Get Mystery Box with random crypto!

Tarbiah_'Athifiyah ❤️

Logo saluran telegram tarbiah_hatii — Tarbiah_'Athifiyah ❤️ T
Logo saluran telegram tarbiah_hatii — Tarbiah_'Athifiyah ❤️
Alamat saluran: @tarbiah_hatii
Kategori: Tidak terkategori
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 981
Deskripsi dari saluran

Bila hati terasa "kosong",
Dekatilah Allah,
Bukan manusia.
Manusia hanya boleh memberi harapan,
Tapi Allah, mengabulkan harapan.

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 2

2022-06-02 15:59:35 23. Memberi nafkah secukupnya – tanpa terlalu bermewah, atau terlalu kedekut – kepada keluarga lebih afdal daripada bersedekah untuk jihad dan sedekah-sedekah lain. Antara dosa paling besar ialah mengabaikan tanggungan keluarga.

24. Sunat untuk berbagi-bagi hadiah sesama jiran dan kawan, walaupun sedikit. Yang terdekat, lebih utama untuk diberi.

25. Meminta-minta itu haram, kecuali bagi orang miskin yang terdesak, orang yang menanggung diat, dan harus meminta kepada pemerintah. Tetapi jika mereka tidak meminta, itu lebih bagus.

26. Jika seseorang itu diberikan harta yang halal tanpa dia meminta, dia tidak boleh menolaknya. Jika dia menolaknya, dia telah melakukan dosa. Kecuali jika dia takut orang itu mengungkit-ungkit.

27. Jika seseorang melihat makanan yang terbuang di jalanan, dia dibenarkan untuk mengutip dan mengambilnya. Orang yang geli dengan makanan sebegitu, biasanya tidak geli untuk makan rasuah atau harta manusia secara zalim.

28. Tidak halal untuk sesiapa menyangka bahawa Rasulullah ﷺ ada menyembunyikan sesuatu urusan agama kepada seseorang, dan menyembunyikannya daripada selainnya. Iktikad demikian ialah kekufuran. Agama ini tiada rahsia-rahsia, semuanya boleh didedahkan kepada orang awam.

29. Maksud hadis "Antara kubur Nabi ﷺ dan mimbar baginda ialah sebuah taman daripada taman-taman syurga," ialah sesiapa yang solat di situ, dia memperoleh ganjaran yang dapat membawanya ke syurga. Kerana jika hadis ini literal, pasti tiada orang mati di situ, tiada orang haus di situ; tetapi hakikatnya ada.

30. Ilmu kaligrafi itu benar, cuma kami tidak reti. Mungkin orang lain reti.

31. Peristiwa gerhana itu sudah diketahui bila waktunya dan mengapa ia berlaku. Belajar tentangnya bagus, tidak tahu mengenainya memudaratkan. Sekurang-kurangnya, menyebabkan dia mengingkari perkara yang dia jahili dan menyakiti orang yang tidak berdosa.

32. Ayat mutashabihat dalam al-Quran hanyalah huruf-huruf potongan di awal surah sahaja. Selain itu, semuanya difahami dan diketahui. Wajib mengakuinya, mencari maknanya.

33. Mustahil Allah menyuruh kita sesuatu, namun tidak menurunkan dalil untuk kita mengetahui kebenaran dalam bab itu.

34. Pemakan riba, saksi-saksinya dan pencatatnya, semuanya terlaknat.

35. Senyap itu selamat. Tetapi menyatakan perkara yang baik pula keuntungan tambah selamat. Menyatakan perkara jahat pula ialah bala.

36. Mukmin yang kuat lebih digemari Allah berbanding mukmin yang lemah, maksudnya ialah kekuatan politik untuk manfaat umat Islam. Bukan semata-mata kuat fizikal.

37. Duduk berseorang dan berpisah dengan manusia di tempat-tempat terpencil hukumnya makruh. Sesiapa yang melakukan sedemikian selepas pernah duduk dengan orang ramai dan mempelajari kebaikan, dia telah melakukan maksiat.

38. Tidak boleh sengaja melepaskan kentut di hadapan sesiapa, membuatkan dirinya jelek dengan bunyi yang buruk, membuatkan temannya jelek dengan bau yang busuk. Hanya orang tidak berakhlak yang melakukan sedemikian.

