Get Mystery Box with random crypto!

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam 2 Mei 2023 / 11 Syawal 1444H | JAKIM

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
2 Mei 2023 / 11 Syawal 1444H


Kerajaan Persekutuan Serah Peruntukan Lebih RM56 Juta Kepada Selangor
Kerajaan persekutuan hari ini telah menyerahkan peruntukan kewangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bernilai RM56,412,369.60 kepada Selangor bagi tahun 2023.
https://alhijrahnews.com/kerajaan-persekutuan-serah-peruntukan-lebih-rm56-juta-kepada-selangor/

RM56.5 juta peruntukan imam, bilal, siak guru takmir, KAFA Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima peruntukan sebanyak RM56.4 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi bayaran elaun imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/rm56-5-juta-peruntukan-imam-bilal-siak-guru-takmir-kafa-selangor/

Tiada keperluan peguam Wadi Annuar untuk hadir -JAIPs
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menjelaskan bahawa tiada sebarang keperluan dua peguam kepada pendakwah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar untuk turut berada bersamanya sewaktu memberi keterangan, hari ini.
https://www.utusan.com.my/berita/2023/05/tiada-keperluan-peguam-wadi-annuar-untuk-hadir-jaips/

JAIPs tak benar 2 peguam masuk, sesi beri keterangan Wadi Annuar tak jadi
Penceramah bebas Ustaz Wadi Annuar mendakwa penafian haknya untuk tampil bersama barisan peguamnya bagi memberi keterangan di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) adalah punca sesi berkenaan gagal dijalankan hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1096259/jaips-tak-benar-2-peguam-masuk-sesi-beri-keterangan-wadi-annuar-tak

Curi Batu Nisan: JAINJ Tambah Baik SOP Di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, di sini susulan kes kecurian batu nisan di kawasan tersebut baru-baru ini.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2185640

Belum Ada Petunjuk Kes Curi Batu Nisan
Polis sedang memburu individu yang terlibat dalam kejadian batu nisan dicuri melibatkan 11 kubur di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Taman Istimewa, Pandan, di sini, baru-baru ini.
https://alhijrahnews.com/belum-ada-petunjuk-kes-curi-batu-nisan/

Tempat penyimpanan perlu patuh syariah
Syor supaya negara menggunakan kontena kapal khusus, yang disahkan halal untuk mengangkut bahan mentah dan produk halal lain adalah langkah tepat dan selari dengan definisi makanan halal yang ditetapkan syarak.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1096245/tempat-penyimpanan-perlu-patuh-syariah

Kurator Berita
Unit Komunikasi Korporat JAKIM