Get Mystery Box with random crypto!

Di saat Dia mendatangkan ujian, pandanglah dengan pandangan im | NASIHAT² KEHIDUPAN

Di saat Dia mendatangkan ujian, pandanglah dengan pandangan iman.

Di saat Dia mengirimkan musibah, hadapilah dengan
hati yang tabah.

Di saat Dia mengutuskan sesuatu, belajarlah untuk berjiwa hamba.

Kadang Allah membantumu bukan dengan sesuatu yang membahagiakan.

Tetapi dengan sesuatu yang menyakitkan, melukakan dan mengecewakan.

Kerana Allah ingin menyelamatkan kamu dari orang, tempat atau keadaan yang salah.

Bukan semua masalah mampu diselesaikan.

Ada masalah yang kita perlu 'hidup' dengannya.

Kerana itulah cara Allah mendidik kita untuk selalu merintih dan kembali kepadaNYA.

Pujuk diri sendiri untuk redha.

Belajarlah terima untuk redha pada semua perkara.

Belajar mencari kekuatan.

Even rasa berat untuk terima semuanya.

But remember
Allah never put in situation that you can't handle.

Belajarlah untuk terima dengan hati yang terbuka.

Pujuk hati dengan berharap hanya pada Allah.

Tentang sabarnya dalam setiap duka.

Tentang ikhlasnya pada setiap pengorbanan.

Tentang redhanya tatkala menerima takdir.

Semoga Allah kurniakan sebaik-baik kemanisan di sebalik ujian ini.


Aamiin

@quotephotovideo