Get Mystery Box with random crypto!

──⸙‌ ᭢➯ #Rekomendasi Cerita ( @rekomendasi_wattpadd) 𒀭· Ju | Rekomendasi Wattpad

──⸙‌ ᭢➯ #Rekomendasi Cerita ( @rekomendasi_wattpadd)

𒀭· Judul Cerita : MINUS
𒀭· Author : NANAQIEYLOU
𒀭· Instagram : -
𒀭· Status : ON GOING
𒀭· Genre : HORROR
𒀭· Review / Description :

Zombie? Tidak pernah terlintas di dalam fikiran seorang Emmanuel Rosary Sanderson bahawa dia akan bertemu secara empat mata dengan makhluk seperti itu. Baginya, itu adalah imaginasi yang direka-reka sahaja. Inikan lagi ingin bertumbuk dan membunuh zombie, seriuslah!

Emmanuel bagaikan tenggelam dalam khayalan apabila dia menyaksikan bayi, kanak-kanak hingga ke orang tua berubah menjadi makhluk yang ngeri dan rakus dalam sekelip mata. Mereka menggigit. Melahap seperti harimau yang berjaya mendapat habuannya. Tidak ada seorang pun manusia yang akan dapat melepaskan diri jika sudah bertemu mereka.

Adakah betul ini realiti? Ataupun ia sudah dirancang? Tolong katakan ia hanyalah sekadar mimpi!

"Emma, kau..." -SARRA AULIA JOSHES

"No matter what will happens, we gonna face it together. That's what friendship means." -THEO FERNANDO ORTEGA

Maka, demi menyelamatkan diri masing-masing mereka bekerjasama untuk menghapuskan zombie dan melarikan diri ke tempat selamat yang dikenali sebagai 'Facqruel D Zone'. Tempat tersebut tersembunyi di satu kawasan yang mereka tidak ketahui.

Dalam usaha mencari tempat itu mereka dikejutkan pula dengan pelbagai spesimen aneh yang berkeliaran dalam sebuah hutan berdekatan dengan sebuah makmal terbiar. Mereka dipasak dengan berbagai-bagai soalan tanpa jawapan. Teruk! Sangat teruk!

"Masih nak bertahan ke?" -LEWIS FRANZO BRADENTON

Dan sehingga pada saat terakhir, mereka tersedar akan sesuatu perkara.

"Miss me?"

❒‌₍⸙ᰰ۪۪↷ ❝ https://www.wattpad.com/story/335243877 ❞


CEK YANG LAGI VIRAL DISINI
http://linkkami.net/hype
http://linkkami.net/hype