Get Mystery Box with random crypto!

Sabah catat tiga kes strok haba berikutan cuaca panas yang mel | Sabah Info

Sabah catat tiga kes strok haba berikutan cuaca panas yang melanda ketika ini, membabitkan murid dan pelajar sekolah selain orang awam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, berkata kes terbabit dilaporkan antara 15 April lalu sehingga Jumaat lalu.
Katanya, kes pertama adalah seorang pelajar lelaki berumur 18 tahun yang dimasukkan ke wad pada 15 April lalu dan dibenarkan balik pada 18 April.
"Bagi kes kedua, pesakit adalah seorang murid lelaki berumur sembilan tahun yang dimasukkan ke wad pada 30 April lalu dan dibenarkan keluar pada 2 Mei.
"Kes ketiga pula ialah seorang wanita berumur 27 tahun yang bekerja sendiri dan menerima rawatan sebagai pesakit luar pada 29 April lalu.
"Ketiga-tiga pesakit sudah selesai mendapatkan rawatan dan sembuh sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.