Get Mystery Box with random crypto!

Jangan Beli Dryer Sebelum Baca ni Okay, baru saya tahu, d | Port Barang Murah

Jangan Beli Dryer Sebelum Baca ni

Okay, baru saya tahu, dryer ni ada 3 jenis.

1. Vented - harganya murah juga. RM800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar. Sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.

Vented Dryer murah: https://shope.ee/2pzbUP4yVc

2. Condenser - harganya boleh tahan. RM1200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah. Sebab wap akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni. Cuma, setiap kali lepas keringkan baju, kita kena buang air tu. Dari segi penggunaan elektrik pula, saya dah semak dekat bill calculator TNB. Akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika kita guna setiap hari. Masih dikira okay lah kan.

Condenser Dryer murah: https://shope.ee/5fJmrzBEA4

3. Heat pump - konsepnya masih sama dengan condencer. Tapi lebih power dan padu. Harganya kayangan sikit. Memang padulah. Terutamanya penggunaan elektrik. Lepas saya cek, sekali penggunaan 800 watt. Kalau saya guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 saja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 saja bil dryer ni sebulan. Bapak murah.

Lepas basuh, masukkan dalam dryer. Picit-picit, tunggu 3 jam. Siap.

Lamanya 3 jam. Kemon. Penggunaan elektrik murah, kot. Lagipun, siapa yang nak tunggu 3 jam tu? Lepas klik start, buatlah kerja masing-masing. Nak tidur ke, tengok tivi ke. Lepastu, bila teringat, barulah keluarkan baju dari mesin.

Tak kedut ke? Ada sesetengah dryer, dia ada anti wrinkle. Takkan kedut. Bukanlah tak kedut langsung. Tapi tak berkedut macam kita pakai dryer dobi layan diri.

Paling best, dia boleh memerangkap habuk. Lepas basuh, kita boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter. Baju bukan setakat bersih tapi lebih bersih.

Kalau tanya saya, puas hati tak beli? Jawapan saya puas hati gila. Sangat berbaloi.

Senang tak pakainya? Senang sangat. Sampai dah terlupa cara nak sidai baju macam mana

Heat Pump Dryer murah: https://shope.ee/7KS0rAk3IB

Sumber: Abdul Muiez Ruslee