39. Tidak halal bagi sesiapa mengukir pada cincinnya: "Muhammad Rasulullah." Memakai cincin pada mana-mana tangan juga bagus, tetapi tidak boleh mengenakan pada jari telunjuk dan jari tengah.

40. Seorang wanita berkhidmat untuk suaminya adalah antara pergaulan rumahtangga yang baik, walaupun ia tidak wajib. Fatimah sendiri, padahal beliau penghulu wanita beriman dan puteri penghulu segala manusia ﷺ, beliau menyapu rumah sehingga hitam bajunya, mengisar tepung sehingga kasar tangannya.

41. Tiada penyakit yang berjangkit sendiri. Tidak sepatutnya seseorang yang dijangkiti menyalahkan orang lain. Kerana itu menyebabkan orang itu perasan yang dialah punca orang lain sakit, lalu dia berdosa kerana perasaan tersebut. Kerana yang menyebabkan sakit ialah Allah juga.
Jika penyakit berjangkit sendiri, siapakah yang menyebabkan orang pertama sakit? Orang yang sakit bervirus perlu menjauhi orang sihat kerana sebab yang kita sebutkan, bukan kerana penyakitnya menjangkiti sendiri.
162 views꧁A.H꧂, 12:59
Buka / Bagaimana
2022-06-02 15:59:35 Beberapa petikan dalam kitab al-Īṣāl oleh ibn Ḥazm:

Nota: Ibn Ḥazm ialah ulama besar bermazhab Zahiri. Metodologi ambilan ilmunya daripada wahyu berbeza dengan majoriti kaum Muslimin. Tidak semua yang kita terjemahkan di sini, kita setuju. Tetapi kita memastikan untuk tidak menterjemah permasalahan yang pasti salah menurut kaedah ilmiah yang digariskan para ulama.

1. Menasihati kaum Muslimin ialah wajib, iaitu dengan mencintai kebaikan untuk mereka, sebagaimana kamu mencintai kebaikan untuk diri kamu sendiri, dan kamu membenci keburukan untuk mereka, sebagaimana kamu membencinya untuk diri kamu sendiri.

2. Berbangga dengan nasab keturunan ialah maksiat, dan tanda kelemahan akal. Kerana manusia kesemuanya ialah anak Adam dan Hawa’, dan Adam diciptakan daripada tanah.

3. Wajib untuk wanita menasihati suaminya berkenaan urusan kewangan, tidak menyelisihi arahannya pada perkara baik, tidak menderhakainya apabila dia mengajak ke katil, dan tidak membawa masuk bukan mahram yang suaminya tidak senangi ke dalam rumah.

4. Mencintai orang Ansar adalah wajib, begitu juga dengan mencinta para sahabat keseluruhannya.

5. Tidak berterima kasih termasuk dalam dosa besar. Berterima kasih terhadap sesuatu jasa boleh dilakukan dengan membalas jasa yang serupa. Jika tidak mampu membalas jasa, balaslah dengan doa dan menyebarkan kebaikannya.

6. Tetapi tidak termasuk dalam sikap berterima kasih, kamu membantunya melakukan perkara haram. Bahkan itu juga satu bentuk sikap tidak berterima kasih. Kerana jika dia berterima kasih, pasti dia menghalangnya daripada maksiat.

7. Berdoa itu wajib, pelakunya diberi ganjaran, yang meninggalkannya dikira bermaksiat dan berdosa.

8. Ucapan Nabi ﷺ "Hikmah, iman dan fiqh itu dari Yaman dan Hijaz," adalah kerana tiada orang yang beriman, melainkan orang Madinah dan Mekah (orang Arab di situ asalnya dari Yaman).

9. Malu itu sebahagian daripada iman, selagi mana ia tidak menjadi sebab untuk senyap daripada mencegah kemaksiatan.

10. Tidak halal untuk lelaki melabuhkan pakaian melebihi buku lali kerana sombong, ia termasuk dalam dosa-dosa besar.

11. Wajib bagi orang beriman lelaki untuk menyingkatkan pakaian bawahnya, jangan sampai terkena lantai, jangan tumit, dan jangan buku lali. Sebaiknya sehingga ke separuh betis. Selain daripada ini ialah gaya perempuan, dan gaya lelaki pondan.

