Get Mystery Box with random crypto!

212 of 365 AHAD 02 MUHARAM 1444H 31 JULAI 2022 Bismill | NASIHAT² KEHIDUPAN

212 of 365 AHAD 02 MUHARAM 1444H 31 JULAI 2022

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#KitajagaKita..
#PrayertoremoveCovid19...

Al-Quran Penyembuh bagi Apa yang Ada di dalam Dada

Daripada Abu Al-Ahwas, bahawa seseorang mendatangi Abdullah bin Mas'ud sambil berkata,

"Sesungguhnya saudaraku sakit. Dia mengadukan perutnya yang sakit dan menginginkan khamr. Apakah boleh aku memberi minum dengannya?

Abdullah menjawab, 'Subhanallah, tidaklah Allah menjadikan penawar daripada yang kotor (haram).

Dan hanyalah penawar itu ada pada dua macam; Madu, penawar bagi manusia (penyakit jasmani) dan al-Quran, penawar bagi apa yang ada di dalam dada'."

(Hadis Riwayat At-Tabrani, Al-Mu'jamul Kabir, Juz 8, t.t.: 102)

SEMOGA BERMANFAAT

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

سبحان الله الحمد لله لا اله إلا الله الله اكبر

@quotephotovideo
50K670