
2022-06-18 11:39:46
Poster di Bahrain.

Ibubapa payungkan anak dengan payung syariat melindungi anak-anak dari pengaruh LGBT.

@tarbiyyahislamiah
102 viewsAkhi Lebai, 08:39
Buka / Bagaimana
2022-06-15 05:50:43 "Tak ada masa lah nak baca Quran. Sibuk sangat kerja banyak."

Tipu. Kalau ada masa nak buka whatsapp, itu maknanya kita masih ada masa nak buka Quran.

Nak buka whatsapp pun kita pilih-pilih mesej mana yang penting nak kena baca cepat kan. Walaupun bukan semua mesej sempat nak dibaca, tapi kita tetap akan pilih mesej untuk dibuka.

Itu maknanya bukan kita tak ada masa nak baca mesej, tetapi kita 'pilih' mesej-mesej mana yang perlu didahulukan untuk dibaca. Kita yang pilih mesej mana yang kita letakkan sebagai 'high priority'.

Walau busy macam mana pun kerja kita, tangan kita tetap akan buka juga phone untuk buka whatsapp-whatsapp tertentu.

Itu maknanya bukan kita tak ada masa nak baca Quran, tetapi kita yang pilih nak baca bacaan yang mana dahulu.

Sebelum ini kalau ada masa free saja, pasti tangan kita akan buka phone & akan pergi ke bahagian social media yang paling pertama sekali. Tapi kenapa bila ada saja senggang masa, kita tak buka pun apps Quran dalam phone untuk dibaca sebentar?

Sebab kita yang tentukan 'bacaan mana' yang paling tinggi kita letakkan dalam priority kita.

Orang yang pentingkan agama dia akan tetap cari masa & tetap akan luangkan masa untuk baca kitab yang paling tinggi dalam agamanya walau sesibuk mana pun dia. Sebab itu priority dia yang paling utama.

Bukan tak ada masa. Cuma bezanya dia dahulukan yang mana. Priority.

Kita yang tentukan bacaan mana yang kita nak baca.

Amirul Azmeer Asmadi,
#TipsSurvivalHO.

FB Amirul Azmeer Asmadi

@smarttahfiz
109 viewsAkhi Lebai, 02:50
Buka / Bagaimana
2022-06-13 10:21:11 Jom kita puasa hari putih sama-sama pada setiap hari ke 13,14, 15 dalam bulan hijrah.

Lagi-lagi dalam minggu ni, lagi best dapat puasa terus sepanjang minggu ni.

Puasa hari putih : 13, 14, 15 Zulhijjah
(13, 14 dan 15 June 2022)
Puasa hari Khamis: 16 Zulhijjah
(16 June 2022)
Puasa hari jumaat (pilihan)

Mari kita sama-sama tingkatan amalan dan pahala kita

@tarbiyyahislamiah
121 viewsAkhi Lebai, 07:21
Buka / Bagaimana
2022-06-12 07:04:40 Allah matikan kita tanpa memberikan sebarang alasan,
Tetapi kenapa kita selalu memberi alasan?

@tarbiyyahislamiah
131 viewsAkhi Lebai, 04:04
Buka / Bagaimana