12. Pendustaan paling keji ialah pendustaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

13. Bersabar dengan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa ialah wajib.

14. Amalan yang terbaik ialah menyebarkan ilmu agama, kemudia berhukum dengan adil, kemudian berjihad di jalan Allah, kemudian memperbanyakkan amalan sunat seperti bersedekah, puasa sunat, solat, dll.

15. Makruh hukumnya jika seseorang membiarkan sebulan berlalu tanpa membaca al-Quran.

16. Bergaul dan bermesra dengan kanak-kanak amalan terpuji. Bermain-main anak patung dengan kanak-kanak belum baligh juga harus. Meminta izin untuk bermain bersama mereka juga bagus.

17. Belajar tentang sirah Nabi ﷺ – kerasulan, hijrah, kebanyakan perang-perang baginda, peringkat-peringkat sahabat baginda dan nasab baginda ialah suatu kefarduan.

18. Belajar matematik, perubatan, ilmu ukur, astronomi itu sesuatu yang baik.

19. Menghafaz keseluruhan al-Quran sunat. Menghafaz al-Fatihah dan sedikit ayat al-Quran ialah wajib.

20. Sesiapa memiliki harta, wajib dia belajar tentang zakat. Sesiapa mahu menikah, wajib belajar halal haram dalam nikah. Sesiapa mahu talak, wajib dia belajar sunat talak. Sesiapa berniaga, wajib dia belajar hukum-hukum jual beli.

21. Orang yang tidak berduit dan tiada siapa menanggung kewangannya, dia wajib mencari rezeki untuk kecukupannya dan keluarganya. Pemerintah wajib memaksanya untuk bekerja, kerana tidak bekerja ialah perkara haram.

22. Tidak mengapa untuk menziarahi kubur kawan yang musyrik, tetapi tidak boleh mendoakan kerahmatan untuknya. Tetapi jika dia tidak mampu menahan sebak, dia dibenarkan menangis.
100 views꧁A.H꧂, 12:59
Buka / Bagaimana
2022-06-01 12:57:25 BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENGGAPAI CITA-CITA

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

فقل لمرجي معالي الأمور
بغير اجتهاد رجوت المحالا

Katakan kepada orang yang mengharap cita-cita yang tinggi : "Tanpa kesungguhan, sejatinya engkau sedang mengharapkan kemustahilan."

____________

Miftah dar as-Sa'adah hlm. 149

Web | shahihfiqih.com/mutiara-salaf/9143/

Youtube : youtube.com/shahihfiqih.
Telegram : t.me/shahihfiqih
Instagram : Instagram.com/ShahihFiqih
Twitter : twitter.com/shahihfiqih.
Facebook : facebook.com/shahihfiqih.
102 views꧁A.H꧂, 09:57
Buka / Bagaimana
2022-06-01 12:56:40
93 views꧁A.H꧂, 09:56
Buka / Bagaimana
2022-05-30 17:05:07 Sebahagian pelajar jurusan agama hanya belajar kerana umurnya sekarang adalah umur kebanyakan rakan sebayanya belajar. Kalau tidak belajar, orang akan tanya pula mengapa tidak belajar. Jadi, belajar sahaja lah mengikut arus perdana. Ikut sahaja lah, ramai orang melakukan begitu. Follow the flow, kata orang.

Konsekuensinya, pelajar jurusan agama tiada kualiti. Apabila besar, pelajar-pelajar inilah yang akan diangkat oleh masyarakat, kononnya pelajar lulusan jurusan agama. Hakikatnya, jauh panggang dari api. Mereka pula suka dan sudi ke hadapan pula. Orang yang belajar bersungguh-sungguh, bukan main malu dan lari untuk ke hadapan kerana tahu akan risikonya.

Padahal, pelajar-pelajar begini dahulu ketika masa belajar, tidak membaca dan tidak bersungguh. Bahasa Arab tidak ditekuni, buku tidak dibaca, kerjanya asyik buang masa dan tidur sahaja.

Pesan saya, apabila sudah belajar dalam jurusan agama, ketahuilah kepentingan dan ganjaran yang Allah janjikan. Kemudian, bersungguh-sungguhlah ketika belajar. Kalau mahu main-main dan bermalasan ketika belajar, hentikan sahaja belajar agama. Ambil bidang lain yang memungkinkan kita untuk cemerlang dan memberi manfaat kepada orang lain. Tidak semestinya bidang agama.

