Get Mystery Box with random crypto!

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam 20 Jul 2023 / 2 Muharram 1445H | JAKIM

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
20 Jul 2023 / 2 Muharram 1445H


JAINJ, MCMC Kerjasama Bendung Penyebaran Ajaran Si Hulk
Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membendung segera penyebaran ajaran sesat Suhaini Muhammad atau SiHulk di negeri ini.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2208306

Siasat, Ambil Tindakan Segera Terhadap Pihak Dakwa Rasulullah Sebagai Tuhan – Mufti
Pihak berkuasa agama Islam diminta mengambil tindakan segera terhadap beberapa lelaki dan wanita, dipercayai daripada sebuah keluarga, yang mengisytiharkan kepercayaan karut mereka bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Allah SWT.
https://alhijrahnews.com/siasat-ambil-tindakan-segera-terhadap-pihak-dakwa-rasulullah-sebagai-tuhan-mufti/

Rakaman ajaran sesat SiHulk dipercayai dilakukan di luar negara
Pengikut ajaran sesat SiHulk dipercayai membuat rakaman video dengan mengeluarkan kenyataan Allah adalah Nabi Muhammad SWT dimuatnaik di media sosial dari luar negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/989746/rakaman-ajaran-sesat-sihulk-dipercayai-dilakukan-di-luar-negara

Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Lari Ke Luar Negara
Individu yang mengaku sebagai pengikut ajaran sesat Si Hulk menerusi beberapa video tular di media sosial, dipercayai berada di New Zealand.
https://alhijrahnews.com/pengikut-ajaran-sesat-si-hulk-lari-ke-luar-negara/

Murtad jika percaya Nabi Muhammad adalah Allah - Mufti
Mana-mana umat Islam yang percaya Nabi Muhammad SAW adalah Allah SWT dianggap murtad dan hendaklah bertaubat.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/989754/murtad-jika-percaya-nabi-muhammad-adalah-allah-mufti

Anak asnaf digalak sertai kursus kemahiran MAIWP
Belia asnaf termasuk anak golongan itu digalakkan mengikuti kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang kemahiran melalui skim bantuan pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/989835/anak-asnaf-digalak-sertai-kursus-kemahiran-maiwp

Perpaduan Aset Utama Malaysia Madani - Pemangku Raja Perlis
Perpaduan merupakan aset utama dan yang paling bernilai dalam mencapai Malaysia MADANI, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2208175

Bawa iktibar Hijrah, akhlak Islam dalam PRN
Seruan kepada rakyat terutama umat Islam supaya mengambil ibrah dan iktibar daripada peristiwa Hijrah seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan serta Raja Melayu sempena sambutan Maal Hijrah, semalam, sangat bermakna serta bertepatan ketika kita berdepan kepelbagaian dan perbezaan pandangan terutama politik dan tadbir urus.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1128817/bawa-iktibar-hijrah-akhlak-islam-dalam-prn

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM