Get Mystery Box with random crypto!

Pelbagai Cara Ambil Kurma #1 Sebelum makan kurma, kopek dul | Port Barang Murah

Pelbagai Cara Ambil Kurma

#1 Sebelum makan kurma, kopek dulu cek!

Kalau korang beli kurma, mohon kopek dulu kurma tu. Ade biji ke takder biji ke, kopek je dulu. Banyak kes beli kurma mesti ade alien dalam tu

#2 Kopi Biji Kurma

Biji kurma jangan dibuang! Bersihkan dan keringkan. Sangai sehingga kehitaman dan mengeluarkan aroma seakan kopi. Tumbuk atau grind sehingga halus. Gunakan sebagai serbuk kopi.

AJ Idris

#3 Air Nabeez

Rendam 3 biji kurma ke dalam segelas air sebelah malam. Sahur esok minum.

#4 Pati Kurma

Kukus sekotak kurma selama 20 minit. Blend sehingga menjadi pes. Masukkan ke dalam jar dan simpan dalam peti sejuk. Nak guna, campurkan 1 sudu pes pati kurma dan secawan susu.

Fa Phong

#5 Smoothie Kurma

Lepas berbuka, rendam dalam air suam 3 biji kurma yang sudah dibuang biji dan dibasuh bersih.
Waktu sahur blend kurma dan air rendamannya dengan 1 biji pisang dan susu almond tanpa gula. Kalau mahu, boleh juga masukkan sedikit oat yang sudah dimasak / rendam.
Susu Almond murah: https://shope.ee/9zR4cCFfcZ

Ummu Ashraf

#6 Fudge Kurma

Masukkan secawan kacang tanah yang dah dipanggang, 15 kurma yang dikopek biji, 1/4 cawan serbuk koko dan 1/2 cawan cip coklat ke dalam blender atau food processor, dan kisar sehingga hancur lumat. Buatkan bebola kecil. Salut dengan serbuk koko. Sedia untuk dimakan, yang selebihnya boleh disimpan dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.

#7 Puding Coklat Kurma

Masukkan secawan susu, 1 sudu chia seeds, 2 sudu peanut butter, 2 sudu serbuk koko, 4 biji kurma yang dikopek biji dan 1/4 sudu kecil esen vanila ke dalam berkas bertutup. Goncang agar sebati. Simpan dalam petisejuk semalaman. Keesokannya, masukkan ke dalam blender dan blend sehingga berkrim. Boleh letak granola, hirisan pisang, goji, flax seeds, kelapa parut atau apa saja yang disukai sebagai topping.
Chia Seed: https://shope.ee/99rxcqenVy

#8 Stuffed Kurma

Kurma berinti kekacang. Dapatkan di sini: https://shope.ee/4ATHg7LifS

Kurma Ajwa Paling Murah: https://shope.ee/5zuvqfdk0n