Get Mystery Box with random crypto!

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam 22 Jul 2023 / 4 Muharram 1445H | JAKIM

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
22 Jul 2023 / 4 Muharram 1445H

Aksi Biadap The 1975: Tidak Bertamadun, Bertentangan Dengan Nilai Ketimuran – Menteri Agama
Perbuatan kumpulan muzik British, The 1975 yang membuat aksi dan kenyataan biadap dalam persembahan di Good Vibes Festival, semalam, adalah melampau, tidak bertamadun serta bertentangan dengan nilai ketimuran.
https://alhijrahnews.com/aksi-biadap-the-1975-tidak-bertamadun-bertentangan-dengan-nilai-ketimuran-menteri-agama/#google_vignette

Aksi biadab The 1975, ambil tindakan tegas terhadap penganjur
Penganjur Festival Good Vibes 2023 perlu dikenakan tindakan tegas susulan perbuatan biadab ahli kumpulan muzik antarabangsa, The 1975 yang melakukan aksi melampau yang menghina undang-undang di negara ini, malam tadi.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/aksi-biadab-the-1975-ambil-tindakan-tegas-terhadap-penganjur/

Ilmu, Adab Dan Akhlak Perlu Ada Dalam Masyarakat Untuk Elak Situasi Tegang
Elemen ilmu, adab dan akhlak perlu ada dalam sesebuah masyarakat Islam bagi mengelakkan situasi tegang akibat perbezaan pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2208970

Tegakkan Islam dengan ilmu, bukan jeritan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan syiar Islam boleh ditegakkan menerusi persiapan ilmu dan amal, bukan semata-mata dengan semangat jeritan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1130113/tegakkan-islam-dengan-ilmu-bukan-jeritan-anwar

MCMC perlu pantas turunkan kandungan berunsur ajaran sesat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu menggunakan kuasanya untuk bertindak pantas menurunkan kandungan berunsur ajaran sesat yang difatwakan haram di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/990671/mcmc-perlu-pantas-turunkan-kandungan-berunsur-ajaran-sesat

Ajaran sesat SiHulk: KKD bincang dengan TikTok
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berbincang dengan TikTok bagi memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam mengenalpasti kandungan membabitkan penyebaran ajaran sesat SiHulk.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/990626/ajaran-sesat-sihulk-kkd-bincang-dengan-tiktok

Di Selangor Kempen, Propaganda Parti Hendaklah Di Luar Kawasan Masjid - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan pentadbir masjid dan surau di seluruh negeri itu supaya menghalang sebarang aktiviti atau program melibatkan ahli politik di kawasan rumah ibadat berkenaan, termasuk gambar, slogan atau lambang yang mewakili parti tertentu.
https://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=2208792

The 1975 Disenarai Hitam Buat Persembahan Di Malaysia – JK-Puspal
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) telah membuat keputusan untuk menyenaraihitamkan kumpulan muzik British, The 1975 daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.
https://alhijrahnews.com/the-1975-disenarai-hitam-buat-persembahan-di-malaysia-jk-puspal/

Tindakan Kerajaan, Penganjur Hentikan Persembahan The 1975 Dipuji
Tindakan pantas pihak kerajaan dan penganjur dalam menghentikan dan membatalkan persembahan kumpulan muzik United Kingdom The 1975 atas perlakuan biadap semasa mengadakan persembahan di Good Vibes Festival di Sepang semalam, disifatkan sebagai sesuatu yang harus dibanggakan.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2208917

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM