Get Mystery Box with random crypto!

Malaysia Airports dalam twitternya memaklumkan KKIA kini mengh | Sabah Info

Malaysia Airports dalam twitternya memaklumkan KKIA kini menghadapi gangguan bekalan air.
Menurutnya, sebagai langkah segera, mereka juga telah memaklumkan kepada syarikat penerbangan untuk mengisi pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas ke BKI (Kota Kinabalu).
Kedai-kedai/restoran makanan dan minuman di KKIA juga telah diminta untuk menyediakan peralatan pakai buang.
Tambahnya lagi, beberapa tandas juga akan ditutup buat sementara waktu. Air mineral secara pukal akan disediakan dan diletakkan di tandas yang masih dibuka untuk kegunaan penumpang.