Get Mystery Box with random crypto!

Lebihkan Akhirat. Adakah kita sedang bahagia? Jangan terlena | NASIHAT² KEHIDUPAN

Lebihkan Akhirat.

Adakah kita sedang bahagia?

Jangan terlena, boleh jadi tak selamanya...

Ataukah lagi dirundung kesedihan?

Jangan larut dalam duka, kerana pasti akan berakhir juga...

Dunia itu fana, termasuk semua yang ada di dalamnya...

Apapun itu, berharaplah ganjaran pahala di akhirat dan pengguguran dosa...


Kerana kita memahami bahawa,

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ

"Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.." (QS al-A'laa: 17)

Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa,

اَللّٰهُمَّ ، لَا عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الْآخِرَةِ

"Ya Allah, tiada kehidupan yang sejati kecuali kehidupan akhirat.." (HR. al-Bukhari: 6413)

Kerana yang singkat dan sementara seringkali menipu dengan pesona...

@quotephotovideo