Get Mystery Box with random crypto!

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam 10 April 2023 / 19 Ramadan 1444 | JAKIM

Berita Pilihan Hal Ehwal Islam
10 April 2023 / 19 Ramadan 1444H


JAKIM sokong OIC beri amaran kepada Israel
JAKIM menyokong langkah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang memberi amaran berhubung ‘konfrontasi agama’ oleh tentera Israel ke atas kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Rabu.
https://malaysiagazette.com/2023/04/09/jakim-sokong-oic-beri-amaran-kepada-israel/

Mohd Amran dilantik Ketua Hakim Syarie
Datuk Mohd Amran Mat Zain dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia berkuat kuasa, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1088380/mohd-amaran-dilantik-ketua-hakim-syarie

Jangan cetus spekulasi mengelirukan tarikh 1 Syawal - Sultan Selangor
Sultan Selangor menasihatkan seluruh umat Islam khususnya di Selangor supaya menghormati semua proses yang ditetapkan serta menyerahkan tanggungjawab menentukan permulaan 1 Syawal 1444 Hijrah kepada pihak berkuasa.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/955355/jangan-cetus-spekulasi-mengelirukan-tarikh-1-syawal-sultan-selangor

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 20 April
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 20 April bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.
https://alhijrahnews.com/tarikh-lihat-anak-bulan-syawal-20-april/

Pengumuman tarikh 1 Syawal: Umat Islam diingat rujuk sumber rasmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam di negara ini untuk hanya merujuk kepada sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan bagi pengumuman tarikh 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengumuman-tarikh-1-syawal-umat-islam-diingat-rujuk-sumber-rasmi-414746

Guna kriteria Imkanur Rukyah untuk sahkan tarikh 1 Syawal - Ahli Falak
Ahli falak menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah untuk mengesahkan penampakan anak bulan.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/guna-kriteria-imkanur-rukyah-untuk-sahkan-tarikh-1-syawal-ahli-falak-414726

Mais sumbang RM11.3 juta untuk 26 RPR
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan sumbangan RM11.3 juta kepada 26 Rumah Pemulihan Riqab (RPR) menerusi Geran Bantuan Pemulihan Riqab bagi membantu kebajikan asnaf riqab khususnya di Selangor.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/955211/mais-sumbang-rm113-juta-untuk-26-rpr

MUIP sedia RM10 juta bantuan Ramadan, Aidilfitri untuk asnaf
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) terus menyantuni golongan asnaf menerusi bantuan Aidilfitri sebanyak RM4.6 juta bagi meringankan beban 10,050 penerima.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2023/04/1088057/muip-sedia-rm10-juta-bantuan-ramadan-aidilfitri-untuk-asnaf

Peniaga jual makanan 10 pagi antara 85 kena notis JAINJ
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengeluarkan 85 notis terhadap individu yang ponteng puasa dengan makan, minum dan menghisap rokok secara terbuka di tempat awam dalam Ops Kesan di bandar raya ini semalam.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1088274/peniaga-jual-makanan-10-pagi-antara-85-kena-notis-jainj

World #QuranHour: Pemilihan surah Al-Insan bertepatan
Pemilihan surah Al-Insan yang diangkat bersama tema 'Memanusiakan Manusia' pada World #QuranHour Khamis ini bertepatan dengan situasi masa kini apabila sentuhan kemanusiaan kian hilang dalam diri masyarakat.
https://www.sinarharian.com.my/article/253818/khas/wacanaquran/world-quranhour-pemilihan-surah-al-insan-bertepatan

Penjawat awam terima gaji, bantuan kewangan 14 April - PM
Penjawat Awam Persekutuan akan menerima bayaran gaji selewat-lewatnya 14 April ini, diawalkan tiga hari berbanding 17 April seperti dijadualkan sebelum ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1088345/penjawat-awam-terima-gaji-bantuan-kewangan-14-april-pm

Warga Malaysia ajar fardu Ain, bahasa Melayu percuma kepada kanak-kanak Thailand