Get Mystery Box with random crypto!

German Cookies Gebu Gebas Cair Di Mulut Uniknya German Cook | Port Barang Murah

German Cookies Gebu Gebas Cair Di Mulut

Uniknya German Cookies ni sebab bahan utama dia Potato Starch. Ramai suka biskut ni sebab teksturnya gebu dan cair di mulut. Bahan nak buatpun sangat sedikit dan mudah.

Bahan-bahan:
125g Potato Starch https://shope.ee/2pyHx3zHda
80g tepung Superfine https://shope.ee/20PAxaNRtQ (boleh juga guna tepung gandum)
125g Pure Butter
40g gula icing (ayak sekiranya berketul)
Sprinkle Decoration Heart https://shope.ee/8UcehbwgTo untuk hiasan

Cara Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
2. Ayak Potato Starch dan tepung Superfine. Ketepikan.
3. Pukul butter dan gula icing sehingga kembang dan warna menjadi pucat.
4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut. Sekiranya nakkan lebih ceria especially untuk kanak2 boleh pelbagaikan warna, hanya bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang disukai.
5. Rehatkan doh di dalam peti ais selama 1/2 jam supaya doh senang dibentuk.
6. Bentukkan doh menjadi bebola bulat kecil anggaran sebesar biji guli dan susun di dalam dulang. Tekan dengan garfu yang direndam di dalam air panas supaya tidak melekat.
7. Lekatkan decoration Heart di tengah.
8. Bakar selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Tip:
- Biskut tidak perlu dibakar sehingga bahagian bawahnya keperangan.
- Biarkan biskut sejuk di atas dulang pembakar sebelum dipindahkan ke rak penyejuk biskut untuk mengelakkan bahagian bawahnya pecah kerana biskut ini sangat lembut jika masih panas.

Sumber: Afieza Ariffin & Che Nom