Get Mystery Box with random crypto!

*Berita Pilihan Hal Ehwal Islam* *19 Jul 2023 / 1 Muharram 144 | JAKIM

*Berita Pilihan Hal Ehwal Islam*
*19 Jul 2023 / 1 Muharram 1445H*

*Dr Abdul Monir Yaacob Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini*
Bekas Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam (IKIM), Datuk Dr Abdul Monir Yaacob diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/989290/dr-abdul-monir-yaacob-tokoh-maal-hijrah-peringkat-kebangsaan-tahun-ini

*Jauhi Hasad Dengki, Amalan Fitnah – Agong*
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan rakyat agar menjauhi perasaan hasad dengki dan amalan fitnah memfitnah.
https://alhijrahnews.com/jauhi-hasad-dengki-amalan-fitnah-agong/

*Sultan Kedah Gesa Umat Islam Tidak Bangkit Isu Gugat Perpaduan Ummah*
Sultan Kedah menggesa umat Islam agar tidak membangkitkan isu yang boleh menggugat perpaduan ummah bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
https://alhijrahnews.com/sultan-kedah-gesa-umat-islam-tidak-bangkit-isu-gugat-perpaduan-ummah/

*Tiada Penganjuran Ratu Pondan Di Melaka*
Melaka sama sekali tidak akan membenarkan penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’, yang dikatakan sedang dirancang untuk diadakan hujung bulan ini.
https://alhijrahnews.com/tiada-penganjuran-ratu-pondan-di-melaka/

*Jangan Bangkit Isu Meruntuhkan Perpaduan - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan*
Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 1445H/2023M Datuk Dr Abdul Monir Yaacob berkata isu perkauman contohnya harus dielak daripada dijadikan bahan politik kerana perkara kepentingan kaum telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2207951

*Umat Islam Perlu Kuasai Disiplin Ilmu, Teroka Kejayaan Dalam Kehidupan - Mohd Na’im*
Umat Islam perlu menguasai pelbagai disipilin ilmu untuk meneroka kejayaan dalam lapangan kehidupan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2207884

*Jangan guna teknologi maklumat untuk adu domba, sebar fitnah*
Umat Islam harus bijak memanfaatkan teknologi maklumat dan tidak seharusnya cenderung kepada perkara negatif termasuk mengadu domba serta menyebarkan fitnah seterusnya membawa kepada perpecahan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1128441/jangan-guna-teknologi-maklumat-untuk-adu-domba-sebar-fitnah

*Umat Islam wajib bersedia hijrah minda, budaya mengikut tuntutan masa - Sultan Nazrin*
Umat Islam wajib bersedia melakukan penghijrahan yang lebih luas serta menyeluruh sepanjang masa, meliputi penghijrahan minda serta budaya, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1128446/umat-islam-wajib-bersedia-hijrah-minda-budaya-mengikut-tuntutan-masa

*Tokoh Maal Hijrah saksikan ‘rasul’ akhir zaman pijak al-Quran*
Pengalaman berhadapan dengan ‘rasul’ akhir zaman yang tergamak memijak al-Quran lebih 50 tahun lalu antara memori yang kekal dalam ingatan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak, Jurij Sulaiman.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/tokoh-maal-hijrah-saksikan-rasul-akhir-zaman-pijak-al-quran/

*Kukuhkan perpaduan, muafakat hadapi pelbagai isu termasuk Islamofobia - Hajiji*
Umat Islam perlu sentiasa bersatu padu, berganding bahu dan saling bermuafakat atas apa juga isu dan permasalahan termasuk Islamofobia.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1128514/kukuhkan-perpaduan-muafakat-hadapi-pelbagai-isu-termasuk-islamofobia

*Jiwai persaudaraan kaum Muhajirin, Ansar dalam peristiwa hijrah*
Umat Islam di diseru menjiwai peristiwa hijrah sempena sambutan Maal Hijrah yang bukan sekadar mengenang perpindahan Nabi Muhammad SAW secara fizikal serta meninggalkan harta dan tanah kelahiran semata-mata.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/jiwai-persaudaraan-kaum-muhajirin-ansar-dalam-peristiwa-hijrah/

*Tokoh Kewangan Islam Mohd Daud Bakar Dipilih Tokoh Maal Hijrah Kedah*
Tokoh kewangan Islam Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar hari ini dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah.