Get Mystery Box with random crypto!

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) | CHANNEL PENDIDIK4U

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Tuan,
Pemohon daripada kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di negeri Johor adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi jawatan berikut:

No : 1
Jawatan : Penolong Pengarah
Gred : DG 44/ 48 KUJ
Sektor : Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Kod Iklan : PPSSTP
Syarat : calon bagi mengisi jawatan ini hendaklah mempunyai disiplin yang tinggi, komited serta memiliki kelayakan seperti berikut :
a. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
b. Terbuka kepada lelaki / wanita .
c. Gred DG 44 Hakiki / KUP sahaja.
d. Berpengalaman menjawat mana-mana jawatan seperti berikut; Guru Penyelaras Bestari atau Guru Penyelaras ICT atau Guru Penyelaras DELIMa KPM.
e. Memiliki Google Certified Educator / Microsoft Innovative Educator/ Apple Distinguished Educator atau mana-mana duta aplikasi pendidikan adalah satu kelebihan.

 Borang Permohonan dan salinan dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dijilid (binding) dan dihantar ke alamat berikut :
Unit Pengurusan Bakat
Sektor Sumber Manusia
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Jalan Tun Abdul Razak, 80604 Johor Bahru
Johor
(U.P : Dr. Abd Rahim Bin Abdul Rahman)
Tarikh Tutup : Selewat-lewatnya pada 04 September 2022
( Borang Yang Diterima Selepas Tarikh Tutup Tidak Akan Diproses)

Borang Permohonan : https://jpnjohor.moe.gov.my/pengumuman/15384-iklan-kekosongan-jawatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp-di-jabatan-pendidikan-negeri-johor-4

========================
Jom sertai telegram kami untuk mendapatkan pelbagai info Sumber dan Teknologi Pendidikan : https://t.me/sstpjpnjohor