Agama akan terus menang dan unggul, bersama kita atau tanpa kita. Kita sahaja; sama ada mahu menjadi yang terpilih atau tidak.
124 views꧁A.H꧂, 14:05
Buka / Bagaimana
2022-05-23 10:47:58 https://youtube.com/shorts/WzY4Qshg8Hk?feature=share
178 views꧁A.H꧂, 07:47
Buka / Bagaimana
2022-05-16 14:43:08

205 views꧁A.H꧂, 11:43
Buka / Bagaimana
2022-05-10 10:02:48 Amalan yang Berterusan

Allah ﷻ berfirman:

فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ ۝ وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ ۝ فَسَنُیَسِّرُهُۥ لِلۡیُسۡرَىٰ ۝
"Sesiapa yang memberi di jalan Kami, melaksanakan perintah Kami, mengakui kebenaran janji Kami; Kami akan permudahkan jalan kebaikan untuknya."

Surah al-Layl, ayat 5-7.

Sebahagian salaf menyebutkan:

Antara ganjaran melakukan kebaikan adalah mendapat dorongan untuk melakukan kebaikan lagi selepas itu.

Antara balasan melakukan kejahatan adalah didorong untuk melakukan kejahatan lagi selepas itu

Tafsir ibn Kathir.

Kita harus berdoa dan beramal agar Allah meletakkan kita di dalam loop (gelungan) kebaikan. Semoga kita dimatikan di dalam loop ini.

Dan jika kita diuji dengan loop dosa yang tiada penghujungnya, berusahalah dengan doa dan jihad untuk melepaskan diri daripada loop tersebut, semoga tidak berakhir di dalamnya.

Musaddad Shaʿlami
225 views꧁A.H꧂, 07:02
Buka / Bagaimana
2022-04-21 23:01:45 Istighfar Pada Waktu Sahur

Pada waktu sahur, selain bersahur, antara ibadah yang agung ketika itu ialah beristighfar memohon keampunan daripada Allah.

Antara ciri-ciri orang yang memperhambakan diri kepada Allah yang disebutkan dalam Quran ialah:
الْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأسْحَارِ
"Orang-orang yang beristighfar pada waktu sahur."

• • • • •

Walaupun istighfar disyariatkan untuk dilakukan setiap waktu, tetapi waktu sahur ada keistimewaannya, iaitu yang disebutkan dalam hadis agung ini—

Nabi ﷺ bersabda, "Allah akan turun ke langit dunia pada hujung sepertiga malam, lalu Dia menawarkan, "Ada sesiapakah yang mahu meminta untuk Aku penuhi? Ada sesiapakah yang mahu berdoa untuk Aku mustajabkan? Ada sesiapakah yang mahu meminta ampun untuk Aku ampunkan?"

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Allah sudah tawarkan, ada sesiapa yang tidak mahu menyahut tawaran-Nya?

• • • • •

Beristighfar pada waktu sahur juga merupakan kebiasaan para salaf.

• Ibn ʿUmar selalu berjaga malam untuk mendirikan solat sunat. Usai solat, beliau akan bertanya kepada anak murid rapat beliau, Nafi‘, "Adakah sudah tiba waktu sahur?"

Jika sudah, beliau akan mula fokus untuk berdoa dan beristighfar sehingga masuk waktu subuh.

Riwayat ibn Abi Hatim.

• Seorang tabiin pernah memasuki masjid sebelum subuh, tiba-tiba dia terdengar rintihan suara berdoa, "Tuhanku, perintah-Mu telah kulaksana. Ini sudah waktu sahur, maka ampunkanlah aku."

Apabila diperhatikan, rupanya itu ialah suara sahabat yang mulia, Ibn Mas‘ud.

Riwayat al-Tabari.

• Sahabat yang mulia, Anas bin Malik, berkata, "Kami diajarkan untuk jika mendirikan solat malam, kami akhiri dengan istighfar 70 kali sebelum subuh."

Riwayat ibn Mardawayh. Semua riwayat ini dinukilkan oleh al-Qurtubi dalam al-Jami' li-Ahkam al-Qur'an.

• • • • •

Barangkali ketika bangun sebelum subuh, kita rasa lemah untuk solat malam, atau membaca al-Quran. Tetapi jangan lemah untuk beristighfar.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya dan semua untuk melaksanakannya.

Musaddad Shaʿlami
316 views꧁A.H꧂, 20:01
Buka / Bagaimana