Get Mystery Box with random crypto!

Terkadang. Penutup kisah bernada lemah. Bersuara lelah berse | Nukilan Terpendam 💞🍃

Terkadang.
Penutup kisah bernada lemah.
Bersuara lelah berserah.
Memang bukannya mudah.
Seperti burung bersayap patah.
Terputusnya jalan ditengah.
Dendam sudah ditabur marah.
Tetap dipilih untuk menadah.
Kerana aku tahu diri ini gagah.

Jauh lagi jalan berliku.
Tak jelas didepan menunggu.
Aku hadam satu persatu.
Mungkin bulan jadi temanku.
Mungkin awan payungi aku.
Mungkin bintang tunjuk jalanku.
Mungkin matahari suluh langkahku.
Mungkin pelangi jadi mimpiku.
Di hujung jalan pasti bertemu.



Nukilan : Mus



@nukilanterpendam