Get Mystery Box with random crypto!

Pertama kali dalam sejarah. Tiga pelajar Sabah menang kes sama | Sabah Info

Pertama kali dalam sejarah. Tiga pelajar Sabah menang kes saman terhadap guru 'ponteng' dan empat lagi termasuk kerajaan Malaysia.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah telah memberikan ganti rugi RM90,000 kepada tiga pelajar dalam tuntutan mahkamah terhadap seorang bekas guru dan yang lain, kerana enggan mengajar bahasa Inggeris pada 2017.
Hakim Leonard David Shim berpendapat bahawa plaintif :- Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung, telah membuktikan kes mereka berdasarkan 'balance of probabilities.'
Ketiga-tiga mereka telah memfailkan saman terhadap guru mereka, Jainal Jamran, dan bekas guru besar, Suid Hanapi, serta menamakan Ketua Pengarah Pendidikan, Menteri Pendidikan, dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan.
Mereka berkata kerajaan gagal mengambil langkah untuk membetulkan ketiadaan guru tersebut walaupun telah dimaklumkan.
Seorang pelajar tersebut, Natasha mengatakan dia memfailkan saman itu untuk memastikan pelajar lain tidak akan menghadapi masalah yang sama pada masa hadapan.
"Alhamdulilah saat-saat yang ditunggu selama hampir 6 tahun perjuangan ini. Masih segar diingatan kejadian kes guru ponteng kelas ini. Kami adalah mangsa-mangsa ketidakadilan guru ini hingga menyebabkan kami gagal dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Namun siapa kita untuk menidakkan ketentuan Illahi." - Calvina Angayung