Get Mystery Box with random crypto!

Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻

Logo saluran telegram pendidikanislamspmnotes — Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻 P
Logo saluran telegram pendidikanislamspmnotes — Pendidikan Islam Spmnetic!™ 🧕🏻
Alamat saluran: @pendidikanislamspmnotes
Kategori: Agama
Bahasa: Bahasa Indonesia
Pelanggan: 14.49K
Deskripsi dari saluran

This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercise 🤘🏻
For enquiries, directly ask in a discussion group or our help center ✨

Ratings & Reviews

1.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


Pesan-pesan terbaru 3

2023-05-19 16:03:40 F4 bidang al-quran tajuk 4
-
LARANGAN RASUAH

Allah SWT melarang manusia mengambil harta orang lain secara batil ( salah ) seperti :
- rasuah
- judi
- merompak
- menipu
- salah guna kuasa
- riba’
- mencuri

MAKSUD RASUAH

- Sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan

4 BENTUK KESALAHAN RASUAH

1. Meminta atau menerima rasuah
2. Mengemukakan tuntutan palsu
3. Menawarkan atau memberikan rasuah
4. Menyalahgunakan jawatan atau kedudukan untuk kepentingan tertentu

KESAN PERBUATAN RASUAH

- Pemberi dan penerima rasuah akan dilaknat oleh Allah SWT dan RasulNya
- Menjadikan seseorang individu hilang harga dan maruah diri
- Melumpuhkan ekonomi negara akibat pengurusan yang meningkat
- Meningkatkan kes jenayah kerana sikap mementingkan diri sendiri

PENGAJARAN AYAT

1. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada memberi atau menerima rasuah agar tidak menjadi orang yang zalim
2. Kita hendaklah mencari rezeki yang halal supaya hidup diberkati Allah SWT
3. Kita hendaklah menjauhi perbuatan sumpah palsu agar tidak dimurkai Allah SWT

#rasuah
1.4K viewsA, 13:03
Buka / Bagaimana
2023-05-19 15:26:55 1. Apakah maksud nama Allah SWT Ar-Raqib ?

Maksud nama Allah SWT Ar-Raqib ialah :
- Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.

2. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat Ar-Raqib.

Dua bukti Allah SWT bersifat Ar-Raqib ialah :
1. Allah SWT Maha Mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan larangannya.
2. Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia.

3. Apakah maksud nama Allah SWT As-Syahid ?

Maksud nama Allah SWT As-Syahid ialah :
- Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pon yang tersembunyi daripadanya.

4. Berikan dua bukti Allah SWT bersifat As-Syahid .

Dua bukti Allah SWT bersifat As-Syahid ialah :
1. Allah SWT Maha Menyaksi dan menghitung segala amal perbuatan manusia.
2. Allah SWT menjadi saksi pembohongan orang-orang munafik.
3. Allah SWT Maha Menjadi Saksi perutusan Rasulullah SAW keatas umatnya.
4. Allah SWT sahaja yang Menjadi Saksi segala perkara yang nyata atau yang tersembunyi.

* pilih mana-mana dua.
1.5K viewsA, edited  12:26
Buka / Bagaimana
2023-05-19 15:26:22 okay moh le jawab soalan
-
tajuk f5 bidang akidah
ALLAH SWT MAHA MENGAWASI DAN MAHA MENYAKSIKAN
1.2K viewsA, edited  12:26
Buka / Bagaimana
2023-05-19 14:32:35
1.3K viewsA, 11:32
Buka / Bagaimana
2023-05-17 19:00:43 nah la untuk yang masih segar tu HAHAHHA
1.8K viewsA, 16:00
Buka / Bagaimana
2023-05-17 19:00:17 5. Jelaskan dua pengajaran ayat

- Kita hendaklah sentiasa memelihara solat untuk melahirkan individu yang berdisiplin.
- Kita hendaklah menunaikan solat dengan khusyuk agar menjadi hamba yang bertakwa.
- Kita hendaklah meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.
- Kita hendaklah menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia agar dapat meningkatkan kualiti kerja.
- Kita hendaklah berusaha untuk menunaikan zakat agar dapat membantu perkembangan ekonomi umat islam.
- Kita hendaklah menjaga kehormatan diri supaya diri dan keluarga terpelihara daripada penyakit berbahaya.
- Kita hendaklah menjaga amanah dan janji agar integriti muslim terpelihara.

* pilih mana-mana dua
2.0K viewsA, 16:00
Buka / Bagaimana
2023-05-17 18:59:17 ya Allah baru perasan, soalan pengajaran ayat lupa send
1.7K viewsA, 15:59
Buka / Bagaimana
2023-05-17 10:00:28 korang jawab dulu and then baru tekan jawapan dia tau, jujur ehh dengan diri sendiri
1.9K viewsA, 07:00
Buka / Bagaimana
2023-05-17 10:00:09 1. Senaraikan ciri-ciri mukmin berjaya yang terdapat dalam ayat selain daripada sentiasa memelihara solat.

- Beriman kepada Allah SWT
- Khusyuk dalam solat
- Menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia
- Menunaikan zakat
- Menjaga kehormatan diri
- Menjaga amanah dan janji

2. Apakah maksud menjaga kehormatan diri ?

Maksud menjaga kehormatan diri ialah :
- Menjaga dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak seperti zina, sumbang mahram dan hubungan seks luar tabie’.

3. Apakah maksud dan contoh zina ?

Maksud zina ialah :
- Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Contoh zina ialah :
- Persetubuhan haram antara pasangan kekasih.

4. Nyatakan dua akibat salah laku seksual.

- Terdedah kepada penyakit fizikal seperti AIDS dan SIFILIS.
- Menyebabkan gangguan emosi dan mental.
- Hilang kelayakan dalam mewarisi harta pusaka bagi anak tidak sah taraf.
- Menyebabkan keruntuhan institusi keluarga.
- Menggugat keharmonian hidup bermasyarakat.
- Mencetuskan pelbagai perbuatan jenayah.

* pilih mana-mana dua
2.3K viewsA, 07:00
Buka / Bagaimana
2023-05-17 09:44:49 pukul 3 nanti saye nak share soalan sikit tau, tajuk f5 bidang al-quran bab 4
-
CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA
1.8K viewsA, edited  06:44
Buka / Bagaimana