Get Mystery Box with random crypto!

@pedagangilmu Memilih untuk memakai niqab bukan beerti aku so | Pedagang Ilmu

@pedagangilmu

Memilih untuk memakai niqab bukan beerti aku solehah,
Memilih untuk memakai niqab bukan beerti aku penghafaz al-Quran,
Memilih untuk memakai niqab bukan beerti aku pandai dalam urusan agama,
Tapi kerana niqab ini yang akan menjadi asbab aku lebih dekat dengan taqwa.

Niqab ini yang menjadi bukti ketaatan aku kepada Ilahi,
Meskipun aku mengerti bahawa aku tidak layak untuk memakai pakaian ini,
Terpengaruh pula dengan trend terkini,
Cuba untuk kuatkan iman dan hati,
Agar tidak mudah jatuh dengan nafsu sendiri.

Aku bukan dari kedudukan yang faham agama,
Tapi aku sedang belajar agar nanti aku tidak menyesal di kemudian hari,
Aku hanya wanita akhir zaman yang berusaha sedaya upaya untuk jadi wanita mulia,
Mulia dari segi akhlak dan agama.

#pencintaahlulbait