Get Mystery Box with random crypto!

[ WANITA BILA FAHAM AGAMA ] Wanita bila faham agama, dia suka | 🕊PenaDakwah✒ツ

[ WANITA BILA FAHAM AGAMA ]

Wanita bila faham agama, dia suka dengan cara hidup beragama. Bila diajak solat oleh sahabatnya dia gembira. Bila diajak mengaji dan mendalami ilmu agama dia akan ikut tanpa banyak songeh. Bila dinasihati saat berbuat salah, dia tak keras melawan namun sedia berlapang dada menerima.

Wanita bila mengerti agama, dia akan selalu beramal dengan menutup aurat sempurna. Tak suka bertabarruj walaupun diajak kawan-kawan. Dia akan cari kawan-kawan yang berkualiti. Dia takkan bergaul bebas dengan lelaki lain. Berikhtilat, apatah lagi berkhalwat. Dia berusaha menjaga diri dan maruah untuk keluarga dan bakal suaminya.

Wanita bila seronok hidup beragama, dia akan sedaya upaya mengaji agama untuk menjadi pembantu ketua rumahtangga yang setia serta mendidik anak-anak menjadi soleh. Sebab dia tahu ibu adalah Madrasah pertama untuk anak-anak dan seorang ibu lebih dekat dengan jiwa anak-anak.

Jika wanita yang faham agama ini sudah bergelar seorang Isteri, pastinya dia sentiasa menjaga tutur kata agar hati suami tak disakiti, bersifat qanaah, syukurnya tebal, mampu menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan saling berpesan-pesan pada kebenaran. Dia juga tidak suka mempamerkan dirinya di media sosial untuk tatapan lelaki lain. Kerana dirinya terlalu mahal buat suaminya.

Begitulah cerita wanita yang faham agama. Ada wanita yang tak faham agama dia akan kata rugi , susah dan leceh jadi wanita sebab kena taat dan tak boleh lawan atau tinggi suara pada suami. Sebaliknya wanita yang faham agama akan berfikir untungnya menjadi wanita. Cukup dengan menjaga solat, puasa, menjaga maruah diri dan taat pada suami InsyaAllah dia boleh pilih pintu syurga mana yang dia nak masuk.

-Nur Zuka-
@PenaDakwah ツ