Get Mystery Box with random crypto!

Zikir Penghapus Dosa Antara amalan yang digalakkan selepas so | JAKIM

Zikir Penghapus Dosa

Antara amalan yang digalakkan selepas solat fardu ialah membaca Tasbih (Subhaanallah) sebanyak 33 kali, Bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan Takbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali.

Zikir terakhir (ke 100) dibaca sekali:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sesiapa yang menyempurnakan zikir di atas dengan ikhlas, dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan (dosa kecil).

Semoga kita istiqamah untuk mengamalkan zikir selepas solat fardhu.